![]()
MELATAH HARI AHAD
PEMUDA UMNO MENYERANG PEMUDA PAS
Oleh Pak Ngah (Laman M@RHAEN)
Nampaknya sungguh bersemangat Pemuda UMNO menyerang Pemuda PAS akibat dari Laporan kepada BPR oleh Pemuda PAS atas perbuatan RASUAH semasa Perhimpunan UMNO tempoh hari. Kata mereka orang lain yang makan cili orang lain pula yang pedasnya. Betul juga kata Pemuda UMNO tu ye… Mereka yang makan cili yakni mereka yang terlibat rasuah, kenapa pula Pemuda PAS pula yang beriya-iya benar buat Laporan BPR.Tetapi memang pelik Pemuda UMNO ini mengaku makan cili, tetapi bila bercakap kata kononnya berlaku amalan politik wang. Kalau dah makan cili tu tak payah konon-konon lagi, tentulah pedas. Bila pedas kenalah cari penawarnya, air serbat ke, ais bandung ke. Di Malaysia ini, Rasuah ini penawarnya adalah BPR. Mungkin Pemuda PAS berhemah tinggi dan ingin membantu mendapatkan penawar tersebut kepada UMNO. Berlapang dada dan terbuka lah UMNO menghadapi kepedasan yang berpanjangan ini. Lihat petikan dari laman UMNO online
Pemuda Pas Buat Laporan BPR Politik Wang Dalam UMNO:Pemuda UMNO perlu mengambil tindakan serupa dengan membuat Laporan BPR di atas segala tuduhan yang telah dikeluarkan seperti disebutkan di atas:
`Orang Lain Makan Cili, Orang Lain Pula Yang Rasa Pedasnya'
Oleh: Zulkifli Ibrahim
KUALA LUMPUR: Orang lain yang makan cili, orang lain pula yang rasa pedasnya. Perumpumaan ini mungkin sesuai untuk digunakan kepada `campurtangan’ Dewan Pemuda Pas yang membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dengan dakwaan kononnya berlaku amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.Mengulas kenyataan campurtangan Dewan Pemuda Pas ini, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Subahan Kamal berkata, Dewan Pemuda Pas tidak perlu membuang masa mencampuri hal ehwal dalaman UMNO kerana terlalu banyak kelemahan dan kejumudan yang berlaku di dalam Pas yang perlu diperjuangkan oleh Dewan Pemuda.
Menurutnya, ini diakui sendiri oleh Dewan Pemuda Pas dalam Muktamar parti itu baru-baru ini yang mengecam hebat pucuk pimpinan parti sebagai berfikiran sempit, jumud dan tidak ada strategi.
“Dakwaan berlaku politik wang di dalam UMNO tidak ada kena dengan Pas dan tindakan Dewan Pemuda parti itu yang membuat laporan kepada BPR adalah satu tindakan campurtangan yang memalukan,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Subahan berkata Dewan Pemuda Pas juga tidak perlu membuang masa membicarakan soal politik wang di dalam UMNO kerana terlalu banyak penyelewengan dan salah guna kuasa semasa Pas memerintah negeri Terengganu.
“Sungguh memalukan semasa Pas memerintah Terengganu berlakunya penyelewengan wang zakat sebanyak RM500,000 manakala selama empat tahun setengah memerintah negeri itu berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengeluaran geran tanah kepada suku sakat pemimpin parti itu,” katanya.
Menurutnya lagi, sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai addin tidak sepatutnya berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa sehingga Pas menerima balasannya ditolak rakyat dalam Pilihanraya Umum lalu.
“Saya hendak nasihatkan Dewan Pemuda Pas, sebagai parti pemerintah UMNO tahu apa yang hendak dilakukan untuk kebaikan parti dan tidak perlulah mana-mana pihak campurtangan kerana terlalu banyak kelemahan dan kejumudan di dalam Pas yang boleh diperjuang oleh Dewan Pemuda parti itu,” katanya.
Beliau berkata, perlembagaan UMNO sudah menetapkan bahawa masalah parti diselesaikan mengikut saluran parti dan tidak memerlukan campurtangan daripada mana-mana pihak.
“UMNO akan menyelesaikan masalah politik wang mengikut saluran-saluran di dalam parti dan yakin masalah ini akan dapat diatasi tanpa perlu membuat laporan kepada BPR atau sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, kelemahan Pas yang paling ketara ialah mereka masih berpolitik cara lama iaitu mencari kelemahan orang lain untuk diekploitasi tanpa berusaha untuk membaiki kelemahan diri dan turun ke padang untuk meninjau masalah rakyat di kampung-kampung.
“Berbeza dengan UMNO, kita bukan sahaja bercakap malah menjadikan pembelaan rakyat sebagai agenda utama dan akan memastikan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pemerintah,” katanya.
Datuk Subahan Kamal berkata Dewan Pemuda Pas juga tidak perlu membuang masa membicarakan soal politik wang di dalam UMNO kerana terlalu banyak penyelewengan dan salah guna kuasa semasa Pas memerintah negeri Terengganu. “Sungguh memalukan semasa Pas memerintah Terengganu berlakunya penyelewengan wang zakat sebanyak RM500,000 manakala selama empat tahun setengah memerintah negeri itu berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengeluaran geran tanah kepada suku sakat pemimpin parti itu,” katanya.Kalau tidak mengambil tindakan membuat laporan BPR ianya menunjukkan tuduhan kosong, omongan kosong tanpa fakta dan bukti, mereka reka cerita, semata mata mahu menjawab tindakan yang telah dibuat oleh Pemuda PAS. Tidak ada helah lagi untuk apa jua tujuan atau apa jua kononnya lagi, ianya SAMA ADA BENAR ATAU TIDAK BENAR, TUDUHAN ATAU DAKWAAN ATAU FITNAH SAHAJA.Dari Pak Ngah hanya ambil satu pedoman, kalau sakit itu, eloklah jumpa doktor atau pengamal perubatan Islam. Dah tau punca penyakitnya tak kan tak mau berubat, dah tau diri mengidap kencing manis tak kan nak biarkan dipotong kaki. Hukum Hudud nak dipotong tangan ada pula yang kata zalim, kencing manis dihukum potong kaki tak kata zalim pun. Sebenarnya tidak ada yang zalim dalam hukum Allah semuanya paling sempurna dan paling adil. Kita perlu ingat memperingati sesama Islam, jauhkan dari fitnah atau tuduh orang dan jangan jadi hipokrit dalam bahasa Melayu dan kalau dalam Islam sama lah dengan Munafik. Salam dari Pak Ngah dan Selamat berpuasa.
..….. Pak Ngah - 24.10.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)