Suami Saya Sakit, Isteri Pak Lah Juga Sakit
Kiriman: Mat Sepai



Kita pohon PM membenarkan Anwar menerima rawatan terbaik di luar negara. Kerana suami saya sedang sakit, Pak Lah pula isterinya juga sakit. Sepatutnya beliau faham perasaan saya, kerana kami masing-masing sedang menghadapi masalah yang hampir sama.

Lagipun, Anwar menuntut haknya untuk menerima rawatan terbaik seperti yang diakui oleh PBB, berkaitan rawatan untuk tahanan atau banduan. Hal ini turut diakui SUHAKAM.

Anwar dituduh pihak-pihak tertentu tidak mempercayai kepakaran doktor tempatan. Itu dusta, kerana semasa beliau menjawat jawatan dalam kabinet dulu beliau sentiasa menerima rawatan daripada doktor tempatan. Kita sentiasa mengakui dan menghargai tahap professionalisme doktor kita.

Cuma, kita sebenarnya meragui tahap keselamatan dan layanan perubatan yang bakal diberikan. Pernah sewaktu Anwar mengadu sakit dulu, lebih daripada 10 kali kita merayu, barulah beliau diberi imbasan MRI.

Azizah yang pernah menyuarakan kepada penulis, turut kesal dengan kenyataan Menteri Kesihatan yang mendakwa kesakitan Anwar tidak serius. Menurutnya, sebagai seorang doktor perubatan, beliau tidak boleh memberi kenyataan tanpa merujuk analisis dan laporan perubatan daripada doktor terlebih dahulu.

Betapa berat mata memandang berat lagi mahu yang memikul. Inilah yang sedang dilalui wanita berhati waja, DS Dr. Wan Azizah, Ahli Parlimen Permatang Pauh. Meskipun sedang dihambat masalah kesihatan DS Anwar, beliau masih berkesempatan menemui masyarakat Permatang Pauh baru-baru ini.
 

Azizah di gerai sayuran Pasar Penanti

Apa khabar Kak Wan dan DS Anwar? 
Tanya salah seorang pengunjung pasar Penanti

TAKZIAH…. kepada Ust. Khalid Man 
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS P.Pinang ketika menziarahi 
beliau yang kematian bapanya di Lahar Yooi.

Bersama muslimat ketika menziarahi jenazah
bapa Ust. Khalid Man

Kiriman: Mat Sepai - 10.08.2004  

Hantar artikel ini kpd sahabat:

Klik untuk melihat kedudukan 
laman M@RHAEN dalam Malaysia's Website Top 100