MELATAH HARI JUMAAT
SAMY VELLU: DISERU LETAK JAWATAN OLEH MP BN
NAJIB: LAPOR POLITIK WANG TIADA GANJARAN
SAMPAI DAH MACAM INI PUN, BN RASA MASIH MAMPU TADBIR NEGARA
Oleh Pak Ngah (Laman M@RHAEN)


Nak tunggu sampai macam mana lagi? Nak tunggu sampai nak cari makan pun dah tak boleh, nak tunggu nak beli seluar pun dah tak boleh, nak tunggu sampai apa benda pun dah tak berguna baru nak berubah?

Bila kita dah nampak kepimpinan lebih menyusahkan dan dah lama dah… lebih baik cepat cepat kita berubah. Berapa lama memerintah kita tak kisah tetapi kualiti penghidupan kita berada dalam lingkungan sederhana yang mencukupi sudahlah. Ini, yang kaya orang tertentu sahaja, bagi kita tak kaya sangat pun tak apa asalkan hidup dalam keadaan serba serbinya mudah diperolehi..

Sekarang ini dikalangan Ahli Parlimen BN sendiri juga turut serta meminta DS Samy Vellu undurkan diri. Apa lagi, nak tunjuk masih mampu, orang dah kata memang tak mampu, tanya Barisan Alternatif, lama dah patut berhenti. Lihat petikan akhbar ini:
 

Samy Vellu dikecam: Didakwa gagal tangani masalah Kementerian Kerjaraya
Oleh Veena Rusli
Datuk Suhaili Abdul Rahman (BN-Labuan) dan Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) masing-masing turut mendesak Samy Vellu meletak jawatan atas alasan “punca segala masalah yang dihadapi kini ialah menterinya.”

Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata, beberapa penjelasan Samy Vellu mengenai kes tertentu membabitkan kementeriannya sukar diterima rakyat, malah lebih banyak menimbulkan kekeliruan.

Yang ini lagi satu haru biru. Kalau kat orang bukan main cepat suruh ambil tindakan, contoh Jefri Ooi har itu, tak tentu hala ujung pangkal dah ancam ISA, suruh siasat cepat cepat tapi bila kena batang hidung sendiri tak bagi siasat pulak itu, nak siasat sendiri. Sendiri berak tengah jalan. Tanya orang pula siapa berak tengah jalan, boleh jalan dah….

Tetapi yang lebih pelik, yang kata politik wang berlaku, yang ada bukti tetapi tak mau buat laporan. Kalau orang lain bukan main laporan sahaja, contohnya tengok petikan ni: “Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pula tidak akan membuat laporan walaupun mempunyai bukti kerana untuk `menjaga periuk nasi' rakan-rakan dalam parti.” Dan yang ini: “Antaranya ialah dakwaan Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang tewas dalam pertandingan MT mendakwa pemilihan UMNO bulan lalu paling teruk dicemari oleh politik wang sejak tiga dekad lalu. Abdul Kadir enggan membuat laporan mengenai dakwaan gejala berkenaan

Najib: Lapor politik wang tiada ganjaran
Oleh: HAIRULAZIM MAHMUD
KUALA LUMPUR 13 Okt. - UMNO tidak akan memberikan ganjaran kepada mana-mana ahlinya yang tampil membuat laporan berkaitan dakwaan wujudnya gejala politik wang sepanjang Perhimpunan Agung parti bulan lepas.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengurusan parti tidak akan berbuat demikian kerana bimbang pihak yang mendakwa membuat laporan semata-mata untuk memperoleh ganjaran yang ditawarkan.

"Siapa yang ada maklumat sila tampil, lagi pun sistem memberikan ganjaran ini tidak kita amalkan setakat ini dan kita tidak tahu laporan mungkin akan dibuat kerana ganjaran atau sebab lain,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas hadir pada majlis penyampaian sumbangan daripada Kumpulan Maybank di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik supaya parti memberikan ganjaran kepada ahli yang melapor wujudnya amalan rasuah itu.

Semalam, Najib menegaskan bahawa semua peraturan berkaitan politik wang dan salah guna kuasa dalam parti dikekalkan sehingga pemilihan akan datang.

Polemik mengenai gejala itu melanda parti selepas pemilihan lepas dengan pelbagai pihak termasuk calon-calon MT di kalangan anggota Kabinet.

Antaranya ialah dakwaan Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang tewas dalam pertandingan MT mendakwa pemilihan UMNO bulan lalu paling teruk dicemari oleh politik wang sejak tiga dekad lalu.

Dua lagi Menteri Kabinet yang tewas untuk mendapatkan tempat dalam barisan MT ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh.

Abdul Kadir enggan membuat laporan mengenai dakwaan gejala berkenaan.

Sementara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pula tidak akan membuat laporan walaupun mempunyai bukti kerana untuk `menjaga periuk nasi' rakan-rakan dalam parti.

Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengesahkan bahawa Lembaga Disiplin setakat ini belum menerima laporan mengenai perkara dakwaan berlakunya politik wang pada Perhimpunan Agung UMNO itu.

Kalau beginilah sikap yang ditunjukkan pemimpin, teladan apa yang ingin ditunjukkan. Habis rosak semua sistem kehidupan di Malaysia ini. Rasanya masanya untuk berubah telah pun tiba, pemerintah yang kacau bilau pentadbiran diri sendiri, macam mana nak meneruskan slogan CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG, semua yang ada semuanya nampak terhalang ada, bak kata di TV itu macam macam ada…… Selamat berpuasa dari Pak Ngah, niat puasanya biar betul, kerja biar ikhlas, perintah biar telus, moga-moga puasa kita diterima Allah.

..….. Pak Ngah - 14.10.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: