Masalah Pembayaran Kepada Subkontraktor Pembinaan Landasan Berkembar Rawang-Ipoh

HAJI HUSAM MUSA
AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN
D/A TKT 14, PEJABAT KETUA PEMBANGKANG,
BANGUNAN PARLIMEN Malaysia
Faks: 03-26932529
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 19 Syawal 1424/ 13 Disember 2003
ADR/K.Kerian/03 bil. 05
 

Ke Majlis
YB. Dato’  Chan Kong Choy
Menteri Pengangkutan,
Aras 7, Blok D5, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

YB. Dato’,

Masalah Pembayaran Kepada Subkontraktor Pembinaan Landasan Berkembar Rawang-Ipoh

Subkontraktor kepada Teknik Naga Sdn Bhd. bagi pembinaan Landasan berkembar Rawang – Ipoh telah menemui saya mengenai pelbagai masalah pembayaran kerja-kerja mereka.

Masalah mereka meliputi;

• Kelewatan pembayaran antara 6 bulan hingga 12 bulan dari tarikh siapnya kerja dan bekalan dihantar.

• Keengganan mengesahkan kerja-kerja dan bekalan.

• Pengurangan pembayaran tanpa alasan yang munasabah.

• Pengubahan kadar pembayaran.

2. Saya telah menghubungi pengurusan Teknik Naga dan mendengar penjelasan mereka. Berdasarkan penjelasan itu, saya berpendapat ada satu masalah lain pada lapisan yang lebih atas.

3. Berdasarkan kedudukan tersebut dan dokumen-dokumen yang saya periksa, saya berpendapat adalah perlu bagi pihak Kementerian untuk campur tangan bagi menyelesaikan isu ini.

4. Saya dengan ini mencadangkan supaya YB Dato’ dapat memberikan perhatian bagi menyelesaikan kepayahan yang dialami oleh pihak-pihak berkenaan dalam kadar yang segera.

Di atas perhatian YB Dato’ Saya ucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
 

[HAJI HUSAM BIN MUSA]
Ahli Dewan Rakyat, Kubang Kerian

S.k – YAB Dato Seri Perdana Menteri
      - Media
      - Semua Sub-Kontraktor

Kiriman WJWO - 18.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini.
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.
Hantar artikel ini kpd sahabat:

Click Here!