SIRI KEMPEN PILIHAN RAYA KE-11:
Politik PAS [BA] V Politik Umno [BN] – Siri 9
UMNO ANTI-ISLAM

Assamu'alaikum wm.wbt,
Para Pembaca Budiman,

khususnya seluruh pengundi Negeri Kedah DA

 

Dalam keadaan yang begitu tertekan dari asakan PAS dan Keadilan, Perhubungan UMNO Negeri telah mengedarkan risalah yang berjudul :

SERUAN KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI  DI NEGERI KEDAH SUPAYA JANGAN PERCAYA ULAMAK YANG MENGUNAKAN ISLAM UNTUK PANCING UNDI.

Dua perkara yang disentuh dalam risalah itu, pertama, “……………ulama pas akan mengunakan isu pahala, halal dan haram untuk politik semata-semata, sedangkan politik adalah politik, tidak termasuk urusan dosa dan pahala “

Kedua, “…………………..kalau masih lagi memikirkan dosa dan pahala, halal dan haram sampai bila pun orang Melayu tidak akan maju “

Ulasan:
Dua perkara yang dibangkitkan oleh UMNO sangat mendukacitakan hati nurani orang-orang Melayu Islam dalam negeri ini. Inilah gamabaran sebenar jiwa UMNO. Perkara ini bersangkutan dengan aqidah umat Islam. Berdasarkan risalah tersebut jelaslha kepada kita bahawa UMNO itu memang anti Islam. Berdasarkan inilah UMNO mengambil tindakan yang keras terhadap perkembangan dan gerakan Islam di Malaysia. Kalau kita terus memilih UMNO memerintah, maka Islam akan menemui zaman gelap kerana ia dianggotai oleh orang-orang yang anti-Islam. Jadi selama ini UMNO hanya bersandiwara sahaja untuk mendaulatkan Islam seperti mengistiharkan Negara ini Negara Islam dan Pak Lah pula melancarkan Islam Hadhari. Pemimpin-pemimpin UMNO memang benar berfahaman secular , politik lain, agama lain. Lakonannya hanya untuk berlawan dengan PAS sahaja sepertilah Pak Lah menunjuk alim menjadi imam sembahyang terawih dan media menonjolkan imej warak hanya satu bentu pura-pura sahaja. Kalau PAS tiada, maka Islam pun hilang hanya menjadi amalan ritual sahaja.

Perkara kedua juga bersangkut dengan aqidah. Adakah kita sebagai orang Islam hendak maju boleh melakukan apa sahaja yang dilarang oleh agama. Kini ternyata bahawa UMNO mempergunakan agama sebagai alat survival politiknya.

Dalam risalah ini UMNO cukup marah dengan ulama yang bergiat dalam politik. Bagaiman dengan calon-calon yang bertaraf ulama mewakili UMNO dalam pilihan raya ini seperti Mashitah Ibrahim {Baling], Pirdaus Ismail [Permatang Pauh], Amran Kasimin [ Bangi ], Hamid zaianal Abidin [Perak], Abdullah Zain [Terangganu] dan ramai lagi tokoh-tokoh agama yang terjun ke dalam politik mewakili UMNO. Memang benarlah gelaran kepada mereka ini sebagai “terompah kayu “ UMNO.

Oleh itu, seluruh warga negeri Kedah, hari ini AHAD 21 Mac 2004 marilah kita beramai-ramai berpakat menolak UMNO yang pandai bersendewara untuk melaksanakan Islam Hadhari, sebab itu sudah 46 tahun memerintah kita tidak nampak pun draf hudud UMNO.

Sekian, terima kasih. Selamat menjalankan tanggungjawab untuk menumbangkan UMNO/BN pada pilihan raya kali ini. InsYaAllah. Wassalam.

- Meli - 21.03.2004 - 1.30 pagi (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN