Isu Duit Haram atau ‘Sin Money’ 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saudara pengarang,
 
Sekarang isu Duit Haram atau ‘Sin Money’ telah dijadikan isu oleh puak BN khususnya MCA untuk menentang kerajaan Islam PAS di Terengganu. Mereka menghasut kaum Cina di negeri tersebut agar jangan menerima duit haram tersebut kununnya adalah suatu penghinaan terhadap kaum tersebut.

Tahukah MCA bahawa maksud Duit Haram atau ‘Sin Money’ itu hanya haram bagi umat Islam tapi bagi penganut bukan-Islam adalah halal. Umpamanya makan babi adalah haram bagi umat Islam tapi halal bagi penganut agama lain. Contohnya kalau ada ayam yang disembelih cara bukan-Islam bagi umat Islam adalah haram, tapi bagi penganut agama lain adalah halal.

Adakah puak MCA yang bukan-Islam akan membuang daging ayam yang tidak disembelih cara Islam itu disebabkan orang Islam tidak makan daging tersebut? Adakah itu suatu penghinaan sedangkan bagi umat Islam adalah haram makan daging ayam yang tidak disembelih cara Islam tapi bagi penganut bukan-Islam itu tidak salah bahkan boleh dimakan.

Jadi mengapa MCA dan puak-puak lain dalam BN bising tentang masalah duit haram bagi Islam tapi halal bagi orang bukan-Islam nak dijadikan isu? Sepatutnya mereka bergembira kerana kerajaan Islam PAS di Terengganu memberi peruntukan khas kepada bukan-Islam, mungkin MCA dan puak-puak lain dalam BN merasa takut sokongan bukan-Islam terhadap PAS sebab itulah mereka menghasut orang Cina di Terengganu supaya jangan menerima peruntukan tersebut.
 
Kalau duit haram itu haram bagi MCA bagaimana pula tentang duit yang mereka dapat hasil daripada 'Casino', ternakan babi, arak dan juga rasuah? Adakah duit itu halal bagi mereka cuma haram apabila kerajaan Islam PAS bagi kepada orang bukan-Islam di Terengganu? Masalah duit haram itu sebenar digembar-gemburkan oleh puak BN supaya orang bukan-Islam menentang PAS.

Kita berharap agar para alim ulama dapat memberi penerangan yang jelas tentang apa yang dimaksudkan duit haram itu pada kaum bukan-Islam agar mereka tidak dikelirukan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab dalam perkara tersebut.

Jadi kesimpulannya, ‘Duit Haram’ itu sebenarnya ‘Duit Halal’ bagi orang bukan-Islam. Orang bukan-Islam tidak perlu takut tentang duit haram tersebut kerana bagi umat Islam duit itu adalah halal bagi bukan-Islam. Adalah rugi kiranya orang bukan-Islam di Terengganu menolak peruntukan tersebut dan jangan sekali-kali mereka termakan hasutan puak MCA dan puak-puak lain dalam BN ini.
 
Oleh Pemerhati Bebas - 25.12.2003 (suntingan M@RHAEN)

MAKLUMAN: Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, sila daftarkan emel anda ke Mailing List M@RHAEN. (klik untuk membaca penerangan berkaitan Mailing List M@RHAEN)

Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: