Dollah Akan Imamkan Solat Jenazah Tun Mahathir?
Tahniah kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana ‘pandai’ dan boleh mengimamkan orang Umno solat Magrib, Isyak dan Tarawikh. Kalau dulu waktu buka puasa dengan Mahathir alamat tak solatlah depa kerana nak melayan orang tua tu. Sekurang-kurangnya depa dah boleh bersolat lepas atau semasa apa-apa sahaja program UmnoBN selepas ni. Bagi kita dari parti alternatif toksah dok kagum la bila tengok Dollah jadi imam kerana itu adalah strategi politik Dollah. Awat sebelum ni tak pernah pun tunjuk PM Tun Dr. Mahathir jadi imam. Bayangkanlah 22 tahun jadi PM, jadi imam solat sekali pun tak pernah! Kata kurang setahun dari Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul. Lekeh sangatlah wira Oh I See ni. Inilah strategi Dollah sambil pulih imej sambil menghina Tun Dr. Mahathir dan PM sebelumnya. Kalau tengok berita RTM dll. mesti hari-hari ada liputan untuk Dollah jadi imam.

Pernah orang Umno berkata kali ini habislah PAS kerana Dollah boleh mengimamkan solat. Jawapannya senang sahaja – kami orang Pas level ahli atau ketua cawangan sahaja dah boleh dan biasa jadi imam. Tak palah solat waktu biasa dia boleh jadi imam. Kita tunggu masa Tun Dr. Mahathir mati nanti bolehkah Dollah jadi imam solat jenazah pulak. Kita rasa lepas ni mesti Tun Mahathir akan berwasiat pada keluarganya supaya Dollah tak mengimamkan solat jenazahnya, takut-takut Dollah pi rukuk pulak.

Tak dak apa satu pun tindakan besar yang dibuat oleh Dollah. Ini semua kerana terlalu berhati-hatinya Dollah dalam membaiki imejnya. Kes 13 orang pelajar tu rasanya Dollah dapat cover dirinya walaupun dia nampak panik. Yang lain tu mengarah supaya dimansuhkan sambutan yang membazir seperti mengalung bunga , kumpulan kompang dan macam-macam lagilah pembaziran UmnoBN yang biasa kita lihat. Terbaru Dollah mengarahkan supaya treller dan kenderaan berat tidak beroperasi pada musim balik kampung ni. Banyaklah alasannya nanti barang naik sebab bekalan tak sampai sebab logistik kena stop. Kenyataan rasuahnya senyap saja tak dak pun ‘jaws’ yang kena cekup.

Depa dari UmnoBN dah nampak ketandusan isu. Berita MPKT menurunkan bendera lambang dacing dan Umno boleh kata hari-hari disiarkan. Berita basi pun nak dihidangkan pada rakyat. Come on la beb, benda tu kecik saja, yang di negeri-negeri yang hampa perintah, banner PAS nak ucap Selamat Menyambut Ramadan pun hampa buang. Tak kecohpun. Ucapan tahniah pada MPKT kerana bertindak dengan adil. Salah depa jugak sebab tak minta kebenaran dulu. Kalau negeri lain lebih baik gantung saja kerana kalau minta kebenaran pasti tak dapat. Rasa kita kalau Umno minta pasti MPKT bagi pasang walaupun sedikit.

Style ucapan Dollah kalau tengok kesian betoi, rasa-rasa nak suruh dia bukak posa saja kerana tak dak power lansung. Yang dapat dilihat kumpulan sorak Umno masih macam zaman Tun Dr. Mahathir. Baru Dollah nak pick-up suara dia orang dah tepuk. Lembik betui Dollah. Terbaru dengak ceritanya Tun Dr. Mahathir akan jadi penasihat Petronas dan pejabatnya di Putrajaya. Alamat duit Petronas akan dibedal lagi la. Dr. Mahathir ni dah macam gila talak, nampak macam tak nak menerima hakikat bahawa title PM dah tak dak pada dirinya. Bukankah kalau dia ada di Putrajaya akan menyusahkan Dollah dalam bertindak. Atau ini mungkin strategi Tun Dr. Mahathir menutup dan menjaga tembelangnya selama 22 tahun dari didedahkan oleh ‘Tuan Imam Umno’.

Panaurama.com - 19.11.2003
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: