DRB-HICOM: JANGAN LEPASKAN KEPADA MEREKA
Oleh Muramatsu  (Laman M@RHAEN)

Berita Harian (23.Oktober 2004) bertajuk Pemilik saham bertelagah:Persaingan kuasai 15.8 peratus kepentingan DRB-Hicom dirujuk. Gambar Tan Sri Salleh Saleh Sulong diapit oleh dua seorang syed (Syed Mokhtar) dan mamak (SM Nasimuddin SM Amin).

Sudah banyak kali watashi bagi “hint” mengenai genetik yang dibanggakan oleh Mahathir dengan genetik dikutuk Mahathir yang dikaitkan dengan kronisme dan nepotisme Mahathir. Sebelum ini pernah timbul masalah di dalam DRB-Hicom semasa Mahathir mula-mula melepaskan jawatannya. Kali ini dikatakan adalah yang ketiga. Di samping itu, watashi juga hubungkan beberapa kes yang mana genetik yang dikutuk Mahathir tidak sanggup melakukannya, sebaliknya ia disanggupi oleh genetik yang dibanggakan oleh Mahathir.

DRB-Hicom asalnya dipegang kuat oleh tokoh-tokoh korporat yang berasal dari Kelantan dan Terengganu, antaranya dulu Datuk Nazdmi, Allahyarham Tan Sri Yahya dan kini Tan Sri Saleh Sulong. Mereka ini Melayu yang mana genetik mereka tidak dihormati oleh Mahathir. Mahathir sentiasa saja kutuk genetik jenis yang bukan genetik yang dibanggakan beliau. Terbaru beliau kutuk lagi di Melaka sambil mengaitkan kegagalan orang Melayu dengan DEB. Sebaliknya, genetik Syed Mokhtar dan SM Nasimuddin adalah sesuatu yang dibanggakan oleh Mahathir.

Banyak projek yang diberikan kepada mereka ini kemudiannya menjadi kontroversi , misalnya e-village dan gali parit di negeri Selangor – Syed Mokhtar. Apa sudah jadi dengan e-village dan kerja gali parit di negeri Selangor? E-village di Dengkil sudah gagal selepas Mahathir lancar beberapa tahun lalu bersama-sama Jackie Chan. Manakala berapa ramai penduduk dari Jenderam Hulu ke kampung Semarang tenggelam banjir Lumpur kerana parit yang digali tidak sempurna? Di samping itu, projek terowong air sebelah lapangan terbang Sungai Besi juga adalah miliknya. Projek ini juga jadi kontroversi berpunca daripada sikap Mahathir. Pembaca boleh kenang semula beberapa peristiwa sebelum ini.

Begitu juga NAZA KIA. Ini kereta yang diimport oleh SM Nasimuddin yang tentunya mendapat AP atas kepentingan UMNO(baru)-Mahathir. Kemudian pernah disiarkan betapa kereta mereka itu adalah kereta nasional. Watashi pernah bandingkan dengan kereta kijang Indonesia yang diimport oleh Tommy anak Suharto lalu dipanggilnya kereta itu kereta nasional supaya rakyat beli di samping kempen patriotik yang dilakukan. Perniagaan NAZA adalah perniagaan keluarga seperti mana perniagaan restoran kari kepala ikan atau nasi kandar. Mereka ini rela import pekerja dari India yang tak pandai cakap Melayu dari memberikan peluang kepada orang tempatan. Orang Melayu tidak sanggup jual nasi putih kari kepala ikan campur secubit sayur dan papadom dengan harga RM18.00 di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tetapi mereka ini sanggup.

Kerajaan khasnya PakLah perlu berbuat sesuatu ke atas kes DRB-Hicom ini. Tolong pastikan supaya DRB-Hicom tidak terlepas kepada mereka sama ada Syed Mokhtar atau SM Nasimuddin. Kekalkan DRB-Hicom kepada Melayu yang dikutuk oleh Mahathir. Jangan lepaskan kepada mereka yang bergenetik yang dibanggakan oleh Mahathir. UMNO (baru) umumnya dan Paklah khasnya, pastikan bahawa Melayu yang dibenci Mahathir kekal memegang saham terbesar dalam DRB-Hicom dan jauhkan pengaruh Syed Mokhtar dan SM Nasimuddin.

Jika DRB-Hicom terlepas ke tangan mereka berdua, maka makin seronok lah Mahathir kutuk Melayu dengan berbagai-bagai kutukan, malas, tak pandai berniaga, tak pandai belajar dan macam-macam lagi. Apa yang Melayu ada jika DRB-Hicom terlepas? PETRONAS kini di Miliki oleh Merican – genetik yang di bangga Mahathir juga.  Watashi sudah maklumkan banyak kali tentang peranan puak-puak ini dalam mengaut harta negara. Mahathir pernah lantik Mohamad Nor Yakub di MARA, kerana MARA adalah lubuk duit orang Melayu. Kemudian dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan, yang mana kini masih lagi di situ di bawah Paklah. Paklah perlu berhati-hati dengan puak-puak ini. Kalau Paklah dapat tindihkan Zainuddin Maidin dengan Kadir Syeikh Fadil maka Paklah juga boleh lakukan sesuatu untuk selamatkan DRB-Hicom dari terlepas ke tangan puak-puak ini yang hanya menggunakan sentimental orang Melayu melalui UMNO (baru) untuk membuat harta.

Lagi pun, Mahathir selalu ungkit tentang orang Melayu sentiasa menagih projek/harta kerajaan. Melayu tak mampu berdiri sendiri dan sebagainya. Oleh yang demikian, biarlah Proton kepada orang Melayu lain. Carilah projek lain yang tak ada kepentingan kerajaan. Jangan nakkan tongkat aje. Kalau dah kaya dan duit banyak, tolong jangan ganggu sangat perniagaan orang Melayu yang lain. Tak malu ke, Syed Mokhtar dan SM Nasimudin dok cari perniagaan yang mana kerajaan ada kepentingan di dalamnya, sedang sudah kaya raya banyak harta. Pergilah bersaing dengan Ananda Krishnan atau apek lain di luar sana. Jangan asyik tumpukan nak ambil DRB-Hicom saja. Biarlah Salleh Sulong jaga Proton. Tak macho lah ahli perniagaan yang besar-besar dok berebut-rebut projek/harta kerajaan yang mana dah berkembang pesat. Malulah kepada orang lain, seperti mana yang selalu diucapkan oleh Mahathir sendiri.

Muramatsu
Japan - 25.10.2004
P/S: Kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Yahya, jangan bagi peluang kepada SM Nasimuddin atau Syed Mokhtar memegang Proton. Mereka ini kroni Mahathir.

(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: