![]()
MELATAH HARI SENAYAN
UMNO DAH TERKETAR KETAR BILA ANWAR NAK BALIK
Oleh Pak Ngah (Laman M@RHAEN)
Hari ini Pak Ngah nak perlihatkan satu persatu kegelabahan yang menghantui UMNO menantikan tarikh 31 Okt 2004, sekejap kata itu dan ini, ada kah patut sebab tak bagi permit kerana bukan musim pilihanraya. Orang berkumpul hanya nak pilihan raya saja ka? Yang dok buat Konsert Sureheboh itu rupanya tak payah minta permit ka? Hah… dah mula nak terbocor banyak rahsia lagi ini. Buat perhimpunan besaran itu pun mestilah kena permit kerana undang-undang kata begitu, betui tak? Okay kita tengok kegelabahan mereka : (Dari Laman UMNO Online tau)Kepulangan Anwar Tidak Perlulah Di Gembar-GemburkanYang nak balik itu ANWAR IBRAHIM tak ada sedikit pun sangkut paut dengan UMNO lagi sebab mereka telah merapatkan pintu, jadinya kenapa UMNO pula yang sangat gelabah menghadapi kembali nya Anwar dari luar negara. Orang yang takut adalah orang yang berbuat salah, Jika diperhatikan semua kenyataan dan tindakan UMNO jelas sangat mereka seperti amat bersalah kepada DSAI. Kalau dah buat salah kepada orang pergi minta maaf, baru nampak macam orang Melayu apatah lagi Islam, Ini tidak, nama Parti Melayu tetapi tak nampak langsung ciri-ciri kemelayuan nya. Selamat tinggal UMNO sekembalinya Datuk Seri Anwar ke pangkuan rakyat. UMNO bolehlah direkodkan sebagai “Clinically Death” sekembalinya nanti ANWAR IBRAHIM pada 31 Oktober 2004.
Oleh: Zulkifli IbrahimBanyak pihak berpendapat kepulangan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada luar negara pada 31 Oktober ini tidak perlu digembar gemburkan kerana ia hanya kepulangan biasa seorang bekas pemimpin selepas menjalani pembedahan di luar negara.
Ada pihak berpendapat memadailah jika kunjungan dibuat di rumah kerana sambutan yang diatur akan menyebabkan kesesakan lalu lintas khususnya di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pemerhati politik melihat kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai sebab untuk mengeluarkan sebarang bentuk permit kepada jawatankuasa penganjur menyambut kepulangan Anwar kerana ini bukannya musim pilihanraya.
Pilihanraya umum telah berlalu, rakyat telah memberi mandat dan sokongan yang besar kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus memimpin rakyat dan negara ini. (Apa sangkut pautnya dengan DSAI)
Pemerhati politik juga melihat sekarang bukannya masa untuk berpolitik atau `menunjuk kuat’ kerana pilihanraya baru sahaja berlalu dan parti pembangkang perlu menerima hakikat bahawa rakyat negara ini telah menolak mereka dalam Pilihanraya umum yang berjalan secara aman dan adil. (Apa sangkut pautnya dengan DSAI)
Kepulangan Anwar adalah kepulangan biasa dan yang menjadikannya `luar biasa’ ialah sikap fanatik segelintir pemimpin dan penyokong setia parti Keadilan yang berusaha bersunguh-sungguh membuat provokasi `memujuk dan merayu orang ramai’ supaya berkumpul bagi menyambut kepulangan pengasas parti itu.
Sudah menjadi lumrah rakyat negara ini apabila dibuat promosi secara berlebih lebihan mereka akan datang untuk melihat tetapi tidak bermakna mereka menyokong parti pembangkang. (Apa ke halnya pulak ni)
Buktinya, apabila parti pembangkang khususnya Pas dan Keadilan mengadakan ceramah, jalan raya akan sesak sehingga dua tiga kilometer kerana begitu ramai mereka datang hendak mendengar ceramah berkenaan malangnya apabila diadakan pilihanraya Pas kalah dengan teruk. (Apa sangkut pautnya dengan DSAI)
Hakikatnya, mereka yang datang itu adalah orang yang sama kerana mahu mendengar temberang pemimpin pembangkang dan begitu jugalah dengan kehadiran orang ramai di Lapangan Tebang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini yang mahu melihat Anwar dari dekat selepas beliau dibebaskan daripada penjara.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dalam satu kenyataannya baru-baru ini ketika mengulas perkara ini berkata, kepulangan Anwar tidak perlu di gembar gemburkan kerana ia adalah kepulangan biasa seorang bekas pemimpin yang baru pulang kerana mendapat rawatan di luar negara.
Menurutnya, tidak perlu diadakan perhimpunan untuk menyambut kepulangannya dan memadailah jika kunjungan dibuat di rumah jika penyokong parti itu mahu bertemu dengan pemimpin mereka.
..….. Pak Ngah - 25.10.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)