DI SEBALIK SENYUM DAN ALIMNYA PAKLAH
Oleh Meluat UMNO

Ingat saudara-saudaraku, Pak Lah hanya seorang individu dalam BN dan kini memangku Presiden BN. Yang kita tentang ialah BN, kerana BN yang mengamalkan dasar berat sebelah, pecah dan perintah, kronisme, kolusi dan nepotisme atau KKN sama dengan Dr Mahathir, sama dengan pemerintahan Suharto. Sama dengan pemerintahan zalim dan kejam. Mengapa kita kata zalim. Tahanan ISA tanpa pembicaraan. Memisahkan dari isteri dan keluarga. Penangkapan dan penahan secara tersusun dan sistematik. Kes Dato Seri Anwar Ibrahim tidak diberi pertimbangan saksama. Pemimpin lain yang sudah disiasat oleh BPR dan terbukti mempunyai kes tidak dibawa pengadilan. Polis, Mahkamah dan jabatan kerajaan diperalatkan. Dulu mereka (BN) kata itu zaman Mahathir tetapi tidak Pak Lah. Apa beza PakLah dengan Mahathir? Pak Lah lagi teruk, menyembunyikan kezaliman di sebalik senyuman dan kekadang menjadi imam sembahyang. SAR tidak diberi bantuan tetapi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil ditambah peruntukkan. Inikah yang dikatakan keturunan Tok Guru. Selepas ini dengar kata PASTI akan ditutup konon nya pelajar PASTI diajar menentang kerajaan. Pokoknya Pak Lah lemah dan tidak mampu membawa perubahan dalam UMNO dan BN kerana UMNO dan BN sememangnya anti Islam sama dengan Yahudi dan Amerika yang anti Islam.

Asas pemerintahan BN (baik dari segi ekonomi dan politik) berpaksikan KKN. Apakah dia KKN ?

1. Memberi kontrak tidak mengikut prosedur. Dawina Food yang mempunyai kaitan keluarga dengan Pak Lah. Kontrak pembekalan makan di dalam Angkatan Tentera. Kontrak kantin di UPM, Kontrak makan untuk MAS Catering semua disapu bersih oleh adik Pak Lah. Apa kurangnya Mohd Tahir Ahmad Badawi di dalam projek pembangunan di Pulau Pinang. Bagaimana dengan kroninya di dalam pembinaan Quarters Polis, Pejabat IPD, penjara yang diletak di bawah Kementerian Dalam Negeri. Pak Lah tidak payah selindung di sebalik senyuman. Permohonan rawatan Anwar Ibrahim untuk mendapat rawatan di luar penjara dinafi tetapi isteri menjalani rawatan di luar negara. Inikah sikap seorang yang mengimamkan sembahyang?

2. Saudara kita Najib Tun Abdul Razak lagi parah. Semasa belum menjawat TPM sudah menjadikan Kementerian Pertahanan hak individu. Berulang alik ke Pekan menggunakan pesawat tentera seperti hak peribadi. Bimbang akan kurang sokongan di Pekan membuat janji dengan memberi kontrak memasang pagar di semua Kem Askar, katanya berjuta tapi menghadapi masalah pembayaran.
 
3. Isu hangat ialah Program Khidmat Negara. Sehingga kini modul khidmat masyarakat belum sedia, maka tercari-cari di mana nak letak budak-budak ini, Lagi parah budak kena bangun jam 6.00 pagi dan senaman pagi serta naik bendera dan menyanyi lagu patriotik jam 6.30 pagi. Mana sembahyang subuh? Kuliah subuh lagi berat? Mana mungkin pelatih berebut tandas dan bilik air dalam masa 30 minit Kakitangan sementara di ibu pejabat Khidmat Negara lagi sedih. Semenjak November hingga kini baru dapat gaji sebanyak RM250. Overtime akan dibayar 1/3 dan masih belum berbayar. Kakitangan makan sekali sehari tapi negara memukul canang ekonomi pulih, ekonomi mantap, pertumbuhan cergas. Yang jelas, semua haprak. Jadi apakah yang sebenar di sebalik program Khidmat Negara yang menelan belanja RM700 juta. Siapa yang sebenar mendapat manfaat, tentu sekali kroni yang mendapat tender membuat kem latihan, bekal pakaian dan peralatan, pengangkutan serta dobi, menyedia kontrak makanan. Kem Segari telah dinilai tidak layak dan sesuai dijadikan Kem KN, tapi kerana kroni Kem ini tetap dibuka maka amat seksa lah pelatih yang mengikuti latihan di kem ini. Yang menarik mengenai program ini banyak dapat habuan. Umpamanya kontrak makanan. Kalau seorang RM 10.00/sehari kali 1000 pelatih kali 90 hari maka jawab nya RM900,000.00 kali pula 44 kem= waduh RM39.6 juta bagi 3 bulan sahaja untuk makanan. Jadi yang sebenarnya Program Khidmat Negara adalah program usahawan, program korporat program kronisme.

4. Isu penyelewengan di Kementerian Pertahanan tidak berhenti di sini. Apa sudah jadi dengan program LIMA, DSA. Banyak wang keluar dan tiada wang masuk. Singapura tak riuh dengan LIMA tapi menjadi pangkalan. Yang lebih teruk Menteri Pertahanan mempertaruhkan nyawa askar dengan kapal terbang buruk. Maka jadilah kemalangan maut setiap masa. Wira kita gugur bukan di medan perang tapi terperangkap dengan pesawat yang sudah terlalu usang yang hanya layak disimpan di muzium atau dijadikan besi buruk.

5. Apa sudah jadi dengan program kapal selam yang menyaksikan Putin hadir di sidang OIC di Kuala Lumpur. Sudah pasti kerana negara membeli dari Rusia. Dengar kata kontrak hampir USD 1.0 bilion.

6. Kompleks TLDM di Tanjung Pengelih, Johor. Belanja sudah habis RM100 juta tapi tidak boleh diguna kerana pembinaan tidak ikut spesifikasi. Lagi program kronisme.

7. Skandal penjualan tanah milik Kem Pertahanan di Port Dickson kepada korporat . Harga pasaran RM9.0 juta tapi dijual dengan harga 5.0 juta.

8. Penyalah gunaan kuasa amalan biasa. Dari Pak Menteri hingga Brig Gen. Kenduri kahwin dari pasang khemah, guna video pejabat, ada pula album perkahwinan. Main golf waktu pejabat.

9. Kementerian Pendidikan hilang pedoman. Bijak menyediakan peluang pengajian tinggi tapi tak pandai menyediakan lepasan universiti mencari kerja. Jadi bilangan siswazah menganggur meningkat lebih 100,000 dan bulan Jun ini tambah lagi 100,000. Maka terjadilah Malaysia dengan 20 buah IPTA dan 200,000 siswazah menganggur. Malaysia maju 2020 sebenarnya sudah meleset 2004.

10. Penyalah gunaan kuasa peringkat tertinggi oleh Kem Pendidikan. Memaksa pegawai dan kakitangan kementerian bekerja untuk BN. Pada 4-6 Mac 2004 diadakan Taklimat Khas Menjawab Isu Di Bangkitkan oleh BA. Majlis diadakan di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka. Hasil persidangan ini maka Kem Pendidikan akan mewujudkan Bilik Gerakan di EPRD dan beroperasi 24 jam. Penyelaras ialah SUB Nor Azmal Mohd Nazri, Mohd Rauf Jamalis dan Mohd Khairul Abd Hamid Tujuan utama pasukan ini ialah menjawab semua isu dibangkitkan oleh BA dan perlu dijawab serta merta di setiap negeri. Di persidangan ini juga Kem Pendidikan mengakui kebimbangan mengenai penyelewengan dalam tender makmal komputer, peralatan komputer, tender bangunan, isu SAR. Tabung Amanah Pelajar Miskin yang memperuntukkan 300 juta tapi sehingga kini baru 500 pelajar dikenal pasti walaupun meletak sasaran seramai 30,000 pelajar.

11. Apa sudah jadi dengan program Bahasa Inggeris. Berapa ramai pelajar di Jeli, Bachok, Kg Darat Kubang Pasu, Tambun Tulang, Kubang Rotan dan puluhan ribu pelajar luar bandar menguasai Bahasa Inggeris. Adakah Jepun, Korea dan Taiwan maju kerana bahasa Inggeris. Mereka maju bukan kerana bahasa tetapi kerajaan yang tidak hipokrit, yang mempunyai wawasan yang jelas dan melaksana kerja tanpa kronisme. Yang ada di negara kita adalah memastikan guru yang diserap dari SAR menjadi pasukan berkempen untuk BN.

12. Sebenarnya Menteri Pendidikan tiada wawasan pendidikan. Najib semasa menjadi menteri tidak menghantar anaknya ke sekolah kerajaan tapi sekolah swasta Seri Cempaka, Bukit Damansara. Di zaman nya kolej swasta berlambak, lebih 500 buah yang menawarkan program pendidikan tinggi secara francais. Ada kolej yang bilangan guru tidak sampai 5 orang (semua sarjana muda) tapi dibenarkan menawar program diploma dan sijil. Ada pula yang mempunyai lebih 40 orang tenaga akademik termasuk yang mempunyai PhD, sarjana tapi tidak diluluskan oleh Kem Pendidikan. Apakah dasar pendidikan sebenar? Pun juga mengamalkan kronisme dan nepotisme.

13. Kem Pendidikan malah kerajaan sering melaungkan meritokrasi di dalam pengambilan pelajar ke IPTA, pensyarah, guru dan kakitangan awam. Begitu juga di dalam kenaikan pangkat,. Tapi yang sebenarnya, kita payah nak cari di mana kecemerlangan Naib Canselor UUM, UiTM, UM melainkan mereka adalah penggerak GPMS, sahabat Pak Lah. Naib Canselor UUM amat licik dan celaru. Dapat jawatan melalui ugutan. Jumpa orang itu dan ini penuh tohmahan. Semua tidak betul melainkan dia. Amal sikap pecah dan perintah. Sambut 20 tahun baru nak rasmi kampus, cipta pingat dan minta Sultan anugerah pada diri sendiri. Pemberita Tanya apa kejayaan utama UUM selepas 20 tahun? Terdiam dan ternganga. Mana dia universiti pengurusan yang dilaungkan. Yang jelas penerima anugerah Doktor Falsafah Eric Chia peneraju rasuah negara?

14. Program Anti Merokok “Tak Nak” Kementerian Kesihatan menunjukkan kerajaan BN tidak serius tetapi mempunyai agenda tertentu. Program anti rokok tidak bermula dari akar umbi sama dengan program larangan berjudi dan minum arak. Tiada iklan rokok, tiada sponsor rokok, tiada iklan arak, tiada lumba kuda dan kasino genting mana mampu Malaysia nak menganjur pertunjukan peringkat dunia. Maka terjawab lah perkara yang aneh. Program ini menelan belanja sebanyak RM100.0 juta untuk 5 tahun dan diberi kepada Lim Kok Wing bagi menyediakan billboard anti rokok “TAK NAK”

15. Dalam masa yang sama Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa peruntukkan untuk sakit kronik sudah habis tetapi setelah mendapat tekanan maka kerajaan memaklumkan peruntukkan 20 juta. Kita nak tahu benarkah peruntukkan itu wujud dan siapa yang mendapatnya?

16. Kerajaan mewujudkan Pusat Pembangunan Komuniti dan rakyat tertanya tanya apa sebenarnya peranan pusat ini. Yang ada tadika dan bilik gerakan pilihan raya BN. Di manakah anak kurang upaya, masyarakat kurang upaya berinteraksi.? Adakah pusat ini mempunyai kakitangan terlatih dan profesional? Bagaimana pula kumpulan warga tua dan daif? Memadaikah mereka dengan sagu hati bulanan sebanyak RM 80.00 sedangkan BN melaungkan negara makmur, ekonomi mantap dan pertumbuhan mapan? Dengar kata proses pemberian Kad Warga Kurang Upaya memakan masa berminggu minggu.

17. Apakah dia sebenarnya Dasar Sosial Negara? Yang terdapat pelbagai gejala sosial . Bunuh anak. Sumbang Mahram. Samseng Sekolah. Samseng Jalan Raya. Pecah Rumah. Samun. Video Lucah. Peras Ugut. Ponteng Sekolah. Bersekedudukan. Rasuah. Penipu dan ratusan keruntuhan akhlak lagi yang dapat dikesan di semua lapisan masyarakat dari peringkat umur sekolah rendah hingga yang dah mempunyai cucu. Dasar Sosial Negara hanya menitik beratkan simbol dan acara tahunan seperti hari warga tua, hari kanak-kanak, Masyarakat Penyayang, Masyarakat Sihat tetapi di penuhi dengan keseronokan dan pendewaan artis dan pemimpin. Maka program tidak mempunyai pengisian jiwa dan mental dan rakyat hanyut dibuai keseronokan tak terbatas.

Oleh MELUAT UMNO, Jitra Kedah - 11.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN