Elak Daripada Pengkhianatan Parti Lawan
AMANAT KEPADA PENYOKONG HARAKAH ISLAM

Elakkan Dari Pengkhianatan Dari Parti Lawan.

Perjuangan kita adalah untuk menegak Islam di muka bumi ini mengikut cara RasulAlLah SAW. Demokrasi bukanlah matlamat perjuangan kerana ia merupakan  sistem rekaan manusia yang sekarang ini di pelopori oleh puak nasrani dan yahudi bagi melalaikan kita dari mengikuti jalan yang telah dicontohi oleh RasulAlLah SAW dan para sahabat. Jika kita yakin bahawa demokrasi adalah matlamat perjuangan kita, maka kita adalah dari golongan fasik.

Hanya ada dua jalan manusia menuju AlLah SWT. Jalan lain tentu SESAT!

1. Zaman Nubuwah (Kenabian) bermula dari sejak Nabi Adam AS hingga Nabi Muhammed SAW. Jangka masa ini tidak diketahui oleh sebarang manusia, kecuali AlLah SWT sahaja. Inilah jangka masa manusia mencapai AlLah SWT, di mana wahyu sentiasa diturunkan. Zaman Nubuwah ini telah berakhir dengan Nabi Muhammed SAW dan tidak akan bermula lagi.

2. Zaman Wilayat (Kewalian) di mana para Aulia menunjukkan manusia jalan kepada AlLah SWT sehingga akhir zaman. Bila zaman Nubuwwah berakhir, maka dari situ zaman Wilayat bermula. Wilayat bermula dengan para Sahabat, diikuti oleh para tabien yang berlandaskan hadis Akbaru Tabik, Uwais Al-Qarni. Jalan ini berterusan sehingga Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani RA pada abad ke 5 Hijrah dimana Mahkota Wilayat telah dianugerahkan kepada beliau. Zaman Wilayat ini bermula dari zaman sahabat hingga ke zaman Saiyidina Muhammed Al Mahdi.

Kegemilangan Islam di masa lalu adalah melalui jalan syariat, tarikat, hakikat dan makrifat dan bukan hanya dengan syariat semata-mata.  Tanpa tarikat, hakikat dan makrifat maka jadilah kebanyakan ulama’ syariat sebagai pengampu, kaki bodek, rasuah, berperangai anjing dan menyeleweng dari jalan AlLah SWT.

Syariat hanya kulit, ia boleh dipelajari oleh siapa juga termasuk puak yahudi dan nasarani di banyak universiti di barat hingga keperingkat PhD.

Tarikat, hakikat dan makrifat adalah pembersih kalbu, pembersih jiwa dari kotoran hawa nafsu dan membawa kepada MakrifatulLah (mengenal AlLah).

MakrifatulLah bukan monopoli golongan sufi, aulia’ atau para wali, bukan juga para ulama’ atau ustaz tetapi wajib menjadi amalan setiap mukmin.

Oleh yang demikian, dengan izin AlLah SWT Parti Islam mencapai kejayaan dalam pilihanraya kali ini maka menjadi tanggungjawab kita semua agar membangunkan negara mengikut jalan diatas.

Perlu kita ingat bahawa sejarah telah membuktikan bahawa berlaku berbagai pengkhianatan yang dilakukan oleh pihak lawan disetiap pilihanraya lalu. Kita telah lihat bagaimana calon parti Islam telah kalah setelah menang di malam pengiraan undi, peti undi ditukar ganti dengan peti undi pos, peti undi datang lewat ditengah malam ke pusat pengiraan undi walaupun jarak pusat mengundi ke pusat pengiraan  tak sampai 5 km. Berbagai pengkhianatan dilakukan oleh pihak lawan dengan menyalahguna kuasa yang ada ditangan mereka.

Disertakan satu amalan doa Ayat Al-Kursi untuk diamalkan oleh  semua penyokong Parti Islam bagi mencapai kejayaan  cemerlang dalam pilihanraya kali ini.

Mintalah pertolongan AlLah secara berjemaah atau bersendiri dengan melakukan doa ini. Doa Pendinding yang telah terbukti keberkesanannya dalam melindungi Pondok Pengajian Islam dari serangan musuh Islam di Selatan Siam baru-baru ini.

Sebarkan kepada setiap penyokong Harakah Islam. InsyaAlLah kejayaan ditangan Harakah Islam.

    AYAT AL-KURSI
PENDINDING DARI DIKHIANATI OLEH PARTI LAWAN YANG SERING MENYALAHGUNA KUASA DAN AMANAH.

Pagar Diri kita dan keluarga dari dikhianati oleh Iblis, Jin, Manusia dan Haiwan serta bantulah untuk memagar:-

1. Calon ADUN dan Parlimen.
2. Pengundi agar selamat.
3. Peti Undi.
4. Tempat Mengundi.
5. Tempat Pengiraan Undi.
6. Pekerja Parti dan Keluarga.
7. Perjalanan Kempen.
8. Perjalanan Peti Undi.
9. Kampong, Balairaya, rumah, kawasan ADUN, kawasan Parlimen.
10. Dewan Negri dan Parlimen.
11. Negeri & Negara.

Bismillah hir Rahman Nil Rahim
'Allahu laaa 'ilaaha 'illaa Hu. w'Al-Hayyul-Qayyuum. Laa ta'-khuzuhuu sinatunw-wa laa nawm. Lahuu maa fissamaawaati wa ma fil-'arz. Man-zallazii yashfa-'u'indahuuu 'illaa bi-'iznih? Ya'-lamu maa bayna 'aydiihim wa maa khalfahum. Wa laa yuhii tuuna bi-shay-'im-min 'ilmihiii 'illaa bimaa shaaa'. Wasi-'a Kursiyyu-hus-Samaa waati wal-'arz; wa laa ya-'uudhu huu hifzu-humaa wa Huwal-'Aliyyul-'Aziim.

Dengan nama AlLah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
AlLah! tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus, mengurus (makhlukNya). Dia tidak dihampiri oleh rasa mengantuk dan tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan dibumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi AlLah tanpa izinNya? AlLah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka dan mereka tidak mengetahahui apa-apa dari ilmu AlLah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi AlLah meliputi langit dan bumi. Dan AlLah tidak merasa berat memelihara kedu-duanya dan AlLah Maha Tinggi lagi Maha Agung.
 

C A R A   A M A L A N :

i. Baca Fatihah –1 kali.
ii.Baca Istiqfar -3 kali.
iii.Baca Selawat - 1 kali.

Setelah selesai teruskanlah dengan doa berikut:-

1. Baca Ayat Al-Kursi dengan NIAT untuk pendinding (diri, harta, urusan,  kampung, negeri atau negara)
2. Terus baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI HADAPAN hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

3. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-2.
4. Baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI BELAKANG hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

5. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-3.
6. Baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI KANAN hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

7. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-4.
8. Baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI KIRI hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

9. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-5.
10. Baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI ATAS hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

11. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-6.
12. Baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI BAWAH hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

13. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-7.
14. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini, Kota Besi,  Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu amarah yang didalang oleh syaitan dan iblis.

15. Akhiri dengan membaca Selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad  SAW.

Setiap penyokong Harakah Islam diminta sentiasa membaca Selawat kepada RasulAlLah SAW sebanyak yang mampu setiap hari semoga AlLah SWT memberikan kejayaan kepada Harakah Islam.

AMANAT & DOA ini boleh  juga dimuat turun di situs berikut :

http://www.geocities.com/mestipas
http://groups.yahoo.com/group/mestipas (kedua-duanya dibuka dalam browser yang berasingan)

Selamat berusaha semoga mendapat pertolongan terus dari AlLah SWT dengan memberikan kemenangan kepada Harakah Islam.

Wassalamalaykum Wrm Wbr.

Daripada: Musafir Arif’billah
MestiPAS - 08.03.2003

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN