MELATAH HARI AHAD
Oleh Pak Ngah


MENYESAL DAHULU PENDAPATAN
MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA

Beberapa hari yang lalu Pak Ngah tidak sihat dan tak dapat menulis, maklumlah orang tua. Ada kalanya sihat dan ada kalanya kurang sihat namun alhamdullillah Pak Ngah sentiasa mengamalkan sesal dahulu bagi mengelakkan sesal kemudian.

Malangnya apa yang berlaku kepada TUN bekas perdana menteri, beliau kini mula merasakan kekesalan tetapi menyesal kemudian tidak ada gunanya. Masa melebihi 20 tahun Allah berikan memerintah Malaysia digunakan memenuhi hawa nafsu serakah diri sendiri, anak pinak, kaum keluarga dan sahabat handai sahaja. Kini bila telah tidak berkuasa mula menyesal. Begitulah adat manusia, kalau dulu tak pernah ingat dirinya manusia biasa kini baru terasa, apakan daya sesal kemudian tiada gunanya.

Semuanya yang berlaku adalah disebabkan dasar dan amalan yang diterapkan oleh pemerintahannya selama lebih 20 tahun dahulu itulah. Kini telah pun menampakkan hasil dan mengapa menyalahkan orang lain. Kalau dulu ditanam lalang, manakan boleh tumbuh padi tentulah lalang yang tumbuh. Sekalipun Tun KT ini mengalirkan air mata darah sekalipun tidak akan kembali keindahan Islam yang telah dilenyapkan beliau apatah lagi dengan ajaran baru Islam Hadhari ini. Banyakkan bertaubat memohon ampun dari Allah semoga mendapat keampunan darinya. Lihatlah penyesalan bekas PM yang merintih seperti berikut:

Dr. Mahathir amat sedih keruntuhan moral masyarakat
SEREMBAN 19 Ogos - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau amat sedih dengan keruntuhan moral, akhlak serta peribadi masyarakat hari ini khususnya di kalangan generasi muda.

Beliau berkata, paling menyedihkan ialah kejadian jenayah dahsyat seperti bunuh, rompak dan samun yang disiarkan media massa turut membabitkan pelajar.

Dr Mahathir berkata, jenayah dan keruntuhan moral itu berlaku kerana golongan itu tidak dapat mengawal emosi serta tidak mempunyai nilai yang mulia.

"Selain itu, golongan itu juga tidak berdisiplin dan membenarkan nafsu menguasai mereka,'' katanya.

Dalam ceramahnya kira-kira sejam itu, beliau turut menasihatkan generasi muda khususnya pelajar sekolah supaya tidak meniru budaya hidup Barat yang tidak bersesuaian dengan budaya hidup masyarakat Timur.

"Kita orang Timur, bukan orang Barat. Orang Timur ada budaya hidup tersendiri. Orang Timur masih mempunyai nilai yang tinggi dan akhlak yang mulia. Janganlah kita meniru kelakuan tidak senonoh masyarakat Barat,'' katanya.

Dr. Mahathir turut melahirkan rasa sedih dengan gejala penagihan dadah yang banyak melibatkan orang Melayu.

Pada sidang media selepas itu, beliau meminta golongan agama memainkan peranan lebih besar mendidik dan membentuk akhlak mulia mengukit ajaran Islam kepada semua lapisan masyarakat.

"Kalau kita tengok sejarah, kedatangan agama Islam dapat mewujudkan sebuah tamadun yang berjaya kepada golongan Arab Jahiliah. Kalau belajar agama, tidak dapat tidak kita akan menjadi orang yang baik, yang berjaya. Kita pandai keluar ayat (al-Quran), kita kena laksana ajaran Islam itu sendiri. Dia (golongan agama) tak ajar unsur lain.

`"Islam adalah cara hidup dan dalam Islam kita bersaudara, tidak berperang dan tidak bunuh orang.

"Tetapi kalau tak bentuk peribadi Islam, maka dia akan gagal. Sebab itu pelajaran agama menjadi sangat penting kerana Islam ialah cara hidup. Kalau kita ikut cara hidup Islam, takkan kita nak gagal, kita mesti berjaya. Yang menjadi masalah, kita tak ikut,'' katanya.

Beliau berkata, gejala sosial yang berlaku juga dipengaruhi keadaan persekitaran seperti kemudahan Internet yang membolehkan pelajar dan masyarakat melayarinya untuk mendapatkan pelbagai maklumat, bahan dan gambar lucah.

"Kita boleh sekat dan tapis seperti di Jerman dan China di mana bahan pornografi ditapis. Sekarang ini remaja dan golongan muda yang melihat bahan pornografi ini apabila nampak sahaja kanak-kanak dan wanita, mereka 'naik syeikh' kata orang Kedah,'' katanya.

"Orang yang edar bahan begini patut dihukum dengan hukuman paling berat kerana kita punya moral sekarang dah runtuh teruk,'' katanya. – Bernama

Semasa diamanahkan kuasa pemuka ulung ini tidak pun melakukan apa-apa sebaliknya menyerang ulama dan menggembar-gemburkan IT, kini apabila hilang kuasa suruh orang lain pula lakukan. Pemuka ketika ni lebih zalim darimu wahai bekas PM. Kezaliman mu semasa memerintah sudah tidak terampun oleh rakyat apatah lagi pemuka penggantimu Kalu tdak percaya lihatlah apa yang dilakukan oleh generasi pelapis pemuka-pemuka UMNO ini. Mereka gemar hiburan, hiburan, hiburan dan hiburan... bila nak jumpa guru agama, asyik hiburan, hiburan dan hiburan sahaja……..
Pemuda UMNO raikan Zahid AF2
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Populariti juara Akademi Fantasia Musim Ke-2 (AF2), Ahmad Zahid Baharuddin, 23, bukan sahaja menarik minat golongan remaja, malah turut berjaya mencuri tumpuan golongan dewasa, profesional dan ahli politik.

Malam tadi, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju turut meraikan kejayaan Zahid dengan mengadakan majlis kesyukuran di Restoran Sri Chiang Rai di sini.

Ketuanya, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, majlis tersebut juga adalah tanda sokongan Pemuda UMNO Wangsa Maju terhadap perjalanan Zahid sebagai anak seni.

Menurut Norza, kejayaan Zahid seharusnya menjadi contoh generasi muda masa kini untuk berusaha mencapai impian dalam segala bidang yang diceburi.

Lihat pula kelakuan dan putar belit yang dilakukan apabila berlaku pilihan raya kecil, contohnya di Kuala Berang. Lihatlah kenyataan menutup bangkai gajah dengan tudung keladi. Inilah tabiat pemuka UMNO yang suka berbohong dan menipu. Di mana mana saja sentiasa berbohong dan menipu, lihat kenyataan mereka di bawah;
PEMIMPIN-pemimpin Pas memulakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, semalam dengan meninggalkan Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu.

Langkah itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan kerana `merajuk' setelah sebuah dewan terbuka di pejabat itu dijadikan tempat menunggu bagi wakil dan penyokong Pas yang mengiringi calon yang bertanding ke dewan penamaan.

Seperti biasa mereka menyifatkan langkah menempatkan mereka di situ sebagai tidak adil kerana para pemimpin Barisan Nasional (BN) ditempatkan di kantin yang kononnya berhawa dingin walaupun hakikatnya alat penghawa dingin langsung tidak wujud di situ.

Kenyataan sebenarnya telah diperakui oleh Pengerusi SPR sendiri sepertmana Pak Ngah petik maklumat dari Malaysiakini. Kenyataan Pengerusi SPR:
Meeting PAS vice-president Mustafa Ali who delivered a protest letter to him over the EC officer’s statement, Abdul Rahid Abdul Rahman hopes that the matter will end with his apology.

“On behalf of the EC, I apologise to PAS over the statement made by the officer. I have already talked to him and advised him to be fair in his conduct in future,”

The treatment was in contrast to that given to the Barisan Nasional whose leaders including Deputy Premier Najib Razak who was not only ushered into the building but was seated in an air-conditioned hall.

Asked about the mater, Idris was reported to have said: “...we would have accorded them the same treatment if there were ministers among them (PAS leaders).”

Saying it was justified for PAS to be offended by the statement, Abdul Rashid said that “he (the officer) made it sound as if PAS leaders were not on par with BN leaders and therefore could not be given the same treatment."

Jadi segala yang PAS nyatakan adalah benar dan yang menipu adalah Pemimpin UMNO seperti NAJIB, MAHYUDDIN, IDRIS JUSOH, TENGKU PUTERA DAN PEMUKA UMNO YANG LAIN. MEREKA JELAS BERBOHONG DAN MENIPU SEJAJAR DENGAN PENGAMALAN ISLAM HADHAR YANG DIANUTI MEREKA.

Benarlah apa yang diperkatakan PAS, lagipun masakan Tuan Guru Haji Had Awang atau Ustaz Nasharuddi Mat Isa akan berbohong, mereka adalah pendokong dan pejuang yang ingin melihat Islam sentiasa diutamakan. Lihat petikan yang Pak Ngah sempat buat;

Layanan SPR terhadap PAS tidak bertamadun -
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan layanan yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada tetamu daripada parti itu pada hari penamaan calon Dun Kuala Berang hari ini sebagai tidak bertamadun.

“Apa yang berlaku di Kuala Berang ini menunjukkan satu cara yang merosot, yang paling tidak bertamadun dalam sejarah pilihan raya di Malaysia,” ujarnya pada sidang media selepas berakhirnya penamaan calon pilihan raya kecil Dun Kuala Berang di pejabat PAS Kawasan Hulu Terengganu di sini, hari ini.

“Hari ini kita lihat satu perkara yang kecil sahaja, menunjukkan kelemahan SPR dalam mengendalikan pilihan raya iaitu menempatkan pemimpin-pemimpin parti yang mengiringi calon yang merupakan tetamu kepada SPR, di mana tempat yang diletakkan kepada kita terlalu tidak wajar dibandingkan dengan tempat yang diletakkan kepada BN, dengan segala keistimewaan dan kemudahan walaupun kita biasa dengan tempat yang lebih teruk daripada itu,” ujarnya kesal.

Tambahnya, apa yang berlaku itu menunjukkan satu kelemahan terhadap SPR untuk membuktikan kedailan dalam menangani pilihan raya sejak daripada awal lagi.

Keangkuhan dan kesamsengan Barisan Nasional (BN) terbukti pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Berang hari ini, dakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar.

Menurut laporan berkenaan, sebaliknya kira-kira 100 pemimpin BN dibenarkan masuk berbanding dengan pemimpin PAS hanya dibenarkan duduk di kantin pusat berkenaan.

Harakahdaily.net melaporkan bahawa Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, mereka bertindak keluar kerana tidak puas hati dengan layanan yang diberikan amat berat sebelah antara BN dan PAS.

Menurut Ustaz Idris, semalam sewaktu penamaan calon di Dun Kuala Berang, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak biadap terhadap calon PAS, Muhyiddin Abdul Rashid.

Ujarnya, Muhyiddin dan beberapa wakil calon diarah duduk di kantin sewaktu proses penamaan berlansung, sedangkan calon BN, diberi keistimewaan duduk di tempat yang mempunyai penyaman udara.

Akhirnya dari Pak Ngah, lihatlah contoh yang sedang diperlihatkan di depan mata sekarang ini, Bekas PM selama lebih dari 20 tahun sudah mula nampak apa yang kita rakyat nampak setelah tiada kuasa. Inilah bukti kebenaran peringatan-peringatan dan pesanan Rasullallah. Pemuka-pemuka UMNO yang sedang berkuasa itu pasti tidak akan nampak atau sedar seperti mana bekas PM n selagi mereka tidak mengamalkan kelakuan dan tabiat membenci ulama dan memperkecilkan ulama, menghalang kuliah dan ceramah di masjid secara terbuka dan bebas, selagi itulah mereka akan terus terkongkong di dalam kepompong yang kuno dan dungu, sempit dan jumud kepada UMNO yang kan lupus dan mereput. Pak Ngah hanya dapat mengucapkan selamat tinggal UMNO selamanya…..

…….. Pak Ngah - 22.08.2004 (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: