MELATAH HARI AHAD
Oleh Pak Ngah


OMONGAN KOSONG ISLAM HADHARI

Islam Hadhari baru diperkenalkan oleh para pemuka yang suka berbohong dan menipu. Semalam dalam akhbar utama mereka seorang pemuka utama mereka telah mendendangkan dongengan kisah 1001 malam dan “Around the World in 80 days”. Apakah pemuka ini telah lupa atau itu hanyalah cerita lama sebelum Islam Hadhari diperkenalkan tentang kes Noritta, Canny Ong, Mohd Farid, Norzi Ayu, Mah Ann Ann, Nurul Huda, Dato’ Norjan. Ucapan pemuka utama mereka ini jelas membaca skrip yang ditulis oleh KH yang berbunyi begini;

Islam Hadhari berjaya ubah sikap umat - Najib
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konsep Islam Hadhari telah berjaya mengubah umat Islam negara ini ke arah meningkatkan mutu kerja, beretika dan berdisiplin sambil menolak amalan buruk seperti rasuah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, konsep yang diperkenalkan sejak 2002 itu bukan sahaja membawa kejayaan dari segi ibadah tetapi juga kesan kepada fardu kifayah.

Malah, katanya, konsep yang diperkenalkan itu merupakan satu proses ke arah membanteras pelbagai gejala sosial dan peningkatan dalam kes jenayah sejak kebelakangan ini.

Kata beliau, usaha membendung gejala sosial tidak boleh dilakukan sekelip mata kerana usaha membanteras gejala tersebut memerlukan pendekatan untuk mengatasinya.

"Kerajaan percaya konsep (Islam Hadhari) yang diperkenalkan itu telah memberi kekuatan kepada umat Islam untuk menangani permasalahan itu,'' katanya selepas merasmikan Seminar Percambahan Fikiran Islam Hadhari di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini hari ini.

Kalau pemuka ini sedar apa yang dituturkannya pasti akan malu kerana tajuknya Islam Hadhari berjaya ubah sikap umat, sebaliknya apa yang berlaku berleluasanya maksiat dengan Konsert Sure Heboh yang haram, Malaysia Idiot, Top Star, Akademi Fantasia, Siti Nurhaliza tour konsert dan sebagainya. Serta Kuiz SMS yang Haram semuanya timbul semasa Islam Hadhari diperkenalkan kepada rakyat Malaysia.

Jelas dan tepat sekali kalau Pak Ngah menegas dan menyatakan ISLAM HADHARI ADALAH ISLAM BERTEMPAT. Sebagai contoh kita lihat pada wanita penganut Islam Hadhari ini. Kalau ke Majlis Musabaqah bertudung dan boleh duduk sebelah menyebelah bukan Muhrim asalkan bertudung dan lebih ayu kalau dengan tudung merah atau merah muda dengan baju putih dan kain merah atau kain merah muda. Mematuhilah amalan Islam hadhari itu. Itulah dari kacamata Islam Hadhari.

Tetapi kalau ke Majlis Perasmian selainnya, boleh saja memakai apa saja. Kalau tak pakai tudung, ketat, terbelah sana sini, ternampak sana sini, asal tidak menyusahkan orang lain merupakan hak kebebasan seseorang hendak memakai apa yang dirasakan sesuai untuknya. Asalkan nampak cantik dan sedap mata keranjang memandang. Kesesuaian zaman sentiasa membolehkan, tambahan pula Undang-undang Syariah, Fatwa bukan boleh dijadikan undang-undang selagi tidak dilulus dan diputuskan oleh Parlimen. Kata Dr Ismail Pengerusi Fatwa itu, selagi tidak diwartakan, tidak berkuatkuasa. Itulah bezanya dengan Hukum Islam yang tidak perlu wartakan kerana Kitab Allah da Hadis Rasullallah sudah mencukupi. Ianya diwarta sejak azali kejadian alam ini.

Kita sambung dan lihat kenyataan seterusnya pemuka Islam Hadhari ini yang berbunyi;

Amat jelas, kata Najib, konsep Islam Hadhari menolak konsep masyarakat Islam yang keras, tidak mengakui kepelbagaian ijtihad, taksub dan tidak mahu mendengar pandangan dan aliran pemikiran lain.

"Umat Islam di Malaysia bukan lagi terdiri daripada golongan Islam ritual yang melihat Islam terlalu sempit hanya hidup di masjid, sembahyang sunat, zikir, berjubah, berserban, berjanggut hingga tidak meletakkan hal kehidupan duniawi sebagai penting.

"Puak beginilah sebenarnya menyebabkan umat Islam menjadi jumud dan pandangan orang lain kurang tertarik terhadap Islam,'' ujarnya.
Tegas beliau, isu agama di negara ini sering disalahgunakan iaitu Islam dan agenda agama seolah-olah hanyalah pengucapan dan ceramah, teori yang berjela-jela dan kata-kata retorik yang sedap didengar sahaja.

Sehubungan itu, Najib yang juga Penasihat Kehormat Islam Hadhari, menggariskan tujuh asas pelaksanaan konsep berkenaan, iaitu setiap tugas dan usaha yang baik adalah ibadat, merancang untuk mencapai mutu kerja berkualiti, memupuk budaya inovatif dan kreatif, mengekalkan politik yang stabil, ekonomi yang kukuh, sistem pendidikan bertaraf dunia dan membentuk akhlak mulia dan terpuji. (Berita Harian 7 Ogos 2004)

Sekarang kita terkenang kembali berita tentang pemuka ini sendiri seperti yang dikiaskan oleh bekas Ahli Parlimen Baling, Al-Fadhil Ustaz Taib Azamudden:
YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD. TAIB AHLI PARLIMEN BALING (Bekas Imam Besar, Masjid Negara)
KENYATAAN MEDIA BERKAITAN "RAHSIA BESAR"

1. Kenyataan ini dibuat kerana menyahut cabaran pihak-pihak tertentu khususnya merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh: ....
......
5. Di antara perkara yang pernah dirujuk kepada saya ialah:
a. Masalah bekas ketua pengarang sebuah akhbar arus perdana yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang gadis semasa isterinya terbaring sakit dan hampir lumpuh;
b. Masalah kesahihan kahwin lari yang dilakukan oleh pemimpin tinggi UMNO membabitkan seorang janda di Selatan Thai;
c. Masalah tangkapan khalwat pemimpin tinggi UMNO dengan seorang artis di Port Dickson; ....
.......
14. Nasihat saya ialah biarlah kalau nak berpolitik, kita berpolitik menggunakan prinsip keislaman dan kemanusiaan; dan janganlah kita meletakkan diri ketahap politik haiwan yang semestinya liar, ganas dan tidak berakal.

YB USTAZ HAJI.TAIB AZAMUDDEN BIN MD. TAIB
AHLI PARLIMEN BALING
Selasa: 24 Safar 1423 / 07 Mei 2002

Pak Ngah amat musykil dengan pemuka yang ini, takut kalau pemuka yang dikiaskan oleh Ustaz Taib Azamudden ini adalah pemuka yang sama, dan kini merupakan Penasihat Kehormat Islam Hadhari serta pemuka lain seperti; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamad merangkap Penasihat Program Islam Hadhari. Sedangkan diri mereka sendiri tidak terurus manakan upaya menguruskan umat.

Beginilah kenyataan Penasihat Kehormat Islam Hadhari bila ditanya berhubung isu laungan Azan; Pak Ngah sebut dulu kata tuan penasihat ini “Tidak apalah. Kita tengok sejauh mana dia (Majlis Peguam) bawa isu ini,''

Isu laungan azan akan dilihat secara dekat
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melihat secara dekat perkembangan isu penyiaran rencana oleh Majlis Peguam yang didakwa menghina Islam sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap badan itu.

"Tidak apalah. Kita tengok sejauh mana dia (Majlis Peguam) bawa isu ini,'' katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan meminta badan itu menarik balik rencana yang disiarkan itu.

Ini selaras dengan desakan pelbagai pihak yang mahu Majlis Peguam menarik balik rencana berkenaan dan menuntut maaf kerana gagal bersikap sensitif kepada perasaan kaum dan penganut agama khususnya Islam.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percambahan Pemikiran Islam Hadhari peringkat Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Akhirnya Pak Ngah memilih kenyataan Setiausaha PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk renungan kita bersama.
Isu konsert dan azan: Ulama Umno masih membisu
KOTA BHARU, 6 Ogos (Hrkh) – Ulama-ulama Umno sehingga kini membisu seribu bahasa terhadap isu konsert hiburan melampau dan azan yang riuh rendah diperkatakan sekarang.

Keadaan itu dilihat bertentangan dengan hasrat kepemimpinan parti itu yang ‘menjaja’ konsep Islam Hadhari dan pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, sehingga kini ulama Umno masih lagi membisu terhadap isu tersebut, biarpun ia sudah jauh menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Kita pun hairan macam mana boleh berlaku perkara sedemikian, sedangkan Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam dan konsep Islam Hadhari diperkenalkan.

“Macam mana pelopor Islam Hadhari boleh berdiam diri dan membiarkan perkara seperti itu berlaku,” katanya kuliah pagi Jumaat yang diadakan di JKR 10 di sini.

Pak Ngah ingin mengingatkan diri Pak Ngah dan seluruh rakan dan taulan agar terus menganalisis diri dan memerhatikan perkembangan yang ingin memesongkan umat Islam dengan berbagai pendekatan termasuk berselindung di sebalik Islam Tamadun (Islam Hadhari – Islam tak sedar diri) kerana kita telah melihat rekod pemuka-pemuka Islam Hadhari sendiri yang penuh dengan pembohongan, penipuan, rasuah, salah guna kuasa, nepotisme, kronisme, zalim, angkuh, bodoh sombong, leka berhibur, tekun mengumpul harta dunia, kebendaan, gila kuasa dan pangkat atau dalam kata ilmu CINTA DUNIA. Salam dari Pak Ngah semoga panjang umur dan jumpa lagi.

…….. Salam dari Pak Ngah - 08.08.2004 (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: