SIRI KEMPEN PILIHAN RAYA KE-11:
Politik PAS [BA] V Politik Umno [BN] – Siri 5
Siapa Dia Dr. Ismail Ibrahim?


Assamu'alaikum wm.wbt,
Para Pembaca Budiman,

Sukacita saya ingin merujuk surat terbuka saudara kita Dr. Putera Jebat terhadap Dato’ Dr Ismail Ibrahim, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang kini telah benar-benar menjadi “BARUA UMNO/BN“ yang bertindak selaku jurucakap untuk membela sebarang tindak- tanduk UMNO dan pemimpinnya yang tersasar dari ajaran Islam sebenar mengikut al-Quran dan al- Hadis khususnya dalam musim pilihan raya ini dan berusaha mempertahankannya apa jua tindak-tanduk UMNO kononnya adalah selaras dengan ajaran Islam, di samping itu ia akan mengeluarkan hujah-hujah berlandaskan keIslaman mengecam dan mengkritik pembangkang khususnya PAS.

Siapa dia Dr. Ismail Ibrahim ini ? Ismail adalah merupakan seorang membodek dan BARUA UMNO yang menjaga kepentingan UMNO berhubung isu-isu mengenai keIslaman di Negara ini. Beliaulah yang juga menjadi hulubalang mengeluarkan hujah-hujah membenarkan dan membolehkan UMNO melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar dan menegakkan Islam celup yang dipelopori oleh UMNO melalui Majlis Fatwa Kebangsaan yang beliau sebagai pengerusinya. Beliau juga adalah ulama “terompah kayu” UMNO sebaris dengan ulama-ulama UMNO yang lain seperti Hamid Othman, Hamid Zainal Abidin, Nakahei Hj.Ahmad, Dasuki Ahmad, Yusuf Noor, Mustafa Taib dan sebagainya lagi yang hidup-matinya kerana UMNO. Dalam keadaan tertentu, beliau akan menyepi dari membuat sebarang komen bagi menjaga kepentingan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya seperti dalam kes Anwar Ibrahim yang sistem yang mengadilinya ternyata tempang di kaca masyarakat.

Ismail juga merupakan orang yang terlibat membawa usul [mewakili UMNO] untuk menghapuskan menggunakan perkataan ISLAM bagi mana-mana pertubuhan, persatuan, institusi atau sebagainya ke hadapan Majlis Raja-raja pada satu ketika dulu. Sebelum dari itu dalam satu perhimpunan agung tahunannya, UMNO telah membuat satu resolusi tidak membenarkan mana-mana pertubuhan, persatuan, institusi-institusi, NGO-NGO atau seumpamanya menggunakan perkataan ISLAM bagi pertubuhan masing-masing. Ismaillah yang menjadi BARUA UMNO membawa perkara ini ke Majlis Raja-raja untuk tindakan selanjutnya. Alhamdulillah, dengan keberkatan dan kebijaksanaan Duli-duli Yang Mulia Raja-raja sebagai penaung Agama Islam menolak cadangan ini, malah semua baginda Raja-raja bersetuju mengekalkan dan menggalakkan penggunaan perkataan ISLAM terus digunakan. Dari kegagalan inilah yang mencetuskan dendam UMNO sehingga menimbulkan isu penutupan Sekolah-sekolah Agama Rakyat [SAR].

Dalam parlimen pada 18.4.2001, Husam Musa, bekas MP Kubang Krian memberitahu bahawa Ismail ini memaklumkan kepada Ketua Pengarah JKR bahawa dia mendapat kebenaran khas dari Mahathir untuk berurus niaga sebagai pengarah sebuah syarikat Pembinaan Setia Saksama Sdn Bhd [sila semak Harakah cetak edisi 16 – 31.5.2001 ada menceritakan secara detail peranan Ismail ini]. Syarikat beliau telah diberi kontrak membina perumahan tentera bernilai RM400 juta dengan 6,600 unit di Kementah, di Pasifik Jalan U Thant, Sungai Besi, TUDM Subang, Jalan Conchrane dan Wardieburn Camp. Seunit bernilai RM60,000.00. Ismail bukan ada kepakaran dalam bidang perniagaan dalam pembinaan. Beliau juga bukan pakar dalam bidang agama, hanya lulus Bahasa Arab. PhDnya dibuat di Scotland dalam Bahasa Arab.

Dalam pada itu, beliau juga turut terlibat dalam lakonan dalam debat olok-olok UMNO-PAS pada tahun 2001. Beliau tidak ada kewibawaan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan kerana beliau berada dalam kem UMNO [ seperti yang ditunjukkan oleh SPR dan pasukan polis yang terang-terang menyokong UMNO/BN], sepatutnya ia hendaklah bebas sebagai Pengerusi. Dia juga dikira tidak layak kerana dia berlakon bagaimana dia boleh berlakon. Dia tidak berwibawa kerana dia jadi alat dan bahan propaganda murahan UMNO.

Sekali lagi saya merayu kepada pengundi-pengundi yang seramai 10.3 juta ini menolak ulama-ulama UMNO yang bertanding dalam pilihan raya ke-11 ini. Mereka ialah Pirdaus Ismail [imam duit], Mashitah Ibrahim [tolong selesaikan dulu masalah dengan jiran sebelah rumah, sebelum tolong selesaikan masalah rakyat di Baling. Selesaikan dulu yang ada dalam kain sendiri, jangan dok selak kain orang lain], Amran Kasimin, Abdullah Zain dan ramai lagi yang bakal menjadi “terompah kayu“ UMNO. Percayalah mereka ini semua tidak akan boleh buat apa-apa untuk menjadikan ISLAM sebagai ad-Din dalam semua aspek kehidupan manusia di bumi Malaysia ini. Malaysia masih lagi berperlembagaan sekular yang mana undang-undang tertinggi ialah undang-undang Lord Reid bukan al-Quran.

Jangan tersalah pilih, mereka ini semua adalah musang berbulu ayam. Mencari keuntungan dunia, menafikan keuntungan dunia dan akhirat. Bagi mereka semua tindakan UMNO semuanya betul dan tidak melanggar al-Quran dan al-Hadis. Judi diperkembangkan dengan mengeluarkan lesen-lesen, industri arak boleh dibiarkan berkembang dalam masyarakat, pesta-pesta hiburan boleh dimajukan, perzinaan berkembang-biak, akta-akta zalim dibiarkan, fitnah memfitnah sesama insan didiamkan, kebobrokan sistem kehakiman dibutakan dan dipekakkan telinga, rasuah dan menyalahgunakan kuasa disokong. Menjadikan harta rakyat sebagai harta peribadi, memfaraidkan sesama kroni tanpa peduli, asalkan diri menjadi jutawaan mee gee.

Marilah kita sama-sama membuat perubahan untuk sebuah negara Malaysia Baru. Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adil, berakhlak, bersatu dan telus.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

- Meli - 19.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN