Tindakan
Lokman Adam Bukan Suka-suka
Assalamualaikum,
Saya
rasa sangat terkejut dengan berita pengunduran Sdr. Lokman Nur Adam daripada
Keadilan. Apa pun alasannya saya rasa kita semua perlu membuka minda agar
sama dapat merasai apa yang dirasai oleh Sdr Lokman.
Di dalam kehidupan
seharian kita, usah dinafikan iaitu wang ringgit memang menjadi keperluan
kecuali kita benar-benar bertakwa kepada Allah S.W.T. Kekuatan iman kita
dan ketakwaan sajalah yang dapat membantu kita menjalani kehidupan ini
dengan penuh redha.
Apa pun yang
berlaku, janganlah kita menghukum sebelum mengetahui apa permasalahannya.
Kita semua tahu Sdr. Lokman telah meringkuk lebih 2 tahun atas dasar perjuangan,
dan ini bukanlah dilakukan dengan suka-suka atau ingin mencuba-cuba.
Mudah-mudahan
Allah sentiasa bersamanya. InsyaAllah...
Ahli Pas
Yang Pro-REFORMASI
- 27.01.2004 (suntingan M@RHAEN)