RAHSIA PERANG
Oleh Pak Ngah

Sebenaq nya, Pak Ngah ni dulu pernah jadi HOMEGUARD masa muda-muda dulu. Tu lah yang menyebabkan sampai sekarang Pak Ngah kalau pakai kasut masih berkilat. Seluaq dan baju, sait (bila seterika baju dan seluaq tu) lurus dan tak boleh dua tiga line. Kalau dulu dulu tu, lepas kena kanji, seluaq dan baju boleh berdiri sendiri. La ni mana ada pakai kanji lagi, kain pun dah special, kita kena terima yang baik kita pakai. Hal macam ni Pak Ngah memang sokong. Tapi kurang sikit la dia punya kerajinan tu, Dulu pakai kiwi cap R (Rajin) sekarang kiwi cop M (Malas). Tu la saja beza nya.

Pasai rahsia perang ni Pak Ngah naik syeh seronok, maklumlah bekas homeguard. Macam orang lain jugak, Petani mesti belajak pasai pertanian, Doktor mesti belajak pasai kesihatan, Perang pun kena belajak Ilmu Medan Perang. Orang Putih kata “ Battlecraft”. Tujuan utamanya adalah untuk memahami keadaan sebenarnya di Medan Perang. Pak Ngah rasa tips ni sangat berguna kepada semua pemimpin politik terutama BA yang sedang menantikan saat kemenangan di masa akan datang.

Apabila kita nak merancang peperangan, kita kena faham faktor-faktor utama yang akan Pak Ngah senaraikan. Yang ni mesti kena buat.

Pertama: Mengenal Musoh. Kena kenai luaq dan dalam, perangai depa, baju depa, modus operandi depa, alat-alat depa, pasukan depa, komunikasi depa, tipu-helah, kekuatan dan kelemahan depa, pendek kata apa juga yang bersangkut paut dengan diri individu dan organisasi depa.
Kedua: Lokasi dan kedudukan mereka. Semua maklumat kena tepat dan lengkap.

Ketiga: Mengenalpasti sepenuhnya kawasan operasi mereka termasuk halangan semula jadi dan buatan manusia yang ada di sekeliling mereka.

Keempat: Penyediaan kita dari segi kekuatan perbandingan dengan mereka dan pemilihan langkah yang paling bersesuaian.

Pak Ngah sengaja pendekkan cerita ni, sebab perlaksanaan kita mesti jalankan secara rahsia untuk mencapai surprise serangan terhadap mereka. Insyallah kalau ada umor kita akan mengadakan perbincangan bersama Pak Ngah secara tertutup bagi mengegarkan kekuatan musoh di masa kan datang.

Perang ni ada macam-macam jenis. Perang Mulut ada, Perang Ekonomi ada, perang salib ada, perangsaraf dan lain-lain lagi, Yang Pak Ngah nak tekan kan kali Perang Hawa nafsu.

Apa yang depa dok buat dan war-warkan sangat dalam surat habak tu bukannya PERANGSARAF sangat tetapi perang hawa nafsu. Apa yang Rasulallah suruh memerangi HAWA NAFSU tetapi apa yang Islam Hadhari tengah dokbuat adalah perang mengikut hawa nafsu. Depa dok perang sungguh dengan rakyat supaya mengikut hawa nafsu, macam mana nak maju, membangun, kaya, berkuasa, fitnah, rasuah, nepotisma, kronisma, berhelah, salahguna kuasa yang semua nya adalah faktor hawa nafsu.

Sebab tu lah depa dok menang kerana orang ramai zaman la ni memang suka ikut hawa nafsu. Dari penyelidikan para intelektual di menara gading tu hang pa dah jumpa tak cara nak mengalahkan hawa nafsu tu? Mana nak jumpa dalam Hukum Archimedes atau Newton law atau Hypotesis Avorgardo. Mana nak jumpa dalam Fotosintises, Mana nak jumpa dalam Rules of Law. Mana nak jumpa dalam Principles of political Science. Boleh jumpa ka dalam Profit and loss atau dalam lapisan ozone. Tak tau lah kalau boleh jumpa dalam Incinerator di Broga.

Mungkin juga lawatan kerja dan perdagangan ke China atau Amerika, Rusia, Timur Tengah boleh terjumpa di sana. Tapi dok perasan tu lagi nak melingkup ada la. Beli tembakau bagi gred B sahaja pada penanam tembakau kita, bila eksport terus penaik jadi gred A. Orang kampong dapat RM 0.80 sekilo contohnya, depa juai RM 4.80 keluaq negara, ni kira cukup penipu la. Akibatnya kerja yang dah lama menipu ni, lama-lama depa dah pun jadi pencuri pula. Dulu tipu penanam tembakau, getah dan petani lain tetapi baru-baru depa tipu dalam piliha raya pula. Pepatah orang dulu-dulu bagitau, Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap pembohong, lama-lama mencuri. Betui sungguh dah kena kat depa.

Pak Ngah dah jumpa lama dah cara nak mengalahkan hawa nafsu ni. Orang dok suruh puasa di bulan Ramadhan tu nak latih kawal hawa nafsu lah tu, kalau dah lepas Ramadhan tak berubah makna nya tak lulus ujian lah tu. Kalau yang tu pun tak lulus lagi macam mana depa boleh naik pangkat dan perintah. Ni lah akibatnya memilih pemimpin yang tak lulus ujian. Tak reti malu langsung dengan Allah taala.

Akhir kalam dari Pak Ngah, mintaklah JAKIM, MUFTI, JAIS ke JAIK, IKIM, PM, TPM, Menteri, supaya ulang balik ambil ujian, bila dah lulus besok, ambiklah balik jawatan tu. Bukanya, apa Pak Ngah boleh nampak orang yang dah lulus. Bila dah lulus sapa pun tak akan mempertikaikannya lagi.

Wassalam semoga ketemu di lain warkah.

Tanggal: 09 Rabiulakhir 1425

Pak Ngah - 31.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:



Sertai Maillist M@RHAEN