![]() |
Siri
UMNO
Yang Semakin Kepanasan
Prelud Majlis Pok Amai-amai - Persidangan Agung Lembu Pawah Umno |
Ada satu perkara yang betul-betul menyakitkan hati kita apabila difikirkan kenapa Melayu gagal meraih 30 peratus kek ekonomi negara: Orang yang merancang kebangkitan ekonomi Melayu itu melakarnya sesedap yang dikhayalkannya. Kerana itulah wang perbendaharaan UMNO yang sepatutnya berada dalam lingkungan RM250 bilion masih tidak tentu mana letaknya. Itu juga sebabnya akaun UMNO sudah lama tidak dibentangkan di persidangan tahunannya, kerana akaun itu tidak ada. Sedangkan menjadi syarat dan undang-undang pertubuhan di Malaysia bahawa akaun sesuatu pertubuhan itu mesti dikemas kini dan dibentangkan pada setiap tahun.
Bayangkan apa yang boleh dibuat kalau UMNO mempunyai RM250 bilion itu? Kita boleh berkhayal dengan wang sebanyak itu:
a) Melalui UMNO, orang Melayu mampu memiliki saham besar dalam beberapa syarikat permainan bola di Eropah. Sekali gus pemain bola kita yang benar-benar berbakat boleh bermain di kelab-kelab ternama di Eropah dan sekali gus ekonomi keluarga mereka akan naik juga. Pemain bola di Eropah adalah berstatus jutawan. Ada yang mendapat gaji mingguan sekitar RM200,000 setiap minggu, tidak termasuk elaun iklan yang mereka paparkan di lengan dan baju ketika bermain. Ada yang menerima bayaran imbuhan kerana mengiklankan peralatan sukan sehingga Satu Juta Pound Sterling setiap tahun. Kenapakah perkara ini tidak difikirkan dan dilaksanakan oleh TKT Mahathir semasa dia mencengkam kuasa dulu? Beliau tidak mahu melihat anak-anak Melayu daripada luar bandar menjadi kaya raya kerana kemahiran bermain bola tidak ada pada dirinya dan juga anak-anaknya.
Bayangkan kalau kita mampu membeli separuh saham dalam kelab ternama seperti Manchester United, Liverpool dan Newcastle di England: Celtic dan Rangers di Scotland, Real Madrid dan Barcelona di Sepanyol; Gellastarai di Turki; Nueschatel dan Basel di Switzerland, FC St. Germain dan Nantes di Peranchis dan banyak lagi di Jerman, Itali dan Portugal dan sebagainya........!!!! Alangkah indahnya kalau anak-anak Malaysia bermain di setiap negara di Eropah? Berapa juta pula yang akan mereka bawa masuk ke negara sendiri setiap tahun? Bagaimana pula dengan kesan pelaburan semacam itu? Apakah kemungkinan Malaysia menjadi medan kelab melatih pemain bola bertaraf dunia? Bagaimana pula dengan bidang sukan dan universiti sukan di Malaysia?
Satu ketika dahulu semasa Universiti Malaya diterajui oleh Abdullah Sanusi (arwah Tan Sri) memang ada usaha menggalakkan sukan sebagai bidang pengajian yang serius dan Tan Sri Khoo Kay Kim (Profesor Sejarah sudah bersara) yang ditugaskan melakar program itu. Apa jadi selepas itu hanya Allah yang tahu. Saya diberitahu projek itu terbantut kerana tidak ada minat yang serius di peringkat tertinggi dalam UMNO. Memang tidak sukar untuk kita memahami kenapa tidak ada sikap yang serius dalam hal ini kerana Menteri Belia dan Sukan ketika itu adalah jenis yang ‘kaki-bangku’, semacam Perdana Menterinya juga. Sekarang ini beliau naik lagi menjadi Menteri Pelajaran, bayangkan apa yang mampu dibuatnya?
Tentu rakyat masih ingat satu ketika dahulu beliau telah pergi ke Tembok Besar Negeri China untuk memasang bendera Jalur Gemilang yang terpanjang di sana. Kemudian dia melalak mengatakan bahawa itu adalah konsep Malaysia Boleh? Yang lucunya, itu adalah merupakan projek pelajar ITM yang mengumpulkan derma orang ramai; tetapi telah disambar oleh seorang Ketua Pemuda UMNO merangkap Menteri Belia dan Sukan untuk mendapatkan suntikan politik semata-mata. Apabila orang yang diamanahkan untuk menaikkan ekonomi Melayu boleh mengambil sikap begitu, apa yang diharapkan lagi daripada mereka semua?
b) Kalau duit simpanan UMNO tidak disonglap oleh Tun Kepala Taik Mahathir dan Tun Musibat Daim, tentu kita mampu memiliki beberapa restoran besar di setiap bandar utama di merata dunia, seperti yang ditaja oleh Japan Airlines ataupun Air France. Bayangkan keupayaan anak-anak lulusan sekolah masakan dan pengurusan restoran yang dihantar bertugas di rantau orang sambil menonjolkan masakan Malaysia? Sekali gus, semua restoran itu menjadi pusat pengiklanan Malaysia dan segala barangan keluarannya. Projek semacam itu tidak memerlukan sampai satu billion ringgit. Setakat tiga ratus juta untuk menubuhkan sekitar sepuluh restoran di bandar utama seluruh dunia sudah mencukupi untuk membawa pulangan yang amat lumayan dan bermakna kepada negara.
Kesan penubuhan restoran Malaysia di merata dunia itu membawa suntikan untuk memberi ruang kepada petani pilihan kita menyediakan bahan-bahan yang diperlukan oleh restoran itu.
Cuba lihat apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Thailand dalam mempromosikan restoran Thai di merata dunia. Setiap hari ada dua penerbangan khas yang membawa hasil tani termasuk udang galah (segar dan beku) yang dihantar ke Eropah. Kita boleh membeli kangkung segar di pasar Wembley di London dan petai jeruk dan daun pegaga segar di Pigalle, Paris. Semua itu dieksport daripada Bangkok. Pada musim buah-buahan kita boleh membeli durian yang sudah dikopek dan disalut plastik menggunakan teknologi ‘vacuum pack’ dan membelinya di kedai-kedai orang Surinam yang berniaga di merata negeri Belanda. Begitu juga dengan manggis yang sudah dikopek sekerat yang di ‘vacuum pack’ dan dieksport daripada Indonesia. Adakah projek semacam ini yang dibuat oleh Malaysia?
Kesan kemudahan makanan Thai dan Indonesia di Eropah telah mempromosikan berbagai-bagai jenis sambal dalam botol yang diusahakan oleh peniaga Indonesia dan dijual di mini-market dan ‘Eastern Supermarket’ merata Eropah dan Amerika.
Projek semacam ini bermula pada tahun 1983 di mana pengedarannya di buat secara kecil-kecilan oleh sekumpulan warga Indonesia yang menetap di Belanda. Mereka mula mengedarkan ‘sambal terasi’ (sambal belacan) dalam botol. Kemudian, mereka membesarkan bidang itu untuk berkembang maju di merata Eropah. Namun, bidang ini masih boleh diterokai oleh Malaysia kerana kita mempunyai kemampuan yang lebih besar kalau kerajaan turut terbabit mengendalikannya.
Bayangkanlah sendiri kalau kita pilih kampung tertentu menanam cili dan memproses cili itu untuk dibotolkan dan eksport. Kita boleh buat sambal belacan, sambal ikan bilis berlada, sambal kelapa dan apa juga jenis sambal yang kita suka. Begitu juga dengan segala jenis serunding – ikan, daging, ayam dan sebagainya. Semuanya boleh digunakan oleh ‘restoran kampung Malaysia’.
Kalau kita maju dengan restoran kecilan demikian dan mampu menyediakan barang perencah masakannya tentu kita mampu mengeluarkan minuman segar seperti air tebu, oren dan air kelapa selalu ke restoran itu semua. Bagaimana caranya ia dieksport sumbernya tetap daripada kampung-kampung juga.
Tentu kita mahu bertanya kenapakah kita tidak mengusahakan industri semacam ini? Kenapakah kita megah dengan projek beruk panjat pokok kelapa ataupun peraduan lembu cantik ataupun pertandingan mencari uban ataupun menanam orkid di tiang elektrik? Bagaimana pula dengan projek rumah empat musim di Bukit Cherakah? Apa jadi dengan segala projek gila-gila itu yang ditaja dan dilaksanakan oleh Menteri Pertanian Sanusi Junid satu ketika dahulu?
Kita harus ingat menteri kabinet Mahathir dulu tidak berani mencetuskan sesuatu tanpa izin dan kebenaran si tua hangkoi itu. Berjuta-juta ringgit wang rakyat habis dileburkan oleh Kementerian Pertanian satu ketika dahulu hanya untuk memuaskan cita rasa menteri dan Perdana Menteri.
Kalau kita mampu menubuhkan restoran kampung di rantau orang tentu kita mampu membeli kedai untuk dijadikan hotel satu bintang seperti ‘Pension House’ yang berselerak di Eropah dan dikendalikan oleh masyarakat Vietnam dan Khmer. Kalau hotel itu menyediakan kemudahan tempat sarapan pagi maka ia layak diberikan taraf dua bintang. Kalau ada restoran dan ruang mesyuarat di situ ia layak diberikan taraf tiga bintang. Bayangkanlah sendiri apa kesan yang dapat diraih oleh rakyat Malaysia yang digunakan sebagai tenaga pekerja di hotel harga rendah seperti itu.
c) Bayangkan juga kemampuan orang Melayu mengusahakan kedai ‘deli’ ala ‘Delifrance’ yang terdapat di Kuala Lumpur dan beberapa bandar di Malaysia. Kedai semacam ini menyediakan makanan siap dan sentiasa panas untuk dibawa balik oleh si pembeli. Apabila kedai ini menyediakan makanan halal, sudah tentu ia menjadi tumpuan semua kaum. Contoh terbaik ialah ‘deli’ tajaan warga Pakistan di merata Amerika Syarikat.
d) Kalaulah duit simpanan UMNO tidak disonglap oleh TKT Mahathir dan Daim tentu kita mampu membeli saham besar dalam setiap syarikat pengangkutan udara seperi DHL, United Parcel ‘X’ Express dan sebagainya. Sekali gus kita mempunyai pesawat udara khas yang menerbangkan segala bungkusan dan barangan kering yang perlu dieksport keluar daripada Malaysia secara cepat dan tangkas.
e) Tentu juga kita mampu memiliki saham besar dalam setiap syarikat pengeluar kereta di dunia ini. Kita menaja Petronas-Sauber sebagai kereta lumba yang menyertai Grand Prix F1 di merata dunia, di mana enjin kereta itu sebenarnya merupakan enjin Ferrari yang sudah dipakai oleh Michael Scumacher, setiap berakhirnya satu musim perlumbaan setiap tahun. Dari situ Sauber membuat sedikit perubahan dan menguji enjin dengan menggunakan terowong angin di Halwill, Zurich. Alangkah bodoh dan lucunya kerja itu kerana kita mempunyai syarikat membuat kereta (Proton) yang tidak pun mempunyai kemudahan terowong angin semacam itu. Kenapakah kita berbelanja besar membiayai terowong angin di negara orang dan kenapakah tidak dibuat terowong angin itu di negara ini? Soalan begini seharusnya dijawab oleh Arwah Tan Sri Azizan yang baru sahaja meninggal dunia kerana dia menyimpan banyak rahsia bagaimana wang Petronas telah dibazirkan semata-mata mahu mengikut nafsu si tua hangkoi.
Apabila kita menyebut F1 tentu kita merasa hairan kenapa kita tidak membeli sebahagian besar saham syarikat pengelola F1. Kalau kita terpaksa berbelanja lima juta setiap bulan untuk mengurus dan membayar royalti kepada F1, kenapa kita tidak membeli sahamnya? Bukankah satu hari nanti kita boleh dapat balik segala perbelanjaan kita apabila saham F1 naik melambung tinggi? Ataupun memang sudah ada saham F1 yang dibeli oleh orang-orang kaya di Malaysia, cuma tidak dibeli oleh Petronas ataupun syarikat Malaysia yang lain? Apa kata kalau satu hari nanti terdedah berapa banyak saham TKT Mahathir dalam syarikat F1?
Tentu kita hairan bagaimana Petronas boleh menaja projek kereta-lumba tetapi tidak mempunyai saham dalam syarikat yang menguruskan perlumbaan kereta di dunia ini. Kalau Petronas tidak membelinya kenapakah UMNO yang mempunyai banyak wang satu ketika dulu tidak memiliki peratusan yang besar dalam syarikat seperti ini?
Bernie Ecclestone, tuan punya syarikat
penaja Formula 1, telah lama mencari peluang untuk mendapatkan pinjaman
sebanyak 2 bilion dolar dengan membayar balik secara menggadaikan kutipan
jualan tiket lumba kereta tajaan Formula 1 di merata dunia. Pinjaman semacam
ini disebut sebagai ‘securitisation’ dalam istilah perbankan. Bayangkan
kalau kita tidak membazirkan wang terhadap projek gila-gila di Putrajaya
kita mampu meminjamkan beliau sebahagian besar wang yang diperlukannya
itu dan dalam masa lima tahun dapat balik hampir berganda wang yang ‘dipinjamkan’.
Pada waktu yang sama kita boleh menentukan tenaga profesional (kejuruteraan
– enjin, elektrik, komputer, akauntan, statistik, pakar masakan, pengurusan
dan sebagainya). Malaysia diambil bertugas dengan syarikat itu di merata
dunia.
Saya menjangka Bernie tidak akan
lama bertahan dengan syarikatnya itu kerana dia sudah semakin tua dan pasti
menjualnya untuk menghabiskan sisa usianya membuat kerjaya lain yang kurang
mencetuskan ‘stress’ kepada kesihatannya. Jika demikian, kalaulah Malaysia
mempunyai sebahagian besar saham syarikat Formula 1 tadi, sudah tentu kita
mempunyai peluang menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat itu. Sekali
gus mempunyai keistimewaan untuk menggembleng anak-anak muda profesional
Malaysia mewarnainya.
Apakan daya........!!!! Kita hilang banyak wang yang memang sepatutnya milik orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Wang dalam UMNO sepatutnya harta warisan bangsa turun temurun. Orang yang membalunnya (TKT Mahathir dan Daim Zainuddin) kini bergelar Tun dan hidup senang lenang. Adakah sesiapa dalam UMNO yang berani mengangkat muka dan tanya mereka secara selamba, berapa banyak saham mereka dalam syarikat milik seorang Yahudi bernama Bernie Eccleston? Tentu kita hairan bagaimana sebuah negara kecil, Malaysia telah berjaya mengalahkan Negeri China yang turut berminat menganjurkan lumba kereta Formula 1. Apakah jawapannya terletak kepada beberapa susun atur yang tidak diumumkan untuk memenuhi hasrat kerakusan kedua-dua pihak?
Saya tidak berapa terkilan apabila UMNO tidak membeli saham syarikat penaja Formula 1, kerana saya begitu tertekan apabila mengetahui hak Filem Melayu keluaran Shaw Brothers telah dibeli oleh Ananda Krishnan - tauke Astro. Malahan ada beberapa orang kawan yang rapat dengan saya mengaku mereka terkejut dan naik demam dengan kejadian itu.
Bayangkan, lebih lima puluh tahun orang Melayu berkecimpung dalam industri perfileman bertaukekan keluarga Shaw (Shaw Brothers) dan Loke (Cathay Film Distributors). Mereka menjadi kaya raya hasil keringat orang Melayu, sehinggakan Bangunan tinggi Shaw naik tersergam pada pertengahan 1960-an di Singapura. Sejak itu bermulalah tipu muslihat mengurangkan pengeluaran filem Melayu di Singapura dan bermulalah peralihan industri filem Melayu ke Merdeka Studio di Ulu Kelang.
Sejurus kemudian pengeluaran filem Melayu di Singapura beralih ke Semenanjung dan ramai orang filem yang jadi penganggur. Tamatnya industri filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura telah disambut dengan pembukaan satu panggung wayang gambar bernama Pawagam P.Ramlee (itulah bermulanya istilah pawagam ciptaan Almarhum Tan Sri). Setahu saya itulah juga pawagam Melayu yang pertama dan terakhir hingga hari ini.
Akan tetapi, sepatutnya khazanah perfileman Melayu harus bertukar tangan daripada Shaw dan Loke kepada UMNO ataupun FINAS, ataupun mana-mana dana kewangan yang menggunakan wang simpanan orang-orang Melayu. Sebaliknya ia berpindah kepada Ananda Krishnan. Sekali gus ia telah menjatuhkan maruah dan martabat orang Melayu sebagai satu bangsa Kelas Pariah
Kalau UMNO ataupun Petronas tidak mampu mengusahakan peralihan khazanah perfileman Melayu daripada Shaw dan Loke, siapakah lagi yang patut melakukannya? KALAUPUN UMNO enggan kerana tidak mendapat restu Tun Kepala Taik ketika itu, sepatutnya ada satu badan amal yang memberitahu orang Melayu seluruh Malaysia supaya mengeluarkan wang mereka sendiri dan membeli hak khazanah perfileman itu.
Tentu kita hairan bagaimana Ananda Krishnan boleh membeli hak filem Melayu itu dengan mudah sekali. Saya fikir dan syak bahawa kejayaan Ananda Krishnan adalah hasil tipu muslihat yang membabitkan seorang penyangak besar di negara ini yang ada sesudu darah Melayu dan yang amat rapat dengannya. Kita boleh membuat andaian ini berdasarkan cara Ananda Krishnan diberikan ‘restu’ membeli tanah tapak Lumba Kuda Kuala Lumpur dengan harga yang rendah daripada Kerajaan dan menjualnya kemudian kepada Petronas (bawah naungan Kerajaan juga) dengan keuntungan hampir setengah bilion. Itu pun dalam tempoh tidak lebih dari enam bulan.
Tentu kita mahu mengungkit hal ini kerana kalau dalam masa enam bulan Ananda Krishnan boleh diberikan keuntungan sekitar setengah bilion kenapakah tanah lapang itu tidak diserahkan kepada satu Yayasan yang dimiliki bersama oleh pusat pengajian tinggi di negara ini? Sekali lagi naluri kita berbisik betapa Ananda Krishnan adalah proksi khas kepada si penyangak besar tadi. Bisikan cemburu hati kita itu semakin ketara apabila kita ambil kira bagaimana Ananda Krishnan diberikan lesen mengendalikan satelit komunikasi sedangkan projek itu seharusnya diserahkan kepada Tabung Lembaga Angkatan Tentera ataupun Tabung Haji.
Inilah antara sebab-sebab kenapa saya berani berkata UMNO di bawah kepimpinan Tun Kepala Taik sudah menjadikan orang Melayu sebagai satu bangsa kelas pariah.
...bersambung ke Bahagian Keempat: Kelentong terbaru UMNO mahu naikkan martabat bangsa.
Marhaintua <marhaintua@hotmail.com>
13 Ogos, 2004 (suntingan M@RHAEN)
![]() |
![]() |