MELATAH HARI SABTU
MAKSIAT:
MUFTI TIADA KUASA HANYA YANG BOLEH, SURUH TUTUP TV SAHAJA
Oleh Pak Ngah (Laman M@RHAEN)


Pak Ngah amat sedih apabila di beritahu seperti mana dibaca dari Malaysiakini dan Harakahdaily oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Yusuf Husin yang sebenarnya mufti tak ada kuasa dan hanya boleh suruh tutup TV sahaja kalau rancangan tak baik. Pak Ngah ingatkan bila boleh keluarkan Fatwa itu mestilah orang yang berkuasa kerana di sisi Allah, Mufti ini mempunyai kuasa selebar dan seluasnya yang ada peruntukan di dalam Al Quran dan Hadis Rasulallah.

Kalau begitu “Mengapa masih mengekalkan nama jawatan tersebut sebagai MUFTI, bukankah lebih manis diubahkan kepada Ketua Pejabat dan pejabatnya pula dinamakan Pejabat Pentadbiran berkaitan hal hal orang Islam. Tak perlu apa-apa kuasa dan hanya mematuhi apa yang ditetapkan Kerajaan Memerintah ketika itu.

Kalau sebut MUFTI ini seharusnya tidak terikat dengan mana-mana perundangan melainkan hanya terikat dengan perundangan Islam sahaja. Tak tahulah kalau di dalam Common Law ada menyebut MUFTI juga. Pada pandangan Pak ngah yang cetek ini, kalau berhubung kait dengan Islam, semuanya kena Islam, Undang undangnya kena Islam, Pentadbirannya kena Islam, Pengurusannya kena Islam, Pakaiannya pun kena Islam dan tentang pakaian tentulah Mengikut cara pakaian Rasulallah dan sahabatnyalah yang paling baik. Kalau nak pakai macam Melayu pun baik juga tetapi kalau pakai macam orang barat, bagi tau Pak Ngah macam mana boleh jadi lagu tu. Agama Islam dari Timur Tengah, diri orang Melayu dari kepulauan Melayu tetiba pakai macam orang barat… memang tak munasabah dan tak berapa nak masuk akal melainkan hatinya, jiwanya dan perasaannya sentiasa mengagungkan yang dari barat itu lebih baik dari amalan biasa orang Melayu dan lebih baik dari Islam dari Timur Tengah. Kerana pancaran cahaya ilmunya dapat dilihat pada tubuh badannya. Stop di sini tak payah pergi lebih jauh.

Lihat pada petikan yang Pak Ngah buat ini:

Muffti Wilayah Persekutuan minta ibubapa tutup TV jika programnya tidak baik
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Hrkh) - Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Yusuf Husin meminta ibubapa menutup televisyen apabila didapati program tv tidak baik untuk anak-anak mereka.

“Bila rancangan TV di rumah terlalu menonjol kepada perkara yang tidak baik ibu bapa tutuplah TV,” katanya.

Ini kerana, katanya, ibu bapa yang menyediakan TV di rumah maka ibubapalah yang berperanan sebelum tugas tersebut diserahkan kepada orang lain.

We have no power, says FT Mufti
Fauwaz Abdul Aziz
Contrary to popular perception, muftis wield no power and merely play an advisory role to the government in tackling social problems affecting the Muslim community.

Federal Territory Mufti Dr Yusof Hussain today said although they can issue fatwas (religious edicts), they lack the powers to enforce them without the cooperation of government agencies.

“There are 14 muftis, under the powers of the Sultan. We are tasked to look after the affairs of the Islamic religion and Muslims. It sounds like our responsibilities are wide, but we don’t have any powers to enforce. Our role is merely advisory. That’s it.

“Sometimes people listen (to our advise). But if when they do not want to listen, what more can we do?” he asked during a meeting with PAS Federal Territory liaison, Youth and Women’s wings’ representatives at his office in Kuala Lumpur.

Sekiranya Mufti tidak mempunyai kuasa jadi siapakah yang mempunyai kuasa? Siapakah yang mempunyai kuasa perundangan Islam di Malaysia yang telah di isytiharkan sebagai sebuah Negara Islam ini. Apa lah gunanya ada Mufti yang tertinggi di Negeri-negeri sekiranya tidak punya kuasa, hanya sebagai penasihat sahaja. Ubahkan Mufti kepada penasihat sahaja jawatannya, apa nak dimalukan kalau hanya itu kerjanya. Jawatan mau dinamakan mufti tetapi kerja hanya nasihat, Kita tak mahu orang memandang serong atau tidak baik kepada pemegang amanah sebenar Mufti sebagaimana diperuntukkan oleh Islam sendiri.

Akhirnya dari Pak Ngah, kalau perlu ubah nama jawatan dari Mufti ke nama lain tidak ada apa salahnya kerana kalau mau terus gunakan nama jawatan Mufti mestilah memenuhi semua bentuk tanggungjawab dan mempunyai semua kuasa sebagai seorang mufti.

..….. Pak Ngah - 23.10.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: