SIRI KEMPEN PILIHAN RAYA KE-11:
Politik PAS [BA] V Politik Umno [BN] – Siri 7
Adakah Kita Hendak Mengekalkan Kerajaan Autokrasi?

Assamu'alaikum wm.wbt,
Para Pembaca Budiman,

Sebelum kita sama-sama turun menunaikan tanggungjawab kita sebagai warga Negara untuk memilih kerajaan yang akan memimpin kita 5 tahun akan datang, marilah sama-sama kita bermuhasabah untuk diri kita dan keluarga kita. Adakah kita perlu mengekalkan kerajaan yang ada sekarang yang mana pemerintahannya adalah bercurak lebih autokratik dari amalan demokrasi  seperti yang  di war-warkan itu.

Bermuhasabahlah secara lebih matang. Tenguklah sekeliling kita apa yang terjadi selama UMNO memerintah lebih 46 tahun. Rasuah membiak seperti kancer. Pak Lah hanya berlakon untuk membasmi rasuah. Buktinya banyak calon-calon UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah masih lagi dicalonkan untuk menjadi wakil rakyat kita seperti Rafidah Aziz masih lagi kekal di Kuala kangsar, Perak. Khir Toyo masih lagi kekal di Sungai Panjang, Selanggor. Khalili Yaakob diangkat menjadi Setiausaha Agung UMNO. Nazri Aziz masih lagi bertanding di Padang Rengas, Perak, Shaidan Kassim masih lagi betanding Tambun Tulang, Perlis dan banyak lagi pemimpin UMNO/BN yang terpalit dengan tuduhan rasuah masih lagi dicalonkan untuk bertanding semula seperti S.Samy vellu dan lain-lainnya.

Semua mereka ini dan lain-lainnya adalah perompak harta rakyat secara terhormat kerana mereka semua dilindungi oleh undang-undang yang mereka reka sendiri untuk keselamatan mereka sendiri seperti  OSA, ISA, Akta Polis, Akta Hasutan dan sebagainya. Rakyat tidak berupaya melakukan apa-apa. Hanya lihat dengan putih mata.

Lihat pula tabung-tabung amanah dan kumpulan wang tertentu yang ditubuhkan khusus untuk membantu rakyat marhaen telah disalahgunakan dan disalahuruskan untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan rakyat.

Apa terjadi kepada duit Tabung Haji, habis dijahanamkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Dilaburkan pula  dalam industri  perjudian. Orang Islam boleh terimakah amalan ini. Duit orang miskin dalam PPRT digunakan oleh orang kaya untuk memperkayanya lagi. Bagitu juga dengan duit Amanah Ikhtiar Malaysia juga turut lingkup oleh kerja-kerja jahat orang-orang yang didokong oleh UMNO.

 Duit Petronas habis dibelanjakan secara boros, dari RM300 billion sekarang ini hanya tinggal RM30 billion sahaja lagi. Ke mana pergi duit itu, semua pergi ke projek-projek mega yang tidak menguntungkan sesen pun kepada rakyat marhaen, hanya menguntungkan kroni-kroni yang mendapat projek-projek tersebut. Semenjak dari ia ditubuhkan pada tahun 1975 sampai sekarang tidak satu sen pun ia mengeluarkan zakat untuk membantu fakir miskin. Ini kerajaan apa ni. Kerajaan Islam Hadhari konon.

Masalah social bertambah membiak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bunuh, rogol, mencuri, merompak, pesta-pesta hiburan yang besar-besar dan melalaikan terus menjadi-jadi. Perkembangan Islam disekat, masjid-masjid dan  surau-surau dirobohkan kerana alasan ia menjadi tempat sarang pembangkang. Sekolah Agama Rakyat dimusnahkan. Semua budaya yang bercurak keIslaman ditekan dan dimatikan melalui undang-undang dan sebagainya. Fikirlah secara masak-masak sebelum saudara-saudara ku sekalian menunaikan tanggungjawab pada esuk pagi hari Ahad, 21.3.2004. Ingat kehidupan kita tidak habis di dunia ini sahaja, kita akan bertemu dengan Allah SWT pada hari akhirat kelak akan dipertanggungjawabkan apa yang kita buat pada hari itu.

Kalau kita masih lagi memilih UMNO untuk menerajui pemerintahan di Malaysia ini, maka bererti kita memilih sebuah regim autrokratik berkuasa semula semula. Authoritarian bermaksud kuku besi atau ketaatan pada satu kuasa. Lazimnya ia wujud dalam pemerintahan kerajaan komunis, Nazi German dan Facis di Itali. Ia juga wujud di Negara-negara yang pemusatan kuasa ke dalam tangan sekumpulan orang sahaja. Pengamalnya akan mengunakan apa sahaja cara [ halal atau haram, dosa atau pahala, undang-undang atau tidak, tidak dipedulikan asalkan ia dapat kuasa memerintah]. Inilah yang berlaku di Malaysia hari ini.

Kaji balik sejarah pemerintahan Mahathir selama 22 tahun. Apa dia buat untuk memperkukuhkan amalan demokrasi di Malaysia ini. Beliau telah menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk menundukkan badan bebas [ parlemen, eksekutif dan system kehakim] yang menjadi nadi kepada sebuah Negara yang menjalankan pemerintahan secara demokrasi. Bila 3 badan ini tidak bebas menjalankan peranan masing-masing, maka pemusatan kuasa berlaku ke dalam tangan sesorang. Beraja di mata bersultan di hati.

Pak Lah mewarisi system authokratik ini dalam memerintah Negara. Tidak ada setitik niat pun di hatinya untuk mengubah system haprak ini  ke system demokrasi yang lebih adil dan saksama ke semua rakyat yang bernaung di dalam Negara ini.

Ini boleh dibuktikan dan dinilaikan oleh kita semua. Berapa banyak laporan rasuah dan menyalahgunaan kuasa yang dilaporkan dengan bukti-bukti yang jelas tidak dipedulikan. Sewenang-wenangnya menahan orang di bawah ISA tanpa diadili di mahkamah terbuka. Ini bertentangan dengan hukum Islam yang memberi hak orang yang dituduh membela diri. Ajaran Islam Hadhari ke ini?

Boleh melakukan apa sahaja yang terlintas di hati, tanpa memperhitungkan kepentingan individu-individu tertentu yang kena dizalimi. Ajaran Islam Hadhari ke ini apabila semua orang salah, kita dulu, kini dan selama-lamanya betul dan tidak pernah sekali membuat kesalahan.

Ajaran Islam Hadhari ke ini, apabila semua jentera kerajaan digunakan [ pasukan polis, SPR, BPR, Kehakiman,Jabatan Peguam Negara, pelbagai rangkaian media dan sebagainya ] digunakan semahu-mahunya untuk mengekalkan kuasa memerintah. Dalam pada masa yang sama terus menerus menekan pihak lain yang ingin memberi pandangan kedua untuk kebaikan bersama.
 
Ajaran Islam Hadhari ke ini, apabila yang salah dikatakan benar [ kes-kes rasuah dan penyelewengan amanah], yang benar dikatakan salah [ kes Anwar Ibrahim, Ezam Mohd.Noor, Azmin Ali].

Ajaran Islam Hadhari ke ini, selalu menuding jari ke arah orang lain mengatakan orang itu gila, sedangkan kita yang sebenarnya gila untuk berkuasa untuk merebut kedudukan, kekuasan dan kekayaan. Ajaran Islam Hadhari ke ini, apabila kita memperkenalkan system kronisme dan nepotisme dalam system pemerintahan kita. Ajaran Islam Hadhari ke ini, apabila kita berkuasa boleh memberi kekayaan kepada anak pinak kita.

Ajaran Islam Hadhari ke ini, apabila kita bertarung, kita hendak menang sahaja dan kita tidak boleh kalah dan tidak mahu mengakui kekalahan kita.

Ajaran Islam Hadhari ke ini, apabila kita bermain bola di tengah-tengah padang, kita membuat undang-undang membenarkan pihak lawan hanya dibolehkan sepak bola hanya kaki sebelah kiri sahaja, sedangkan kita boleh bermain kedua-dua belah kaki, kiri-kanan, termasuk kedua-dua belah tangan, kita boleh sentuh bola. Pengadil yang sepatutnya bersikap berkecuali menyokong kita dan kadang kala  boleh membantu kita menyumbat gol di pintu gol lawan. Kedua-dua penjaga garisan boleh pejam mata apabila kita didapati fall dan masa-masa tertentu mereka juga boleh menyumbat gol, malah penonton boleh bermain sama dengan kita membantu menyumbat gol, tetapi pihak lawan dinafikan hak-hak ini. Mereka terus ditekan dari pelbagai sudut, kad kuning dan kad merah selalu diberi kepada pihak lawan, visel selalu dibunyikan terutama ketika bola berada di hadapan pintu gol. Tiang gol selalu dialih-alihkan untuk memberi kemenangan percuma kepada kita.

Oleh itu, melalui pilihan raya kali ini, jangan sekali-kali biarkan kerajaan autokratik ini berkuasa semula. Kalau mereka berkuasa semula tanpa ada pembangkang yang kuat, mereka akan berpesta sakan untuk meratah saki baki harta rakyat. Suara demokrasi akan dimatikan terus. Pilihan raya akan terus diadakan 5 tahun sekali dan pembangkang terus mengalami kalah kerana tidak dapat menyampaikan maklumat dan mengadakan hubungan dengan rakyat disebabkan semua saluran maklumat ditutu.

Trend ke arah ini telah menunjukkan tanda-tandanya, hairan bin ajaib manusia bertopi merah masih lagi menggangu ceramah-ceramah pembangkang dalam masa musim kempen pilihan raya ini. Malaysia akan menuju seperti di Indonesia di zaman Suharto memerintah selama 32 tahun, tetapi digulingkan oleh rakyatnya [setiap kali pilihan raya diadakan parti pimpinannya GOLKAR tidak pernah kalah, mencapai 99% undi], seperti apa yang berlaku di Filipina semasa Marcos memerintah dan seperti di Iran ketika Shah Iran berkuasa. Semua Negara dictator di dunia ini, satu demi satu tersungkur menyembah bumi disebabkan kebangkitan rakyat yang sedar tentang kezaliman pemerintah.

Fikirlah saudara-saudara ku sekalian.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

- Meli - 20.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN