Kuat Kerja, Kerja Kuat
Istilah pengundi hantu nie adalah istilah popular musim PR. Ia merujuk kepada pengundi tak sah atau mereka yang tidak layak mengundi dijadikan layak dengan cara penipuan. Antara yang pernah kita dengar ialah:-

1- Rakyat asing diberi  KP Malaysia, dengan syarat mereka undi BN.

2- Rakyat asing dibawa masuk berbondong-bondong ke kawasan pendalaman guna untuk majukan tanah, Kemudian diberi KP, ini dilaporkan berlaku di sekitar daerah Pekan, Pahang.

3- Penipuan secara berkomputer di mana nama-nama individu tertentu dicetak atas kertas senarai pengundi. Mereka ini juga mengundi di tempat lain, dilaporkan yang berlaku di Terengganu tu kes inilah. Mereka dah undi di Pahang/tempat lain, kemudian dibawa dengan Bas untuk undi di beberapa kawasan pendalaman Terengganu.

4- Undi pos, ini ada kemungkinan tapi berapa banyak dan kesahihan tuduhan amat sukar dibukti. Hanya khabar angin  yang hanya berguna untuk melengahkan pembangkang/ Bila pembangkang sibuk memikir hal yang tida kesudahan dan tak terbukti ini, masa, tenaga dan keupayaan merancang disia-siakan sedangkan yang menang akan berusaha untuk menyusun strategy kemenangan akan datang... bertambah rugilah pembangkang.

5- Kotak yang berisi kertas undi tiba-tiba muncul dan siap berpangkah parti tertentu (MAGIC BOX). Hal ini juga aneh sebab setiap pusat undi tentu ada senarai bilangan mereka yang hadir, ini boleh dibanding dengan jumlah kertas undi.

Kesian... belum mati lagi diorang dah jadi hantu... tapi yang heran tu pandai jugak hantu mengundi ek... nasib baik kakitangan SPR yang bertugas tak kena cekik... agaknya ini hantu tak brutal kot... dia tak main cekik-cekik main pangkah-pangkah aje... macam orang minyak... tapi hantu orang minyak pangkah kat muka, hantu ni pangkah kat kertas... inilah namanya hantu ajaran sesat... melanggar tatacara hantu yang sebenarnya. Hantu-hantu tu dah masuk kubur balik lepas mengundi... payah gak nak cam yek... Tunggu next election... hantu tu keluar balik...cari duit belanja!!!

Dalam Al Quran, Allah membuat deklarasi bahawa lelaki yang baik akan mendapat perempuan (baca isteri) yang baik; perempuan yang baik akan mendapat lelaki yang baik, lelaki yang jahat akan mendapat perempuan yang jahat; perempuan yang jahat akan mendapat lelaki yang jahat; lelaki yang berzina akan mendapat perempuan yang berzina; perempuan yang berzina akan mendapat lelaki yang berzina; (dan seterusnya) ... apakah rakyat yang baik akan mendapat penguasa (baca kerajaan) yang baik, penguasa yang baik akan mendapat rakyat yang baik; rakyat yang korupsi akan mendapat penguasa yang korupsi, penguasa yang korupsi akan mendapat rakyat yang korupsi; rakyat yang mengabaikan hukum Allah akan mendapat penguasa yang mengabaikan hukum Allah; penguasa yang mengabaikan hukum Allah akan mendapat rakyat yang mengabaikan hukum Allah; (dan seterusnya)...?
 
Benarkah masalah tanah menjadi punca rakyat Kelate sakit hati dengan Kerajaan Negeri? Kalau benar, berapa kerat yang terbabit. Habis banyak 10 DUN Kelantan. It can't cause the swing seluruh Malaya. Takkan tempat lain pun pasai tanah jugak.
 
Sebab yang utama ialah persempadanan semula, EC jadi talibarut BN untuk menipu, dan politik rasuah dan wang yang menjadi ratib umno dulu kini dan selamanya. Itulah sebabnya nak pilih pemimpin kena dibenarkan mengenali pemimpin tu. Kalau angkat kaki rasuah, akibatnya rasuah akan semakin berleluasa. Angkat kaki pompuan, akibatnya gejala social semakin berleluasa. Angkat kaki anti-hudud, akibatnya hudud takkan terlaksana dan jenayah bermaharajalela. Walaubagaimanapun, kerajaan yang lahir dari usaha menipu ni takkan kekal lama. Mana nak dapat berkatnya. Tunggu ajelah.

Tulisan dan petikan akhbar yang mengulas berkaitan dengan permohonan maaf TGNA atas sekelumit masalah tanah yang mungkin jadi sebab rakyat marah, ia bukannya satu analisa global untuk senario politik negara. Jadi sesuailah dengan tajuknya. Kalau bawa bincang perkara luar tajuk, memang banyak faktanya dan hipotesisnya, cuba baca posting lain seperti analisis PR dll.

Kita setuju hal tanah ini hanya segelintir masyarakat sahaja yang terlibat dan kita juga percaya dan yakin sistem persempadanan semula memainkan faktor utama kerana itu SPR berperanan mengkaji perkara ini dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun hal ini sudah disedari oleh pihak lawan sejak awal lagi... Cuma pembangkang tak dapat bergerak bebas disebabkan sekatan ceramah, sekatan penerbitan akhbar (untung pun kurang) dll. Wang adalah perlu untuk menggerakkan jentera PR, kalau harap ustaz/ustazah sahaja bergerak secara sukarela, tentu hasilnya pun tentulah ala kadar sahaja berbanding usaha kerajaan melalui Puteri, ustazah Kemas, PKN dan menguasai media.

Mengenai tanggapan "kerajaan yang lahir dari usaha menipu ni takkan kekal lama. Mana nak dapat berkatnya. Tunggu ajelah." , ini mungkin kurang tepat. Kita lihat 'kejayaan' negara kafirun semakin berkembang biak sehingga Arab Saudi yang memegang hukum Allah pun sikit-sikit sudah mula dijelajahi oleh 'anai-anai'  dari barat ini. Israel semakin mantap dengan sokongan Bush dan Blair... Negara Islam makin terpinggir akibat perpecahan sesama sendiri.

Bahkan menipu secara individu, walau hakikatnya mungkin mereka tidak mendapat ketenangan jiwa tapi zahirnya mereka mewah dan kemewahan inilah yang mengumpan hati yang lemah untuk turut serta menipu.  Ada juga penipuan dihijab dengan seribu kelembutan dan watak baik, gunanya supaya penipuan tidak terasa kebenarannya. Penipuan cara ini amat sukar untuk dibuktikan contohnya dakyah Kristian, misinya bathil tetapi disukai kerana lembut, nampak 'decent'/jujur. Ramai individu yang menggunakan watak baik untuk menipu dan mereka sangat meyakinkan, jauh lebih meyakinkan dari yang memang keras,kasar dan bengis. Jika benar dakwaan (yang tak dapat dibukti) bahawa kemenangnan BN ini hasil sogokan wang, maka akan bertambah ghairahlah politik wang itu kerana sudah terbukti hasilnya lumayan. Apa kita nak buat? Tengok sahajalah kut...

Kita meng'echo' pendapat daripada beberapa netters bahawa PAS/BA perlu akur dengan keputusan PR yang baru berlalu. Tak payahlah bersusah payah berdemo, hantar memorandum ke SUHAKAM, bawak ke mahkamah dsbg... Kalau semua instrumen tu telus, maka kita sendiri tak perlu masuk PR dari awal lagi...

Majoriti rakyat terutama 'atas  pagar' dah termakan dengan propaganda BN bahawa rakyat dah terima Pak Lah dan rakyat dah kembali kepada BN... Cuba lihat media. Mereka dah 'play down' issue tu... demo Keadilan dan penghantaran memorandum tak diberi liputan langsung...

Apa gunanya Tan Sri Rashid letak jawatan? Pengganti dia nanti pun akan memainkan peranan yang sama... Kalau BA dah buat laporan polis kat tmpt lain, UMNO/BN pula buat laporan polis kat tempat BA menang... kononnya nak tunjukkan bahawa BA telah 'main tipu' untuk menang...

Agensi media antarabangsa... CNN, Reuters, AFP tak beri perhatian langsung kepada apa yang berlaku di Malaysia... tak tahulah samada terdapat pakatan@pun tidak... Lagipun mereka lebih sibuk mengulas tentang impak syahidnya Syaikh Ahmad Yassin...

Kita yang selalu akses Internet ni (terutama site/mailing-list yang berkenaan) sahaja yang terasa tempias bantahan BA tu... tapi cuba bayangkan majoriti rakyat yang tak akses Internet  ni... mereka semua dah termakan propganda BN... kita nampak penyokong PAS pun ramai yang dah percaya...

Jadi, kita harap semua pemimpin dan penyokong terima kekalahan yang berlaku ni... "go back to the drawing board". Yahudi telah mengambil masa lebih 300 tahun untuk capai apa yang mereka ada sekarang... Perjuangan Islam (selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyah) baru berusia 80 tahun... (genap 80 tahun pada tahun ini). Manakala, perjuangan Islam di Malaysia baru 50+ tahun... takkan kita fikir kita boleh menang dlm masa yang terlalu singkat? Ada pendapat yang mengatakan Islam akan tertegak juga walaupun tak melalui kaedah pilihanraya, tak bernama PAS, ABIM, JIM, Salafi, Sufi dll.

Rakyat mungkin tidak menolak Islam, tapi terpedaya dengan tipu muslihat BN, media massa dan yang terpenting syaitan... fattikhidzu hu aduwwa!. PAS, ABIM, JIM dan lain-lain pertubuhan dakwah perlu lebih giat mentarbiyah umat supaya faham Islam. Apa tidaknya, ada orang yang tak sokong PAS sebab kalau PAS menang, takde DISKO, tak boleh tikam ekor, takde SURE-HEBOH... kalau itu masih tebal di kalangan umat, bilakah akan tertegaknya Islam???

Pada kita, pemimpin yang terpilih membayangkan keadaan umat. Kalau orang yang zalim, peminum arak, penzina, pemakan rasuah, yang dipilih, bukankah majoriti pemilihpun berkeadaan begitu, ataupun paling tidak, orang yang tak endah, don't care, and don't think its a problem... Ada lagi satu yang depa-depa ni paling takut...pelaksanaan hukum HUDUD. Betui tak?

Memang SAH... Pengerusi SPR... PRO BN dan ANTI PEMBANGKANG!!! Sedutan dari TEMURAMAH antara Pihak Media dan Pengerusi SPR... Tan Sri Abd Rashid dalam akhbar HARIAN METRO bertarikh 25/3/2004, Muka Surat C9 .

Media : Parti PAS kata nak BOIKOT Pilihanraya bagi DUN Sungai Lembing.

TS Abd Rashid : Dia punya PASAL LAH ! Dia nak TIDUR KERR ... dia nak TERJUN SUNGAI kerrr ... Dia punya PASAL LAH !!

-----------------------------------------------------

ADA kerr patut seseorang yang MENDAKWA dari sebuah BADAN BEBAS berkata sedemikian rupa! Ternyata BELIAU sememangnya TERSANGAT ANTI dengan PEMBANGKANG terutamanya PARTI PAS!

Kalau dah ada PARTI yang dia sokong ... maknanya TAK BEBAS... maka sudah tentu TIDAK ada KETELUSAN dalam PENTADBIRAN dan PERBUATANNYA! Bayangkan berapa lama BELIAU berada dalam SPR! Ternyata PILIHANRAYA di Malaysia memang tak JUJUR dan tak TELUS kerana PENGERUSINYA adalah seorang yang BERPIHAK! NTV7 Tujuh di Pihak ANDA!!!

Situ sini dengar penyelewengan SPR tapi bila BA nak buat bantahan secara rasmi dengan buktinya sekali tak diterima. Buat bantahan pun tak guna, Paklah kata tak payah dengar sebab depa dah kalah... lagipun PM lebih besar dari SPR!!!

Dalam masa seminggu ini, seluruh gerakan Islam di dunia telah menerima 2 tamparan yang hebat. Pertama, tumbangnya kerajaan PAS di Terengganu. Kedua, Syahidnya Sheikh Yassin di Palestine angkara perbuatan Yahudi. Kedua-duanya mempunyai tunjang perjuangan yang sama, medan yang berlainan...

Di rantau sebelah sana... orang Yahudi dan musuh Islam secara terang dan musuh secara 'gelap' bergembira atas kemusnahan pemimpin Hamas yang mereka takuti itu... Di rantau sebelah sini... musuh Islam secara terang dan secara 'gelap' bergembira dengan tumbangnya sebuah kerajaan Islam di Terengganu. Kita sama-sama sedih atas kedua-dua peristiwa itu... dan 'mereka' (sana dan sini) sama-sama bergembira atas petaka itu... samakah mereka?

Sheikh Yassin meninggal dunia takala beliau hendak pulang setelah menunaikan SHOLAT FARDHU SUBUH!
- Di saat bumi bergolak, nyawa di hujung senjata tanpa mengira waktu NAMUN Sheikh Yassin tetap menunaikan KEWAJIPANNYA pada ILLAHI.

PAS walau dianggap KUNO dan ketinggalan. Sering dilabel sebagai PARTI KOLOT atau PARTI KAMPUNG. Kerap dianggap suka berceramah dari membangunkan Trengganu (Walhal kerajaannya tidak berduit KERANA bayar HUTANG yang ditinggalkan oleh BN)... Namun kebanyakkan pemimpin dan ahlinya TETAP MENGINGATI dan MENJALANKAN KEWAJIPAN kepada ILLAHI. Akhirnya DUA-DUA TEWAS di waktu yang HAMPIR SAMA!!!

UMNO??? BUKAK MATA... tepuk dada... tanya sama itu hud-hud... SENDIRI MAHU INGAT Laaa... Huha..huha... nyanyi... nyanyi...nyanyi... dari pagi sampai pagi esoknya... 4-5 ari kang... baru teringat nak buat kenduri DOA SELAMAT... tu pun sebenarnya lebih kepada kenduri MAKAN-MAKAN! Makan BESAU Youuu... Dah lamaa dahhh... paham bebenor ngan puak ameno nie !Ya... nafsu yang hanya memikirkan orang lain tak boleh menang bagaimana pula? Kalau orang lain seperti keADILan atau PAS menang semuanya huru hara... semuanya tak betul... jadi BN menang saja yang betul...? Itu bukan nafsu yang mengawal diri kita ke?

Kiriman Osman Jailani - 30.03.2004 (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN