Proksi Tun Dilantik TPM Ke-9
Selepas 67 hari Abdullah Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau telah membuktikan segala anggapan rakyat marhaen bahawa beliau hanyalah boneka pada Tun Mahadey, adalah benar. Dollah telah menunjukkan ke-PONDAN-annya dan ke-LEMBIK-kannya dalam menghadapi tekanan politik Tun Mahadey, lebih lembik daripada gelekan M. Daud Kilau. Mahadey dilaporkan begitu gembira kerana proksinya telah dilantik menjadi orang nombor 2 dalam kerajaan. Cakap-cakapnya selama ini yang menamakan Najib sebagai TPM bukanlah cakap kosong, tetapi adalah sebagai satu arahan pada Dollah. Walaupun arahan berlapik dengan kalimah ‘terpulang kepada Abdullah siapa yang akan dilantik menjadi Timbalannya’.

Malam tadi Mahathir dan Najib dapat tidur dengan lena tetapi Dollah dan Muhyiddin termasuklah si Endon dibuai mimpi ngeri. Semua orang tahu si Rosmah isteri Najib memang tak ngam dengan si Endon. Mungkin pagi ini Endon bertambah bengang tengok gambar Rosmah Mansur begitu ceria di akhbar meloya di samping Najib. Nasib engkaulah Endon. Kak Mah juga tersenyum gembira kerana segala kepongahan, kehaprakan dan kezaliman suaminya akan terus terpelihara selagi Najib di sisi Dollah.

Pada Dollah itulah keputusan yang ‘terbaik’ beliau terpaksa lakukan demi survival politiknya. Terpaksa mengorbankan panglimanya yang sebelum ini menjaga harga ayam dan VCD cetak rompak kepada menjaga hal ehwal pertanian negara. Walaupun gagal dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang ke 9 mungkin harapan TPM ke 10 selepas pilihan raya nanti ada – itu pun kalau Umno/BN menang, kalau tak, kempunan le.

Macam manalah wakil ‘hantu’ (menang pilihan raya dengan pengundi hantu) boleh jadi TPM? Mungkinkah hantu-hantu tadi berjaya menakutkan Dollah? Atau ada Bapak Hantu yang terus mengusik Dollah selama 66 malam yang lalu? Atau ada bomoh yang menasihatkan Dollah supaya melantik wakil hantu untuk menghilangkan puaka yang menghantuinya selama ini. Hanya Allah dan Dollah sahaja yang tahu kisah misteri ini.

Yang pasti … Dollah akan terus lembik dalam pentadbirannya kerana bayangan boss lamanya sentiasa ada di sisinya. Mungkin juga ada kebaikan dengan pelantikan Najib ini, yang mungkin akan menambah porak-peranda dalam Umno. Kita sentiasa berdoa kepada Allah semoga pilihan raya yang akan datang ini akan melenyapkan pemerintah proksi yahudi di Malaysia.

- Panaurama.com - 08.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 
Click Here!

Tangguhkan dahulu!