Pak Lah Pernah Ditahan Polis Di USA Pada 1981?

Suatu ketika (akhir 2002) heboh berita Pak Lah diperiksa rapi oleh imigresen USA. Berita itu ini mengingatkan kembali kisah hampir 20 tahun lalu. Berita ini dimaklumkan oleh bekas pegawai MSD di USA ketika itu.

Pada musim sejuk 1981, seperti biasa pelajar Melayu akan menganjurkan perhimpunan tahunan mereka di bawah naungan Persatuan Mahasiswa Amerika Utara (PEMAU). Satu lagi perhimpunan (saingan) ialah perhimpunan MISG. Lazimnya beberapa tokoh dari Malaysia dijemput hadir untuk memberi ucapan. Pada kali ini, perhimpunan tersebut diadakan di sebuah bandar kecil di selatan Illinois, Canbondalle.

Antara jemputan pada kali ini ialah Sdr. Anwar, sebagai Presiden ABIM (beberapa bulan sebelum beliau memasuki UMNO) dan Pak Lah Badawi sebagai mewakili menteri kanan dari kerajaan Malaysia.

Apa yang ingin dilaporkan ialah merujuk kepada cerita Pak Lah di periksa rapi oleh imigresen USA itu mengingatkan kembali apabila pegawai MSD ini turut terlibat untuk menjemput Pak Lah dari airport St. Louis untuk dibawa ke perhimpunan tersebut. Bekas pegawai MSD itu mengatakan bahawa semasa memandu di lebuhraya dari St. Louis ke Canbondalle, adalah lebih kurang 160 km, Pak Lah teringin hendak membawa kereta yang dinaiki untuk merasa memandu kereta besar di lebuhraya yang besar itu (belum ada PLUS di Malaysia masa tu).

Selepas beberapa ketika, kereta itu ditahan polis dan Pak Lah yang tidak mempunyai lesen memandu Amerika ditahan untuk disoal-siasat. Pihak kedutaan dan MSD kecoh dan terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan Pak Lah dari disumbat ke dalam tahanan semasa itu.

Begitulah kisah Pak Lah yang tidak pernah dilaporkan oleh mana-mana akhbar kita sebelum ini. Tetapi para pelajar yang mengikuti perhimpunan itu ramai yang tahu cerita yang memalukan seorang menteri kita itu.

Bekas Pegawai MSD - 03.03.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN