DS Dr Wan Azizah Di Wad 2 Hospital Seberang Jaya
Oleh Mat Sepai


Kepulangan DS Dr Wan Azizah setiap minggu dari ibu kota ke Permatang Pauh dipenuhi pelbagai program ketat.. Selain perjumpaan dengan AJK bahagian / negeri,  memenuhi undangan majlis perkahwinan dan majlis kesyukuran kemenangannya yang masih berlangsung hingga kini, beliau akan turut menziarahi rakyat Permatang Pauh yang uzur di kampung-kampung ataupun  yang sedang dirawat di  hospital.

Kesibukan tugasnya sebagai Presiden Keadilan dan ahli Parlimen Permatang Pauh, tidak menghalang DS Dr. Wan Azizah untuk melapangkan masa  mengunjungi pesakit di Hospital Seberang Jaya, pada Ahad lepas. Selain menghulurkan sumbangan peribadinya kepada pesakit, beliau turut bertanya khabar dan beramah mesra dengan ahli keluarga pesakit yang ditemuinya ketika itu.

Menurut Hajah Che Wa Harun selaku Ketua Wanita Permatang Pauh, lawatan ke hospital atau menziarahi ahli masyarakat yang uzur telah menjadi salah satu program wajib dalam aturcara DS Dr Wan Azizah, setiap kali beliau pulang ke Permatang Pauh.

Kunjungan beliau selama 30 minit ke Wad 2 (wad kanak-kanak) di hospital berkenaan, turut diiringi Hajah Che Wa Harun (gambar kanan), dan AJK Wanita Bahagian disambut mesra oleh kakitangan dan ibu bapa kanak-kanak yang sedang dirawat  di situ.

“Saya begitu terkejut dengan kunjungan Kak Wan ke sini, malah berbangga mendapat seorang wakil rakyat yang prihatin sepertinya. Meskipun sibuk, masih berkesempatan bertanya khabar dan mendampingi rakyat di hospital.”  kata Pn. Zuraidah Ibrahim, ibu  kepada Mohd Irfan Syahmi, 4 bulan yang menghidap penyakit jantung.

Sementara itu, menurut seorang bapa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, memberikan pandangannya, “Kak Wan perlu kekalkan tradisi menziarahi pesakit  sama ada di rumah ataupun di hospital. Meskipun perkara ini nampak kecil tetapi ia menggambarkan sikap prihatin beliau sebagai wakil rakyat Permatang Pauh. Kepada mereka, kunjungan dan senyuman beliau sudah lebih  daripada peruntukan ratusan ribu yang dinafikan haknya oleh kerajaan hari ini.”

Bagi kakitangan hospital, pesakit mahupun ibu bapa , kunjungan DS Dr. Wan Azizah ke sana menjadi kenangan manis buat mereka semua.

Takbir…lawan tetap lawan.
 

DS Dr Wan Azizah sedang bertanya khabar kepada Zuraidah tentang kesihatan anaknya Mohd Irfan Syahmi

Antara pesakit kanak-kanak yang sempat dikunjungi DS Azizah dalam lawatan singkatnya ke wad 2 HSJ. 
 
- Mat Sepai - 17.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN