Nak Biar Depa Sembelih Tengkok Kita Lagi?
Oleh Mat Sepai


BUKIT MERTAJAM – “Nak masuk pilihan raya lagi? Jangan buat kerja bodoh. Kalau macam ni bentuk demokrasi, kita hanya duk sua tengkok suruh depa sembelih. Demokrasi hidup zaman Tunku, tapi demokrasi mampus zaman Pak Lah. Tugas kita sekarang ialah tuntut demokrasi. Jika tak berubah, kita boikot pilihan raya.”

Demikian antara luahan kegeraman Hj. Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat di majlis Jamuan Makan Malam Bersama Pimpinan Barisan Alternatif, anjuran Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Tasek Gelugor di Dewan Cina Berapit, Bukit Mertajam, semalam.

“Indonesia boleh nikmati sistem demokrasi sekarang setelah 6 pelajar terkorban dalam demontrasi menuntut demokrasi.”

“Awat hampa ingat demokrasi boleh datang menggolek? Zaman Suharto, bukan setakat peti undi boleh hilang, tapi calon pilihan raya pun boleh hilang. Kita tak kan dapat demokrasi kalau tak turun ke jalan raya. Bukan aku nak suruh buat revolusi, tapi kita kena tuntut demokrasi. Sepatutnya, kita dah kena turun ramai-ramai pada 17 April lalu hantar petisyen, tapi …… ”

“Kenapa polis tak hormat kita? Aku nipun pernah kena tendang dengan polis. BA dianggap musuh negara, penjenayah bahaya. Media mainkan propaganda. SPR, JPN dan polis bergabung menipu rakyat. Bila aku buat ceramah kat Selangor beratus topi merah mai kepung tempat ceramah. Seolah-olah kita ni penjenayah.”

“Yang betul-betul penjenayah, depa tak tangkap, yang bukan penjenayah depa gaduh nak tangkap. Awat polis tak tangkap anak Pak Lah, kerana terlibat buat komponen nuklear? Tapi polis buat kenyataan anak Pak Lah tak terlibat….. anak Pak Lah kena tipu. Sepatutnya anak Pak Lah pun kena tangkap bubuh dalam ISA, siasat dia. Bukanlah kita sokong penggunaan ISA tu, tapi siasatlah betul-betul,” sambungnya.

“Kita buat ceramah dalam dewan ni berapa kerat rakyat boleh dengar? Yang mai orang PAS, orang Adil, yang atas pagar bukannya nak mai. Lainlah kalau kita buat kat kampung atau padang Sek. Guar Perahu atau padang Sek. Tanah Liat, ramai orang boleh mai dengar, lepas tu biar depa nilai buat keputusan parti mana depa nak pilih.”

“Ni dak, kepung sana, kepung sini, sembur air sana, sembur air sini. Sampai rakyat takut nak mai dengar ceramah. Demokrasi apa jenis ni? Soalnya lagi.

“Hang pa mau dak demokrasi?” soalnya.

“Mauuuuuuu …..,” jawab hadirin.

“Kalau setakat mai duk dengar ceramah, lepas tu balik lena, hang pa ingat kerajaan nak bagi demokrasi?”

“Kalau tak tuntut demokrasi sungguh-sungguh, jangan harap kerajaan nak bagi demokrasi.”

“ Sebelum kita boikot pilihan raya, kita tuntut dulu demokrasi, sehinggalah kerajaan ubah sistem demokrasi yang ada. Kalau tak ubah lebih baik boikot pilihan raya.”

“Aku marah bukan kerana kita kalah dalam pilihan raya, kita dah biasa kalah banyak kali dah, tapi masa tu kita tak marah kerana kita tau rakyat belum boleh terima kita. Tapi kali, ni kita marah pasai depa pembohong sungguh-sungguh. Bila rakyat nak buat perubahan depa tipu rakyat.” Jelasnya.

“Kerja-kerja parti, ceramah, kuliah, majlis tarbiah, jamuan makan buat macam biasa. Tapi kerja kita sekarang ialah tuntut demokrasi. Kena buat sungguh-sungguh.” Ujarnya mengakhiri ceramah pada malam itu.

Takbir…lawan tetap lawan.
 
 
 

- Mat Sepai - 02.06.2004 - Gambar kiriman Mat Sepai (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN