PERTAHANKAN ISLAM DAN DEMOKRASI
DALAM PILIHAN RAYA KECIL DI DUN KUALA BERANG (5)
Kiriman: Meli![]()
Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,KHAS UNTUK PENGUNDI-PENGUNDI DI KUALA BERANG
Wahai adik-kakak,
pak cik-makcik,
ibu-ibu, bapa-bapa
dan tok wan-nenek
JANGAN TERTIPU………..JANGAN TERTIPU LAGI
DIKTATOR : WAJAH-WAJAH SILAM YANG MEMERINTAH SECARA ZALIM DAN KEJAMJangan biarkan
Ular patuk di lubang yang sama 2 x
Dengan kehendak Allah jua
Rakyat di Kuala Berang teruji lagi
Dengan yang haq dan bathil.Ini bumi Allah
Ini tempat adik-kakak semua
Jangan berikan pada mereka
Kerana mereka haprak dan penipu
Jangan tertipu wahai adik-kakak ku semua.Mereka semua menjual maruah
Tidak kira jantan-betina
Bergaul bebas macam kerbau-lembu
Demi perut, nafsu, anak-anak
Dan kroni-kroni mereka
Tanah air tergadai.
Jangan tertipu adik-kakak sekalian.Siapa kaya
Siapa yang senang
Siapa yang berumah besar
Dan berkereta besar
Dan makan besar
Dan berak besarJangan tertipu wahai adik-kakak ku sekalian.
Kini mereka datang lagi ke Kuala Berang
Untuk menjual temberang
Kononnya untuk terus cemerlang dan gemilang
Tetapi semuanya temberang.Kini mereka datang lagi
Dengan wang berguni-guni
Untuk melihat apa ada di dapurmu
Yang tidak pernah mereka melihat sebelum ini
Untuk membeli hakmu
Diketika ini sahaja
Pada 28 Ogos nanti.
Selepas itu mereka berambus
Entah ke mana
Mencari kekayaan diri sendiri
Memuaskan nafsu tanpa henti-henti
Jangan tertipu lagi wahai adik-kakak ku sekalian.Meraka datang berduyun-duyun
Mereka datang dengan takhta, harta dan wanita
Inilah 3T sedang menyerang kita semua
Bukankah tok guru sudah berpesan
Pada kita
Takhta, harta dan wanita membawa bahaya
Ayuh adik-kakak semua jangan tertipu lagiLembut gigi dari gusi
Kata-kata penuh manis bagaikan gula
Kerana gula semut binasa
Kata-kata penuh helah bermadah
Dada kurang beriman pasti goyahUsah tergoda dengan takhta
Kerana ia membawa derita
Usah tergoda dengan wang berjuta
Kerana ia membawa sengsara
Usah tergoda dengan putri UMNO
Muslimah kita apa kurangnyaJangan tertipu wahai adik-kakak ku di Kuala Berang
Kita hanya ada dua pilihan
Ini pertarungan antara dunia dan akhirat
Ini pertarungan antara haq dan bathil
Ini perterungan antara iman dan kufur
Ini pertarungan antara aqal dan nafsu
Ini perterungan antara pahala dan dosa
Ini pertarungan antara syurga dan neraka.Dan pertarungan ini mempertahankan Kuala Berang kita
Ayuh, jangan tertipu lagi wahai adik-kakak ku sekalian.Mereka semua sudah lama bertakhta
Mereka sudah tua dan gila
Kerana takhta, harta dan wanita
Mereka buat apa sahaja
Mereka bijak mencipta suasana
Kerana mereka dibantu oleh
Seluruh institusi Negara.
Kelihatan Negara ini macam syurga
Dengan pembangunan dan kemewahan
Sedangkan ke mana hendak di bawa
Jiwa anak-anak muda kita
Terus hanyut oleh sure heboh, Malaysia Idol
serta Alam Fantasia
Ini ajaran Islam Hadhari pentingkan dunia
Lupakan akhirat
Lalaikan manusia dengan
hiburan dan kejarkan harta
Islam progresif ajaran Islam Hadhari.Dan kita sedang melihat
Tuhan sedang memurkainya
Ribuan anak kita di penjara kerana dadah
Dan anak-anak kita tidak minat belajar lagi
Kerana syurga palsu disekelilingnya
Ayuh adik-kakak sekalian jangan tertipu lagiDengan laporan media mereka
Tv radio surat khabar haprak merekaJangan tertipu adik-kakak di Kuala Berang
Ingatlah pesan nabi
Ingatlah pesan tok guru kita
Ingatlah pesanan agama kitaJANGAN TERTIPU LAGI
JANGAN TERTIPU LAGI
JANGAN TERTIPU LAGI
ALLAH HU AKHBAR 3 X
Sekian, terima kasih.InsyaAllah kita akan bersua kembali dalam siri ke 6 wacana PRK DUN Kuala Berang. Wassalam.
Oleh: Meli - 21.08.2004 (suntingan M@RHAEN)
![]()