Latihan Khidmat Negara Merosakkan Anak Anda
Seminggu dua ini kalau kita menonton TV, hampir setiap hari kita dapat lihat dan dengar Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri menggelabah menjawab soalan pemberita. Sekurang-kurang isu Latihan Khidmat Negara dapat merehatkan buat seketika SPR dan RaSHIT.

Bermula dengan ketegasan Dr. Ahmad Fawzi hendak menyaman peserta-peserta yang tidak menyertai Latihan Khidmat Negara yang jumlahnya lebih kurang 10,000 orang. Dalam kepalanya sudah mencongak kalau satu kepala saman RM3,000, kalau 10,000 orang sudah tentu 30 juta, sekurang-kurangnya dapat ‘cover’ duit ‘kerajaan hantu BN’ yang dah hangus masa pilihanraya dulu. Dalam hatinya tentu Abdullah Badawi akan puji beliau, tetapi disebabkan tekanan dari NGO dan rakyat hasratnya terpaksa ditolak ketepi dan peluang kedua akan diberi kepada pelajar-pelajar yang ‘engkar’.

Seloroh seorang sahabat, ‘Mahal juga saman MLKN ni, denda RM3,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, tapi orang menari bogel cuma didenda RM25.00 dan penjara 4 hari. Kalau penari bogel tu juga seorang pelacur (seperti dalam lapuran NTV7), sekali melacur dapat RM30.00, ada ‘balance’ RM5.00 lagi! Hebat Islam Hadhari Dollah Badawi ni!’

Kemudian timbul pula isu kawalan keselamatan yang begitu longgar di pusat-pusat LKN dan ini semua amat merunsingkan bakal-bakal ibu bapa yang akan menyerahkan anaknya ke pusat LKN nanti. Jawapannya mudah sahaja ‘ini adalah kali pertama kita menganjurkan LKN dan perkara ini akan diatasi kemudian’. Alasannya sentiasa akan ada ayat ‘ini kali pertama’.

Isu terbaru pula ialah kisah pergaduhan di dalam kem Latihan Khidmat Negara yang ‘baru’ dilaporkan oleh media dan komen beliau adalah seperti berikut : ‘Di sekolah hari-hari pelajar bergaduh, di pusat LKN yang berjumlah 70,000 orang ‘cuma’ ada 200 kes pergaduhan sahaja’. Begitulah pandangan seorang ketua yang telah diberi amanah tetapi memandang ia hanyalah perkara kecil kalau nak dibandingkan dengan budak-budak di sekolah yang hari-hari ada sahaja yang dibelasah. Apa pula komen Hishamudin? Takkan nak senyum sampai ke telinga bila Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara komen macam tu.

Akhirnya polis juga diberi amanah untuk menyelesaikan kes ini, samalah macam kes silap cetak kertas undi tempoh hari, SPR dan RaSHIT lepas tangan dan buat repot polis. Nampaknya selepas ini Pengerusi MLKN kenalah selalu berhubung dengan Pengerusi SPR RaSHIT untuk dapat ilmu putar belit bila disoal oleh pemberita.

Dengar-dengar ada pelatih perempuan LKN yang sudah muntah-muntah selepas pulang dari LKN, dan kita pasti ada ibu bapa yang akan menyaman kerajaan hantu BN selepas ini. Apa pula alasannya? Mungkin jawapannya akan jadi begini: ‘Ini adalah program pertama LKN, dan di masa hadapan kita akan masukkan kursus seks selamat dengan menyediakan kondom pada pelatih-pelatih kita dan ibu bapa tidak perlu risau’.

Adalah sangat menyedihkan bila ada ibu bapa yang memberitahu anaknya sudah ‘liat’ nak menunaikan solat selepas pulang dari LKN dan ada laporan yang mengatakan di sesetengah kem latihan, bas yang disediakan untuk ke solat Jumaat hanyalah 2 buah bas sahaja (1 bas 40 orang penumpang) sedangkan pelajar yang ‘akhil baligh’ adalah lebih kurang 400 orang. Mazhab mana pulak yang diguna pakai oleh MLKN? Adakah ini mazhab baru Imam Al-Dollahbadawi dengan Islam Hadharinya?

Banyak kisah-kisah yang mengerikan dan menggemparkan dalam LKN ini, dan tidak hairanlah bagi sesetengah ibu bapa yang sanggup ‘engkar’ akan arahan kerajaan hantu ini dan mereka sanggup membayar RM3,000 hanya semata-mata untuk menyelamat akidah dan maruah anak mereka daripada dirosakkan oleh agen-agen Islam Hadhari Al-Dollahbadawi.

Kisah-kisah kepincangan kerajaan hantu BN ini akan Allah timbulkan satu persatu. Ingatlah! Bahawa perancangan Allah itu maha bijaksana.

- Panaurama.com - 18.04.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN