SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD SAW - BAHAGIAN 3

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,

Zaman Kanak-kanak Rasulullah SAW

Apakala Rasulullah SAW berusia 4 tahun, ibunya membawa Baginda ke Madinah. Dalam perjalanan di suatu tempat bernama Ab’wak atau Sikbilhajun bondanya kembali ke Rahmatullah dan Baginda  dibawa oleh Umi Aiman tukang asuhnya kembali ke Mekah.

Di suatu masa Umi Aiman dikahwinkan oleh junjungan Baginda dengan Zaid bin Harris seorang hamba yang dimerdekakan. Umi Aiman membawa Baginda ke tempat Abdu Mutalib nendanya Baginda, lalu dipeluknya Baginda dengan penuh kasih  dan cinta.

Abdul Mutalib berkata, “cucunda ini akan melahirkan peristiwa yang besar, beruntung siapa yang menyusukannya dan membelanya”.

Semenjak kecil Rasulullah tidak pernah mengadu haus dan lapar. Cuma meminta dengan minuman air Zam-zam setiap kali Baginda haus dan lapar.

Lapan tahun usia Baginda, nenda Baginda pula meninggal dunia, kemudian Baginda dibela pula oleh Abu Talib. Bapa saudara Baginda Abu Talib menjaga Rasullullah SAW dengan penuh kasih sayang dan amat berhati-hati malah kalah ia menjaga diri sendiri dan anak-anaknya.

Tatkala umur Baginda 12 tahun dibawa Baginda oleh Abu Talib ke Syam dan bertemu dengan seorang paderi bangsa Nasrani. Paderi itu berkata, “aku yakin budak ini bakal menjadi Rasul pemimpin alam semesta ini. Tanda-tanda batu dan kayu hormat kepadanya. Dan ada dimaterikan di belikat tubuhnya dengan kalimah Hatamun Nubuwah sekeliling cahaya menyinari. Lalu paderi itu khuatir kalau ada angkara orang-orang Yahudi. Maka Abu Talib membawa balik Baginda ke Mekah. Cuma sampai ke Busrah tidak sampai ke Sham.

Peristiwa Remaja Rasulullah SAW

Tatkala Baginda berusia 25 tahun belayar lagi Baginda ke Busrah membawa dagangan Khadijah wanita muda. Mengiringi Baginda ialah tukang suruhan iaitu Maisarah untuk berkhidmat dengan Rasulullah SAW. Dalam perjalanan di bawah pohon besar berhampiran gereja Nasrani bernama Nastur, Baginda berhenti berehat. Di sini paderi dapat mengenali bahawa yang berteduh itu adalah junjungan Baginda kerana bayang-bayang pohon itu beralih memayungi Baginda. Berkata paderi itu, “tiada siapa yang singgah di sini walaupun bila-bila masa kecuali Nabi Pesuruh Allah atau Rasul yang Allah tentukan dia beberapa kelebihan yang nyata”.

Kepada Maisarah paderi itu berkata, “adakah pada lelaki itu merah bertanda di dalam matanya “. Jawab Maisarah ‘ ya ‘ . Kalau begitu kata paderi benarlah ia Rasul seperti yang diduga. Maisarah dinasihatkan oleh paderi agar usah lalai atau berjauhan mengiringi Baginda. Malah hendaklah kamu penuh azam hormat dan jujur terhadapnya.

Selesai segala urusan junjungan berangkat pulang ke Mekah sedang Khadijah bersama-sama beberapa wanita dari suatu tempat yang tinggi nampak junjungan dengan nyata dalam penglihatan Khadijah ada dua malaikat mengiringi dan memayungi Baginda dari panas matahari pagi sang suria. Maisarah pun menceritakan peristiwa yang berlaku padanya tatkala bersama-sama junjungan.

Barang dagangnya bila dikira maka didapati untungnya berlipat ganda. Nyata kepada Khadijah segala apa yang dilihatnya dan didengar bahawa junjungan adalah Rasul alam semesta. Lalu Khadijah melamar Baginda untuk menyedut keharuman iman sepenuh daya. Junjungan Baginda menceritakan akan lamaran itu kepada bapa saudaranya Abu Talib. Mendengar itu, mereka semua amat gembira memandang taraf, agama, harta dan bangsa yang kerana itu semua menjadi impian semua pihak ingin berkahwin dengannya.

Peristiwa Umur Nabi Muhammad SAW 30an

Ketika Baginda berusia 35 tahun, kaum Quraish membina Kaabah yang runtuh kerana banjir yang menimpa. Mereka bersengketa di antara mereka kerana hendak meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya. Akibat persengketaan itu hamper menjadi pembunuhan dan berbalahan menyebabkan darah dan bangsa. Akhirnya mereka menerima pendapat dari orang bijaksana. Keputusannya sesiapa yang masuk dulu ke Kaabah melalui Babul Sadanah, maka hendaklah dituruti apa yang dikata.

Tiba-tiba yang mual-mula masuk Baginda masing-masing bergembira dan berteriak Muhammad Amin orang yang kamu percaya. Mereka rela junjungan menjadi pengadil demi untuk menyelesaikan perselisihan yang besar. Lalu Baginda meletakkan Hajar Aswad di atas kain putih dan semua pihak diminta sama-sama memegang dan menjijitnya serta merta ke semua yang bertelingkah mengangkat batu itu. Sampai di suatu sudut tempat asal Hajr Aswad itu lalu tangan Baginda sendiri yang mulia meletakkan di tempat yang asalnya.

Peristiwa Usia Rasulullah SAW 40-an

Apabila Baginda berusia 40 tahun menurut kata ahli-ahli sejarah baginda dilantik sebagai Rasul Allah ke seluruh alam semesta yang membawa khabar berita gembira dan ngeri. Enam bulan lamanya Baginda bermimpi yang sebenar menjelma datang seperti suatu cahaya cemerlang menyinari yang mana sinar itu sebagai ujian kepada Nabi sebelum malaikat Jibrail menghampiri.

Baginda suka berseorangan yang mana ia telah kerap kali beribadat di Gua Hiraq bermalam keseorangan diri, sehingga Malaikat Jibrail menemui Baginda membawa wahyu. Tarikh mula-mula Nabi wahyu ialah pada  hari Isnin malam 17 Ramadhan atau bulan Lailatul Qadar. Ada setengah ulama berpendapat pada 24 atau 27 Ramadhan.

Diajarkan Baginda oleh Malaikat Jibrail membaca tetapi Baginda enggan lalu dipeluknya Baginda dengan erat sekali sehingga 3 kali berulang-ulang kali sehingga Baginda benar-benar bersedia menerima wahyu. Selepas itu wahyu berhenti selang 3 tahun lamanya atau 30 bulan supaya junjungan rindu dan ternanti-nanti. Kemudian barulah turunnya ayat yang mula-mula. Kemudian turun lagi ayat-ayat bertubi-tubi. Kemudian Baginda mula bekerja memberi khabar gembira dan menyampaikan khabar ngeri.

Sekian, dulu kali ini. InsyaAllah akan disambung ke Bahagian ke 4 “Dakwah Nabi Muhammad SAW “. Wallahualam.

- Meli - 08.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN