Cerita Najib dan Kroninya
Oleh Ore Kite
Najib memang layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan di mana kedua-dua jawatan tersebut merupakan jawatan yang dapat menyumbangan pendapatan yang besar kepada Najib dan juga rakan-rakan sekutunya. Besar jugalah harapan rakyat Pekan terutamanya dapat tengok Pekan membangun selain dari bangunan kilang milik DRB-HICOM.

Berita yang terbaru adalah satu kontrak membekalkan makanan ransom kepada ATM untuk tempoh 3 tahun telah dianugerahkan kepada 2 syarikat milik salah seorang kroni Najib dari negeri Perak. Satu kontrak mungkin kerana terpaksa diberi kepada Dewina milik anak beranak Pak Lah. Apa yang dikesalkan tender ini telah dimasuki oleh lebih kurang 28 syarikat. Tetapi ada direct negotiation selepas sehari pengumuman Pak Lah bahawa semua kontrak kerajaan akan di buat secara tender terbuka KECUALI  untuk projek tertentu sahaja. Jadi inilah sandiwara politik UMNO dalam membenteras amalan rasuah di kalangan pemimpin. Suasananya masih lagi sama: cakap tak serupa bikin.

Memandangkan kroni Najib ni tidak mempunyai kilang untuk memproses makanan, maka kontrak ini telah disubkan kepada peniaga Cina yang ada kilang kat tepi lebuhraya Utara Selatan. Jadi pilihan raya kali ini, semua petugas UMNO akan dapat percuma pelbagai jenis makanan dalam tin dan minuman botol. Bagi yang tak dapat bolehlah pergi berlonggok minta bantuan apa yang patut.