MELATAH HARI JUMAAT
Oleh Pak Ngah


SUARA KELDAI DITEMPELAK

Pak Ngah ulang kembali perenggan pertama tulisan Pak Ngah semalam tetapi disatu tempat itu Pak Ngah hitamkan.

Teringat Pak Ngah akan ayat 19 dari Surah Luqman seperti berikut; Firman Allah Taala Maksudnya: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. Banyaklah pengajaran boleh diambil dari firman Allah ini.

Pak Ngah bukannya pakar bahasa tetapi mencintai Bahasa Melayu kerana berpegang kepada “Bahasa Jiwa Bangsa”, lagi pun Pak Ngah memang orang Melayu sejati bukan keturunan seperti pemuka UMNO yang suka berbohong dan menipu itu. Pemuka ini memang sampai hati membuat kenyataan semalam yang menolak tanggapan penggunaan perkataan `Infotainmen' pada slogan `Saluran Infotainmen Anda' di sebalik penjenamaan semula rancangan-rancangan RTM adalah bahasa rojak.

Jiwanya dan keturunannya bukan Melayu manakan dapat menghayati hati budi orang Melayu. Orang Melayu ini halus pekertinya bukan macam sesetengah mamak itu, mereka memang begitu keras hati dan tak boleh disalahkan mereka kerana mereka terlahir begitu. Adatnya begitu. Apa yang kita mahukan sekurang kurang mereka menghormati orang Melayu dan mereka sepatutnya berbangga dengan keturunan mamak mereka. Apa salahnya mamak, tetapi mamak mesti menghormati orang Melayu sepertimana orang Melayu menghormati mamak. Jangan pula mamak mengaku Melayu, susahlah jadinya. Kalau nak ikutkan nama orang arab pun banyak nama serupa dengan Melayu dan mamak. Kalau dah mamak bawakan diri macam mamak dan jangan perasaan pula nak mempertikaikan Bangsa Melayu, jaga golongan mamak tuada apa salahnya dan tidak rendah martabat mamak. Yang rendah martabatnya apabila berkelakuan hina, jijik, pembohong, menipu, dendam, mengadu domba dan berbagai penyakit hati yang dinyatakan secara terang didalam Al Quran..

Perhatikanlah kata-kata penipuan dan pembohongan pemuka UMNO ini;

Kata Zainuddin, penggunaan perkataan itu telah mendapat kebenaran dan dirujuk kepada pakar-pakar bahasa progresif.
Kenyataan terkini pemuka UMNO yang menunjukkan dirnya sendiri tidak ada ciri-ciri orang Melayu langsung, iaitu keras hati dan rendah budi pekertinya kerana menegakkan pembohongan penipuan yang dilakukannya. Beliau telah terlepas kata mengatakan seperti perenggan di atas. Inilah kenyataan terkini pemuka UMNO ini;
Sementara itu, Zainuddin pada Majlis Pelancaran Lagu Patriotik di Kompleks Beli-Belah Plaza Sungei Wang di sini sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-47 hari ini, berkata, RTM akan tetap menggunakan istilah `infotainmen.'

Menurut beliau, pihaknya hanya boleh mempertimbangkan jika ada perubahan di segi ejaan istilah `infotainmen'.

"Istilah infotainmen lebih menepati maksud yang hendak disampaikan berbanding perkataan infohibur atau inforia, selain kedua-dua istilah itu juga adalah gabungan antara bahasa Melayu dan Inggeris,'' katanya.

Pak Ngah perlihatkan tempelak dari Pakar-pakar Bahasa Melayu seperti berikut:
Pakar bahasa tolak istilah `Infotainmen'
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kalangan pakar bahasa menolak penggunaan istilah `Infotainmen' yang digunakan di dalam slogan baru Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana ia jelas merupakan satu istilah rojak.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Dr. Awang Sariyan berkata, beliau sendiri tidak jelas dengan slogan `Saluran Infotainmen Anda' kerana maksudnya kabur dan bercanggah dengan tatacara bahasa Melayu.

"Mereka boleh rujuk kepada pakar-pakar bahasa sama ada di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau pun pensyarah-pensyarah bahasa berhubung perkara ini.

"Tradisi orang yang berilmu adalah merujuk kepada pihak yang mengetahui.

Menurut Awang lagi, beliau juga tidak jelas dengan maksud Zainuddin yang telah merujuk penggunaan istilah itu kepada pakar-pakar bahasa progresif.

"Kalau diterjemahkan kepada maksud yang rasional, progresif itu merujuk kepada mereka yang berilmu.

"Adakah DBP dan mana-mana pakar yang berada dalam persatuan linguistik tempatan tidak progresif?'' ujarnya.

Sementara itu, pakar bahasa dan linguistik tempatan, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, dalam usaha membentuk imej baru, RTM sebenarnya tidak perlu mengikut rentak stesen-stesen televisyen swasta yang lain dalam mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sesuka hati.

Jelasnya, sebagai saluran rasmi, RTM sebenarnya perlu memegang jati diri bangsa menerusi penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan betul.
"Jangan tiru seperti stesen TV3 yang menggunakan istilah rojak `Sure Heboh' dan stesen NTV7 dengan istilah `live'nya.

"Mencampuradukkan bahasa adalah tindakan yang tidak serius dan barisan pimpinan RTM perlu berbuat sesuatu supaya mereka kembali kepada matlamat asal penubuhan RTM,'' katanya.

Pro Canselor Universiti Teknologi Mara, Tan Sri Wira Abdul Rahman Arshad berkata, masyarakat di negara ini akan menjadikan bahasa rojak sekiranya media tempatan terutamanya televisyen tidak serius menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Bagai kata pepatah Melayu, tetapi tak tahulah perpatah mamak ada atau tidak, “BAPAK BOREK ANAK RINTIK”. Begitu rakusnya Timbalan Menterinya rupanya lebih rakus Menterinya. Idea yang unik sepertimana pemuka terdahulu yang nak tanam padi di atas bumbung bangunan itu telah menyerap pula ke Lebuhraya. Inilah idea yang amat unik tersebut tetapi eloklah berfikir dua kali sebelum berucap dan jangan marah jika rakyat mengatakan “PAK PANDIR DAH JADI MENTERI”, Perhatikan ideanya Menteri Pak Pandr ini;
PLUS sifatkan syor Kadir tidak praktikal
KUALA LUMPUR 11 Ogos - PLUS Expressways Bhd. (PLUS), pengendali Lebuh Raya Utara Selatan mempersoalkan cadangan Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mahukan operasi tol dihentikan selama 20 minit menjelang 31 Ogos ini.

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalila Mohd. Talhar yang menyifatkan cadangan itu tidak praktikal kerana boleh menyebabkan kesesakan teruk di samping membebankan pengguna lebuh raya.

Menurutnya, operasi kutipan tol hanya boleh dihentikan pada pukul 12 malam iaitu ketika lagu Negaraku dimainkan.

"Kita perlu memikirkan keadaan pengguna kerana mungkin ada yang menghadapi kecemasan dan perlu tiba ke sesuatu destinasi dengan segera,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum Pak Ngah mengakhiri tulisan kali ini, Pak Ngah sedikit tersentak melihat berita di bawah ini. Sama-samalah kita tunggu apakah kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh Pemimpin Ulong islam Hdahari nanti atau mereka membisu kerana tidak ada kena mengena dengan mereka, maklumlah islam Hadhari.

Bagi Pak Ngah, kenyataan ini sememang amat biadap memandangkan orang bukan Islam dan Islam sendiri tidak berhak melabelkan penganut Islam dengan apa juga label Fanatik, Radikal, Pengganas kerana Islam itu hanya satu, samada sanggup berjihad menegakkan Islam atau hipokrit/ Munafik terhadap Islam. Jangan berdaleh, mahu ikut Islam atau tak mahu itu sahaja tidak ada tapi… tapinya lagi. Ikut mereka yakni pemuka menentang Islam atau bersama golongan yang cintakan Islam melebehi hartabenda,nyawa atau apa jua yang ada dimuka bumi ni. Bangunlah semua umat Islam menentang kelampauan yang amat sangat ini, Semua umat bukan Islam amat takut kepada jihad kerana ianya adalah pembalasan nikmat syurga tanpa siapa dapat pertikaikan lagi. Umat Islam akan kuat dan digeruni sekiranya semangat jihadnya sentiasa tinggi. Lihat kenyataan ini

Amerika ugut ulama jangan sokong jihad

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan mewujudkan rangkaian militia pro-Washington di seluruh dunia dengan alasan menangani ancaman umat Islam radikal dan memberi amaran kepada semua ulama agar tidak menghalalkan jihad kumpulan berkenaan.

Washington turut menggesa kawalan lebih ketat ke atas rangkaian komunikasi antarabangsa, termasuk internet.

Timbalan Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz, perancang utama serangan Amerika ke atas Iraq memberitahu Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, kempen antipengganas itu perlu diperluaskan lagi dengan menjadikan ulama radikal sebagai sasaran utama yang didakwanya berperanan sebagai pelindung ideologi keganasan.

“Ulama ini memberi perlindungan dengan menghalalkan tindakan merekrut anggota baru serta mengecam ulama lebih sederhana yang menentang mereka. Oleh itu, sekutu utama kita dalam kempen antipengganas ini adalah umat Islam yang mahu mendapatkan kebebasan dan menentang fahaman pelampau,” tegasnya.

Akhirnya renungilah petikan-petikan yang Pak Ngah buat di antara yang ditulis oleh seorang Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik Institut
Kefahaman Islam Malaysia
Firman Allah bermaksud: “Dan Allah telah melantik kamu sebagai khalifah di atas muka bumi, maka Dia akan melihat apakah yang kamu kerjakan.” (Surah al-A’raf, ayat 129)

Ini disokong oleh hadis Rasulullah yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal mengenai apa yang dipimpinnya.”

Antara soalan paling awal ditanya dalam kubur oleh Mungkar dan Nangkir adalah mengenai siapakah yang kita ikuti sebagai pemimpin ketika hidup. Jika salah memilih, di akhirat kelak pemimpin itu tidak dapat membantu kita. Kita juga tidak dapat membantu pemimpin itu atas kesalahan kita bersubahat dalam kepemimpinannya.

Justeru, menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak menjadi pemimpin. Ia perlu mengikut lunas Islam dan mengambil kira keadaan dan realiti politik serta kaedah memilih pemimpin pada zaman ini.

Dalam konteks ini, keutamaan harus diberi kepada menjayakan proses pemilihan pemimpin yang menepati ciri penting kepemimpinan Rasulullah iaitu siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana). Ia juga boleh dirungkaikan kepada beberapa ciri terbitan (generic) lain seperti adil, berwibawa, telus, berintegriti, terbuka, berpandangan jauh, cekap, bersih dan berhemah.

Penganalisis politik, umumnya, mengakui bahawa ‘politik wang’ adalah sesuatu yang menjadi penyakit dalam sistem politik kepartian hari ini. Sesungguhnya gejala ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam dan amalan politik serta keperibadian Rasulullah.

Politik wang sesungguhnya melanggar keempat-empat prinsip asas keperibadian Rasulullah dan nilai terbitan lainnya.

Sebagai seorang pemimpin dan pemilih pemimpin, seharusnya dihindari golongan yang mengamalkan pendekatan politik kebendaan seperti itu. Sesungguhnya sesiapa yang terus mengamalkan dan terbabit dengan perkara sedemikian adalah golongan yang akan memusnahkan kepemimpinan negara pada masa depan.

Pemimpin di kalangan yang korup akan pasti menjerumuskan masyarakatnya dalam kemelut korupsi juga.

Pemimpin Islam mesti mempunyai keimanan serta ketaatan kepada Allah, kekuatan peribadi, kepintaran, ketabahan dan ketegasan. Orang yang dikuasai nafsu dan lemah iman tidak layak memimpin kerana akan merosakkan negara, masyarakat yang dipimpinnya dan ummah keseluruhannya.

Akhirnya mohon dijauhkan Allah dari tergolong bersama orang seperti ini, kalau benar ianya penyelamat negara kenapa Tun Dr Mahathir tidak menganugerahkan apa jua pingat kebesaran. Kalau inilah jasanya kepada negara tidak ada yang lain selain pengat tertinggi iaitu SPGB – Seri Pahlawan Gagah Berani. Kalau tanpanya apalah ertinya kebodohan yang dilakukan ini? Kejujuran apa yang diperlihatkannya, Sungguh mual mendengar kata-kata orang yang pada dirinya langsung tidak terpancar cahaya diwajahnya.:
Penulis buku bela diri
KUALA LUMPUR: Penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM memberitahu Mahkamah Sesyen di sini semalam, kandungan dalam bukunya berjaya menyelamatkan negara, bangsa dan Umno serta semua pemimpin yang jujur.
 
Khalid Jefri, 60, berkata perkataan ‘anak haram’ dalam buku itu mencerminkan sikap salah laku seorang pemimpin.

“Sebagai rakyat biasa saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis dan saya rasa harus tulis serta terbitkan buku ini kerana ia membabitkan maruah seorang pemimpin yang harus disekat daripada menjadi Perdana Menteri atau pemimpin utama.

“Oleh itu saya boleh berkata saya sudah menyelamatkan negara, bangsa dan Umno serta semua pemimpin lain yang jujur,” katanya ketika memberi keterangan membela diri.

…….. Salam dari Pak Ngah - 13.08.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: