Ingatan Untuk Kita
Assalamualaikum,

Saya bukanlah penulis regular dan saya bukan lah penulis hebat seperti Inderaloka, Lutfi Osman Jailani, MGG Pillai, Raja Petra, Reformis Muda, Songkok Tinggi Kapar, atau Meli dan lain lain lagi (banyak juga nama nak kena ingat).

Setelah "kekalahan" Pas dan BA dalam pilihan raya baru-baru ini, terdapat satu trend yg saya perhatikan dengan penulisan para penulis siber, seolah-olah percanggahan pendapat yang besar. Percanggahan atau perbezaan pendapat adalah lumrah biasa di mana-mana, tetapi sekiranya percanggahan pendapat itu besar, dan membawa kesan yang mengelirukan pembaca, maka kita harus berhati-hati, ini kerana bukan semua pembaca berfikiran yang sama.

Kadangkala terfikir seolah-olah percanggahan pendapat yang besar itu tadi.." lepas kalah, semua pakat salah menyalah antara satu sama lain "...

Tulisan Farish Noor dalam Harakah juga menjadi persoalan. Seorang Ustaz yang kami ikuti kuliah nya menyatakan, kalau Harakah yang terhad penerbitannya dikongkong, disekat, ditekan, sudah mula mengeluarkan penulisan Farish Noor..apa lagi yang kita nak harapkan pada surat khabar kita sendiri?

Bagaimana pun keluaran terbaru Harakah sudah menjawab tulisan tersebut daripada dua tokoh kita iaitu Ustaz Abd Ghani Samsudin dan Dr Harun Din. lega sedikit rasanya. Tulisan Lutfi juga menjadi bahan pecanggahan tentang Kedah yang adakah mampu kita tawan sebelum pilihan raya yang lalu. Apapun saya percaya para pengarang, para penulis, dan lebih utama para Editor mahu melihat sikap keterbukaan kita menerima pendapat, kritikan yang pedas dan kritikan yang membina, tetapi adalah dibimbangi para penulis boleh timbul dari kalangan yang menyamar (bukan susah sangat pun menjadi penyamar) yang mengkaji secara mendalam sikap manusia, sikap pembaca, yang secara halus, secara sedikit tanpa di sedari cuba menimbulkan keraguan pada keseluruhan barisan pimpinan kita, barisan pimpanan ulama kita, barisan pimpinan NGO, dan pejuang Rakyat ini.

Mengikut lapuran kajian strategi pilihan raya BN yang dikaji oleh kita sendiri, semua laman web, semua group perbincangan seperti Hizbi Net, akan cuba dilumpuhkan dan memang sudah banyak yang lumpuh. Mereka yang memegang kuasa ini mempunyai cukup tenaga berbayar yang sentiasa memberi tumpuan kepada kerja-kerja ini.

Tahap pemikiran para pembaca tidaklah sama tetapi tetap menjadi harapan semuanya ini ke arah mematangkan cara fikiran kita semua. Dan akhir kata dalam kita berhati-hati dengan gerak kerja ini kita juga harus Yakin dengan "Kita Merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancangan ialah Perancangan Allah juga".

- MNI - 27.04.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN