MAHATHIR NGERI AKAN KEBANGKITAN SEMULA ANWAR IBRAHIM

Kiriman: Meli
Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,

Saya sungguh hairan dan takjub mengapa Mahathir Mohamad tidak habis-habis menyerang dan menghentam DS Anwar Ibrahim. Minggu lepas, ketika di Filipina dalam suatu persidangan dengan ahli-ahli perniagaan Filipina, beliau juga turut membangkitkan isu Anwar. Beliau memberitahu rakyat Filipina bahawa Anwar tetap seorang peliwat, walaupun Mahkamah Persekutuan pada 2.9.2004 yang lalu mendapati beliau tidak bersalah dan membebaskannya dari tuduhan tersebut.
 
Dari Filipina, Mahathir kini merayau pula ke Singapura untuk bercakap soal demokrasi dan kepimpinan di Asia di universiti Singapura. Lagi hebat dia menghentam Anwar, sila baca kecaman Mahathir yang disiarkan oleh harakahdaily.net pada 11.10.2004 yang dipetik dari sumber berita AFP:

MAHATHIR SAYS ANWAR FINISHED
Mahathir said rapists and murderers could also now dodge Malaysia's legal system on technicalities.

"So if you feel like murdering, come to Malaysia," Mahathir said.

"We are a very conservative society in Malaysia. We don't condone such acts. And he will make a lot of noise. The foreign press, of course, will give him a lot of publicity," Mahathir said.

"But some qualities are not very well appreciated in Malaysia. And being a homosexual sort of disqualifies him in the eyes of the majority of the people in Malaysia."

Mahathir said he had no doubt that Anwar will try to make a return to Malaysian politics. "But it will be a futile effort. He can cause a lot of problems but I think the present government will be able to handle that."

Saya tertanya-tanya pada diri saya sendiri mengapa Mahathir ini begitu benci kepada Anwar. Sudah tua dan hampir hendak mati, malaikat maut sedang mengintai-intai mencari masa yang sesuai untuk mencabut nyawa beliau dari jasad, namun beliau masih lagi tidak jemu-jemu merayau-rayau seluruh dunia memburuk-burukkan peribadi Anwar, yang lepas itu, biarlah lepas.

Zaman kamu sudah berlalu. Duduk senyap-senyap, rehatkan badan, buat amal ibadat banyak-banyak, beristighfar dan ingatkan Allah dan RasulNya. Lupakanlah dunia. Kamu sudah menjangkau usia 80an, Anwar baru mencapai umur 57 tahun, kalau dalam perkhidmatan kerajaan, baharu sahaja pencen. Banyak tenaga lagi dan waktu untuk berjuang dalam medan politik di Negara ini untuk memperbetulkan semula institusi-institusi pentadbiran yang musnah akibat daripada tangan kotor kamu berbanding dengan kamu yang sudah tua kerepot menunggu hari untuk mati.
 
Kamu juga tidak layak untuk bercakap soal demokrasi dan kepimpinan. Kamu memerintah Malaysia selama 22 tahun hancur lebur demokrasi.
Kamu mempergunakan seluruh institusi-institusi kerajaan dan bukan kerajaan untuk memperkukuhkan kuasa kamu. Kamu boleh diletakkan sebaris dengan diktator-diktator dunia seperti Adolf Hitler, Mussoloni, Ferdinand Marcos, Agusto Pinochet, Nicolea Ceausescu, Suharto, Shah Iran dan Saddam Hussein.

Kamu juga telah memusnahkan institusi kehakiman. Kamu jadikan hakim-hakim sebagai badut-badut pemeliharaan kamu. Parlimen badan tertinggi pengubal undang-undang, kamu jadikannya sebagai “rubber stam” untuk mengesahkan segala tindak tanduk kamu. Kamu masuk campur semua urusan ketiga-tiga institusi [Parlimen, Kehakiman dan Eksekutif] untuk mengekalkan kuasa kamu. Kamu tidak hairan kepada sesiapa pun di dunia ini, hatta Tuhan dan Nabi pun kamu tergamak mempersenda-sendakannya, kuasa Raja-raja Melayu kamu tarik balik. Kamu sangat benci sangat kepada orang Melayu. Semua yang berbau Melayu kamu hapuskan. Bahasa Melayu dipinggirkan, diagung-agungkan bahasa Inggeris untuk kemajuan kononnya. Tanah Rizab Melayu kamu ambil untuk projek-projek pembangunan dan diberikan kepada kroni-kroni kamu tidak diganti. Kamu asyik mengatakan hak istimewa orang Melayu ini macam “red Indian” di Amerika. Kamu selalu menghina orang Melayu sebab kamu bukan orang Melayu.

Walaupun kamu memerintah Malaysia selama 22 tahun, tetapi kamu gagal untuk meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu. DEB gagal, kamu akui hakikat ini di Melaka minggu lepas dalam majlis merai kamu dalam program Kenangan Indah yang diaturkan oleh Khalil Yaakob yang kamu selamatkan dari dakwaan skandal balak di Pahang. Untuk melindungi kelemahan kamu, kamu tuduh orang Melayu macam-macam dan kamu kata “tongkat” tidak perlu diberi kepada orang Melayu kalau hendak maju bersaing dengan orang-orang bangsa lain, tetapi pada masa yang sama kamu menolong [bail-out] perniagaan tokoh-tokoh korporat yang rapat dengan kamu termasuk anak-anak kamu. Kamu jadikan harta rakyat, harta kamu. Kamu memfaraidkan harta-harta tersebut sesama kamu. Rakyat marhaen papa kedana, kamu dan kroni-kroni kamu kaya raya merompak khazanah Negara.

Kepimpinan kamu membebankan rakyat jelata. Hutang Negara bertimbun-timbun akibat boros kamu berbelanja. Buat baju tidak ukur di badan sendiri. Projek-projek mega menjadi buruan kamu. Satu demi satu kamu bina. Rakyat tidak dapat apa, kroni-kroni kamu yang dapat merasa. Semua dasar yang kamu bentok semuanya gagal. Dasar penswastaan dan dasar persyarikatan gagal, kerajaan terpaksa ambilalih dengan menggunakan duit rakyat melalui pelbagai tabung yang ditubuhkan untuk membantu rakyat miskin, mereka tetap untung. Yang ruginya rakyat. Masa ekonomi berkembang pun mereka untung, masa ekonomi meleset pun mereka untung. Berniaga apa nama ini, tidak mahu rugi langsung. Dasar-dasar ini gagal kerana kamu hadiahkan projek-projek tersebut kepada orang yang bukan ahlinya.

Negara di bawah kepimpinan kamu macam-macam masalah sosial berlaku kerana kamu enggan melaksanakan hukum Allah. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa menjadi-jadi kerana kamu melindungi perasuah-perasuah dengan syarat mereka yang terbabit memberi taat setia tidak berbelah bagi kepada kamu. Kamu gila kuasa. Takutkan Anwar ambil kuasa dari kamu, kamu hancurkan riwayat politiknya. Kamu kurung dia enam tahun dalam penjara. Nasib baik Pak Lah naik jadi PM, kalau tidak Anwar tidak merasa angin kebebasan. Kamu salah cakap pada petang 16.6.2002 untuk berhenti. Kamu sebenarnya hanya untuk “market test” sahaja. itulah, silap pulut, santan binasa, silap mulut badan binasa.

Akhirnya, kamu terpaksa lepaskan jawatan yang diidam-idamkan untuk dibawa sampai ke mati. Pak Lah ambil alih dengan tiga syarat. Pertama jangan bebaskan Anwar. Kedua, jangan ambil balik Ku Li ke dalam kerajaan dan ketiga, tolong pelihara anak-anak kamu. Tiba-tiba Pak Lah melanggar persetujuan tersebut, membebaskan Anwar dengan tidak mencampuri urusan mahkamah seperti mana yang kamu selalu buat. Pak Lah sebenarnya hendak balas dendam kepada kamu, kerana kamu melantik Najib sebagai timbalannya. Pak Lah tidak suka Najib, Pak Lah lebih serasi dengan Mahyudin Yassin.

Dari tarikh itulah. kamu mula marah. Kamu dan orang-orang kamu, Najib yang jadi proksi kamu mula mengepong pergerakan Pak Lah. Kamu lihat reaksi Pak Lah sudah mulai lembut dengan Anwar. Kamu mula kenakan pelbagai tekanan kepada Pak Lah sehinggakan Pak Lah terpaksa bawa isu Anwar ini dibincangkan dalam kabinet, tidak cukup lagi di bawa ke MKT untuk memutuskan Anwar tidak diterima kembali ke dalam UMNO seperti kata Hishamudin, Rafidah dan Azalina yang kamu sayang dan dilindungi dari tuduhan “lesbian” oleh Khalid Jefry Bakar Shah yang baru menerima datuk Melaka yang tidak bernilai itu bahawa Anwar sebagai “pengkhianat”. Kalau dibandingkan di antara kamu dengan Anwar, siapa penderhaka dan siapa pengkhianat. Kamu biasa menghentam UMNO di pentas PAS, mengutuk dan menulis surat memburuk-burukkan Tengku Abdul Rahman, tetapi Tengku tidak ambil apa-apa tindakan terhadap kamu, tidak seperti kamu mengambil tindakan yang tidak ada peri kemanusiaan terhadap Anwar. Kamu menghasut pelajar dalam dan luar negeri supaya menentang UMNO.
 
Bila Awar bebas, beliau disambut bagaikan seorang wira. Segala tohmahan yang dilakukan oleh kamu tidak laku. Bila Anwar pergi berubat di Munich Jerman, pelbagai golongan manusia dari kalangan tokoh-tokoh politik, ilmuwan, perniagaan, agamawan dan sebagainya mengunjungi dan menziarahi Anwar di Alpa Klinik. Publisiti oleh media di luar Negara sangat meluas. Anwar tiba-tiba menjadi tokoh popular dan mendapat tempat ke dua dalam undian Hero Asia 2004 oleh Majalah TimeAsia. Arab Saudi pula menghantar Jet menjemput Anwar dan keluarganya ke Mekah mengerjakan umrah sambil mengunjungi Arab Saudi bagaikan seorang pemimpin.

Ketokohan Anwar muncul semula selepas beliau dibenamkan ke dalam penjara Sungai Buluh selama 6 tahun oleh kamu. Anwar dilayan dan disambut bagai seorang pemimpin terbilang. Segala tuduhan yang dilemparkan oleh kamu, sedikit pun tidak menjejaskan maruah dan reputasinya di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Popularitinya semakin meningkat, sedangkan populariti kamu semakin menurun kerana usia kamu semakin bertambah ke penghujung. Syarahan kamu pun tidak ramai yang mahu dengar, merepek semacam orang tua nyanyuk. Orang mulai jemu. Cakap tidak serupa bikin. Kamu sebagai seorang yang gila bercakap dan sukakan kepada publisiti, maka kamu merasa tercabar, iri hati dan dengki dengan apa yang ada pada diri Anwar. Kamu mula bertindak, menjelajah dari sebuah Negara ke sebuah Negara menjaja isu Anwar seorang peliwat. Itulah bekal yang ada pada kamu. Sebutir peluru, itu pun belum tentu meletup ataupun tidak belum dapat pastikan lagi, sedangkan Anwar mempunyai berpuluh-puluh butir peluru hidup untuk ditembak bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Oleh sebab itu, kamu dan konco-konco kamu sangat takut akan kebangkitan semula Anwar di arena politik tempatan dan antarabangsa. Kebimbangan ini menyebabkan tidur kamu terganggu dengan mimpi-mimpi yang amat ngeri.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Oleh: Meli - 12.10.2004  (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: