Assalamualaikumwarohmatullah
Press Statement: Malaysian Islamic Society of North America (MISNA) - Established in 1990
MENJANA KEMENANGAN YANG ABADI (siaran semula)
Khas-Pilihan Raya Umum ke-11.

MENJANA KEMENANGAN YANG ABADI

Pesanan Dan Rayuan.

Pengenalan: Malaysian Islamic Society of North America ringkasnya MISNA adalah pertubuhan yang terdiri para pelajar dan masyarakat Malaysia yang kini belajar, bekerja dan menetap di Amerika Utara.

Bersempena dengan pilihan yang ke-11 ini pihak MISNA ingin melahirkan SOKONGAN PADU kepada BA yang terlibat secara langsung di dalam pilihan umum ke-11 pada Mac 21, 2004

Kami ingin menyeru kepada rakyat Kelantan dan Terengganu agar memberi undi dan sokongan kepada Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dan calon-calon BA demi mengekalkan kemenangan kepada BA seperti di dalam pilihan raya sudah

Kepada kepimpinan BA, Tuan guru Nik Abd. Aziz,Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. kami melahirkan sokongan penuh dan berdoa agar dikurniakan kemenangan dengan majoriti yang besar.

Kami menyeru Pengundi Permatang Pauh agar memberi undi kepada Datin Seri Wan Azizah agar membolehkan beliau memperjuangkan keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Kami melahirkan sokongan PADU kepada Datuk Dr. Haron Din yang bertanding di Perlis  pada kali ini. Kami percaya dengan izin Allah beliau akan dapat memikul tanggungjawab dan menjalankan amanah sebaik mungkin untuk berbakti kepada rakyat Perlis setelah mencapai kemenangan nanti. Oleh itu kami menyeru rakyat Perlis memberi undi kepada beliau bagi membolehkan beliau hadir ke DUN dan PARLIMEN kali ini.

Seperti pilihan raya yang lalu BA diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh dan cendekiawan yang bersedia berkhidmat, seperti Datuk Dr. Hassan Ali, Datuk Ismail Kamus, Ustaz Azamudin, Dr. Aziz Hanafi, Bekas Mufti Datuk Hj. Ishak Baharom, Ustaz Ahmad Awang dan Haji Said Salleh (bekas mufti sabah)

Kehadiran kalangan sasterawan dan bekas penyanyi seperti Saudara S. Othman Kelantan, Sasterawan Negara Saudara A. Samad Said, Dinsman, Sdr Ito dan Sdr. A. Hayy Rawa

Kali ini BA dianugerahkan dengan kehadiran bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan antaranya jeneral bersara Briged Jeneral (B) Dato' Zakaria Dahalan, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Sany, Brig Jeneral (B) Abd Ghani Mohliddi, Brig Jeneral (B) Dato’ Hidayat Sharif, Brig Jeneral (B) Dato’ Wan Abdul Majid, Komodor TLDM (B) Awaluddin Awang, Left Kol (B) Abdul Aziz Majid dan puluhan lagi pegawai kanan tentera yang telah dan bercadang menyertai BA!!

Kami percaya kehadiran ke semua mereka di pentas politik bukan untuk berseronok dan mencari sedikit kekayaan dunia tetapi di atas rasa tanggung jawab kesedaran dan keikhlasan demi untuk perpaduan ummah dan menegakkan Agama Allah sebagai satu cara hidup
di bumi ini.

Akhirnya kepada seluruh rakyat Malaysia kami menyeru untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon BA untuk ke arah masyarakat yang lebih realistik, cemerlang dan bertanggung jawab kepada penciptanya.

Kami yakin bahawa BA yang diterajui oleh PAS akan dapat memberikan kebahagiaan kepada rakyat Malaysia dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.

"Jangan Kamu Cenderung kepada Kezaliman, nescaya kamu akan dicampakkan ke dalam api neraka"

Selamat berjuang dari kami:
Presiden, AJK dan ahli
MISNA
Mac 14, 2004 (suntingan M@RHAEN) Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN