MELATAH HARI JUMAAT
Oleh Pak Ngah
HARI YANG PENUH DENGAN CERITA
Hidup kita ini penuh dengan cerita. Berbagai cerita setiap hari tercipta, ada di antara cerita tersebut dongengan sahaja, ada cerita seram, cerita untuk keinsafan, cerita helah dan dolak-dalik, propaganda dan yang paling ditakuti bukan cerita hantu tetapi cerita fitnah.
Bentuk cerita-cerita ini diolah dengan bermaksud. Ada kala nya bertujuan untuk mengugut. Tetapi kebanyakan cerita yang disiarkan akhbar utama pemerintahan yang suka berbohong dan menipu, tidak lain dan tidak bukan hanya omongan kosong pemuka, pembodek dan pengampu sahaja.
Kita mulakan dengan janji. Janji yang tinggal hanya janji. Bak kata “Jangan suka berjanji…. Kalau tak ditepati…merana diri…. Tak siapa yang peduli. Ketua Hakim ni, masa mula-mula dilantik terus berjanji dan yang ini janji yang ke berapa pun Pak Ngah dah tak ingat. Terlalu banyak janji tetapi satu pun tak nampak ditunaikan lagi. Hari ini tambah lagi satu janji….. teruskan lah dengan janji….janji…janji…….???????
Kes selesai dalam setahun -- Jaminan Ketua Hakim Negara bagi perbicaraan tidak boleh jaminTempoh hari heboh fasal ayam tak disembelih secara Islam dan diedarkan ke semua premis jualan di Kuala Lumpur dan Selangor. Disebabkan ayam tersebut disumbangkan oleh penternak-penternak ini maka hari ini musibah telah tiba sebagai peringatan. Berniaga hendaklah dengan cara yang benar, kalau hari itu untung RM1 juta tapi hari ini mengalami kerugian RM3 juta. Inilah padahnya berurusniaga yang penuh tamak haloba dan menipu. Beringatlah dengan musibah yang terjadi ini; Allah musnahkan perniagaan mereka dalam sekelip mata berbanding usaha mereka bertahun tahun lamanya. Ambil lah iktibar dari kejadian ini.
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim memberi jaminan akan memastikan setiap kes jenayah membabitkan tertuduh yang tidak boleh dijamin, diselesaikan dalam tempoh setahun.Persatuan penternak ayam dakwa rugi RM3jKemerdekaan Malaysia menjelang 47 tahun, tetapi ada golongan penduduk Malaysia yang masih tidak yakin dengan diri sendiri menggunakan Bahasa Melayu. Apalah ertinya kemerdekaan kepada golongan yang masih tidak yakin ini kerana mereka hanya yakin dengan bahasa penjajah. Kehidupan mereka masih terkongkong dengan penghidupan penjajah. Tetapi mengapa mereka ni tidak tergolong dalam kumpulan taksub atau anasir yang ingin terus menjajah Malaysia. Inilah contoh pentadbiran Islam Hadhari yang akan membenarkan sesiapa sahaja yang menyokong mereka sekalipun anasir dan kumpulan taksub asalkan tidak menentang kemungkaran, pembohongan dan penipuan mereka. Lihat petkan dibawah;
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Para penternak ayam daging dan telur di negara ini mendakwa mengalami kerugian RM3 juta sehari ekoran kemerosotan permintaan terhadap ternakan itu sejak seminggu lalu akibat kebimbangan terhadap wabak selesema burung.Peguam kanan tidak biasa prosiding bahasa MelayuDalam setiap kali pilihan raya kecil, Najib, pemuka UMNO yang suka kepada pembohongan dan penipuan berjanji tidak menggunakan jentera kerajaan, tetapi lihat kepada RTM, apa yang dilakukan oleh mereka. Janji mereka ini serupa dengan janji yahudi, tidak ada satu pun yang ditunaikan kepada Palestin . Apa yang berlaku pula sebaliknya menyalahkan orang lain dan mengadakan berbagai cerita berhelah bagi membolehkan mereka membuat gerakan haram dan terkeji. Sama benarlah dengan apa yang dilakukan UMNO sekarang ini di Kuala Berang. Orang Kuala Berang perlulah menolak UMNO yang berperanan seperti Yahudi ini; Lihat cerita di bawah….. Betui ke cerita macam ini, kalau dah langgar mai rumah orang macam samseng, kalau Pak Ngah dah bubuh penerajang dah…..pun.
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, majoriti prosiding di Mahkamah Persekutuan dan Rayuan dijalankan dalam bahasa Inggeris memandangkan peguam-peguam kanan tidak yakin kepada diri sendiri dalam penggunaan bahasa Melayu.Suatu waktu dahulu, Guru-guru amat disenangi oleh Pemuka UMNO yang suka berbohong dan menipu memandangkan guru-guru paling rapat dengan rakyat. Kalau guru-guru bersama UMNO, rakyat akan ikut masuk UMNO. Kini kedudukan guru berlainan kerana kebanyakan guru sudah meninggalkan UMNO dan rakyat ikut guru-guru meninggalkan UMNO. Guru-guru tetap terhormat seperti mana dulu-dulu, kecuali UMNO yang memandang rendah kerana sekarang mereka hanya berdampingan dengan kalangan korporat dan peniaga. Ada wang dan kemewahan dan ianya selaras dengan amalan Islam Hadhari mereka yang cinta dunia, harta benda dan wang ringgit.
Hari ini pemuka ni yang telah tidak lagi memimpin kumpulan yang suka berbohong dan menipu, kini mula nampak seperti mana kalangan Barisan Alternatif nampak, beliau kini mula mengakui kebenaran kata-kata kepimpinan Barisan Alternatif. Dalam keadaan kecelaruan kekesalan mula mencuit sana dan sini. Dulu semasa kuasa di tangan sikit pun tak pandang dan tidak berbuat apa-apa, yang nampak projek mega, Putrajaya, KLCC hingga kaya raya tetapi kini barulah jiwa gundah gulana, walau wang ada berjuta, begitu lah resam manusia “ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Lihatlah keluhan bekas pemuka ulung UMNO yang suka berbohong dan menipu. Inilah hasil dari bekas tangan pemerintahan sendiri selama 22 tahun.
Semai nilai mulia pelajar dari awal
TANJONG MALIM 24 Ogos - Para pendidik wajar terus dilatih kemahiran mendidik pelajar dari peringkat awal untuk menanam nilai mulia yang boleh menghindari mereka daripada masalah keruntuhan moral dan jenayah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.Penyokong Pas tunjuk parang kepada MB Selangor
KUALA BERANG 24 Ogos - Penyelaras jentera Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Kuala Berang, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata penyokong-penyokong Pas bersikap ganas malam tadi hingga ada yang menunjukkan parang kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.Di dalam hal pemaju perumahan pula, tentulah mereka tak takut, nak takut apa? Siapa yang bagi projek? Dah banyak dah mereka belanjakan kepada pemuka-pemuka yang suka berbohong dan menipu itu, apa nak takut mereka pasti akan diberi perlindungan, dalam surat khabar itu saja buat cerita sensasi saja, di belakang siapa yang tahu kan…kan,,…….kan..
Pemaju tidak `gentar' kewujudan tribunal punca pembeli teraniayaDi antara banyak cerita mungkin yang ini cerita terlawak hari ini, nak cerita panjang pun tak guna, betui ke ni….. macam tak percaya aje….memang tak percaya.
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Sikap pemaju perumahan yang tidak `gentar' dengan kewujudan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) mengakibatkan ramai pembeli terus teraniaya akibat projek rumah terbengkalai.BPR diminta siasat projek rumah polis terbengkalaiGolongan Islam Hadhari memang suka berhibur maka di dalam akhbar utama mereka kalau tak ada berita hiburan, kehidupan mereka pasti suram. Islam Hadhari tanpa hiburan umpama malam tiada berbintang. Sekiranya kehadiran bulan memang membimbangkan Islam Hadhari kerana cahaya nya amat terang dan menyinari segala kegelapan. Islam Hadhari ini suka pada bintang-bintang seperti bintang radio, bintang filem. Semuanya kena suasana yang malap dan hanya perlu kerlip bintang-bintang sahaja.
SETIU 24 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) diminta menjalankan siasatan terhadap projek perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara yang terbengkalai, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Noh Omar.Mereka memenangi hati remaja dengan melalaikan golongan ini dan menakutkan mereka ini tanpa UMNO dan BN akan lenyapkan idola dan keseronokan hiburan yang dikecapi semasa. Sepatutnya remaja di didik dengan sempurna tetapi mereka sebaliknya. Kemudian mereka berslogan berhubung masalah gejala sosial remaja, dadah, sek bebas, mat motor, bohsia, bohjan. UMNO yang suka berbohong dan menipu ini menepati perumpamaan Melayu “LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN” lihatlah berita hiburan mereka.
Adam disambut bagaikan VVIPPak Ngah berpesan pada diri, anak pinak, cucu cicit semoga terhindar dari malapetaka kehancuran tamadun (Hadhari) ini. Takut dan amat menggerunkan kehadiran Islam Hadhari ini bakal memusnahkan ketamadunan umat yang cintakan universal – semula jadi kejadian alam dan Islam. Islam Hadhari merupakan satu usaha merubah pengamalan hidup yang memenuhi kehendak kemanusiaan kepada memenuhi kehendak pemuka UMNO yang suka berbohong dan menipu semata mata untuk terus berkuasa bagi mengelakkan terbongkarnya semua kerja mungkar mereka. Kalau mereka hilang kuasa, rahsia mereka terbongkar, kerana itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa hatta mencipta Islam Hadhari yang jelas tersasar dari akidah pegangan umat Islam seluruhnya. Bertemu di lain masa semoga sihat selalu.
BARANGKALI Adam pun tidak pernah menjangka kehidupannya akan berubah sebegini rupa iaitu mendapat sambutan bagaikan seorang VVIP apabila menyertai Akademi Fantasia (AF) dan akhirnya meraih tempat ketiga hasil undian peminat program realiti tv anjuran Astro itu.‘Semuka kalau tak puas hati’
BELUMPUN hilang penat lelah setelah mengadakan 15 konsert jelajah Malaysia menerusi Siti Nurhaliza Fantasia Tour (SNFT), demi peminatnya Siti Nurhaliza tetap turun padang untuk bermesra dengan 25 pelanggan Astro bertuah di Hotel Palace Of The Golden Horses, Ahad lalu. Walaupun dilanda dengan pelbagai tohmahan Siti tetap tampil bersahaja. (M@RHAEN turut menerima salinan emel tohmahan berkenaan)Setengah juta ringgit dalam empat hari
FILEM Aku No. 1 yang mula ditayangkan di seluruh negara sejak Khamis lalu mencapai kutipan kasar sekitar RM500,000 dalam tempoh empat hari. Kutipan itu agak baik meskipun ia tidak mencapai sasaran penerbitnya yang mengharapkan ia mampu memperoleh sekitar RM800,000 bagi tempoh samaRydee & Fahmy akur pilihan peminat
SELEPAS empat kali menjadi pilihan juri, akhirnya Rydee atau Rydiana Abdul Rahim, 21, terpaksa akur dengan undian penonton yang tidak menyebelahinya. Setelah diselamatkan pada peringkat Theatre Eliminations, The Workshop dan The Wildcard, Rydee meninggalkan Malaysian Idol pada minggu kedua peringkat akhir pertandingan berkenaan…….. Pak Ngah - 27.08.2004 (suntingan M@RHAEN)
![]()