UMNO Guna TV3 Untuk Tipu Rakyat

Umno secara jelas telah menipu rakyat dengan merelakan syarikat yang dikuasainya iaitu TV3 melalui MRCB telah mengaut keuntungan jutaan ringgit sehari dengan menjalankan Kuiz SMS maxxamillion.

Penipuan oleh UMNO telah dapat dihidu oleh majlis fatwa kebangsaan yang telah mengharamkan kuiz tersebut. Dalam kuiz yang dianjurkan oleh TV3, peserta telah dijanjikan 23 pemenang setiap hari di mana nilai setiap satu ialah RM500. TV3 hanya menyatakan "hadiah bernilai RM500" tanpa menyatakan apakah bentuk hadiah tersebut. Setelah kuiz berjalan hampir 2 minggu barulah pihak TV3 menyatakan bahawa hadiah yang dimaksudkan bukanlah wang tunai tetapi sebuah cermin mata gelap (sunglass).

Hampir 5,000 peserta yang 90% adalah orang Melayu telah tertipu kerana telah membelanjakan hampir RM300 hingga RM450 untuk mendapatkan satu kemenangan dan memerlukan RM6,900 hingga RM10,350 setiap orang dalam sehari jika hendak menang kesemua 23 kemenangan (setiap peserta dibenarkan memenangi 23 kemenangan). Pihak TV3 mengaut keuntungan di antara RM15.87 juta hingga RM51.75 juta sehari dengan hanya menyediakan 23 pasang cermin mata yang berharga RM150 setiap satu.

19.08.2004


Hantar artikel ini kpd sahabat: