![]() |
Siri
UMNO
Yang Semakin Kepanasan
Prelud Majlis Pok Amai-amai - Persidangan Agung Lembu Pawah Umno |
Sidang perwakilan UMNO dijadualkan pada bulan hadapan. Selalunya satu bulan sebelum itu sudah menjadi amalan UMNO untuk merancang satu agenda yang gah sebagai isu besar yang mahu dibincangkan bersama sepanjang persidangan sehinggakan isu itu dianggap sebagai agenda utama yang menyatukan semula orang Melayu – dalam UMNO. Sekali gus isu-isu yang dibincangkan itu dapat menutup segala kepincangan pucuk kepimpinan seperti ke mana hilangnya wang simpanan orang Melayu yang diamanahkan pada UMNO dan apa jadinya dengan menteri dan pemimpin UMNO yang rasuah dan kenapakah Anwar Ibrahim masih lagi meringkuk dalam penjara.
Sesungguhnya isu besar yang menjadi agenda utama UMNO pada setiap sidang perwakilannya adalah direka begitu licik sehingga dapat mengabui pemikiran wakil-wakil Melayu dan Islam dalam UMNO.
Pada zaman TKT Mahathir menerajui UMNO kita dapat lihat betapa isu pelencung itu dilengkapi dengan tipu muslihat untuk mengekalkannya terus di persada pucuk kepimpinan. Agenda tipu muslihat itu selalunya direka apabila tidak ada pemilihan pucuk kepimpinan, kerana pada tahun diadakan pemilihan pucuk kepimpinan para perwakilan sibuk dengan perihal ‘menarik duit’ daripada calon-calon yang bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi dalam parti.
Pada beberapa tahun terakhir cengkaman kuasa TKT Mahathir, kita telah melihat betapa beliau merancang agenda tipu muslihat itu dalam bentuk menyelitkan buku-buku yang mengaibkan Anwar Ibrahim (50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh jadi Perdana Menteri). Kemudian, pada tahun terakhir beliau menjadi Presiden UMNO, Mahathir telah merestui pengedaran buku anti-semantik tulisan Henry Ford (The International Jew) pada hari Sabtu bulan Jun 2003.
Sehingga hari ini tidak ramai ahli-ahli UMNO yang sedar betapa buku-buku mengenai Yahudi (termasuk terjemahan The Protocols of Elders of Zion yang pada asalnya ditulis dalam Bahasa Russia) itu telah diterjemah dan dicetak di Afrika Selatan. Tentu ada yang mahu bertanya siapa yang mengongkosi penerbitan itu? Adakah itu sebahagian daripada belanja menyonglap peruntukan Bajet Rakan Muda yang bernilai RM70 juta semuanya tetapi dilarikan hampir 60% ke Afrika Selatan? Ataupun penerbitan dan pengedaran buku itu ditaja oleh Petronas?
Demikianlah cara TKT Mahathir menipu orang Melayu setiap kali ada persidangan penting dalam negara ini. Seperti juga dia mencetuskan episod Al-Maunah semasa persidangan Majlis Raja-Raja Melayu di Ipoh satu ketika dulu.
Tipu muslihat Paklah Menjelang Persidangan UMNO
Kini, tipu muslihat yang serupa sedang dirancang oleh Paklah untuk menyambut Majlis Pok Amai-Amai UMNO bulan depan.
Sesungguhnya persidangan UMNO bulan depan adalah amat unik dan patut dicatat dalam buku ‘Malaysian Book of Records’. Inilah kali pertama UMNO bersidang dengan Presiden yang menang besar dan di mana Presiden UMNO adalah juga Pengerusi OIC dan NAM.
Pada waktu yang sama inilah juga pertama kali di mana seorang Presiden UMNO akan berdepan dengan kenyataan: apakah dia mampu menarik penghormatan keseluruhan akar umbi UMNO untuk terus memperakukannya sebagai Presiden parti? Apakah nanti ada sesuatu peristiwa yang tidak akan dapat dilupakan gara-gara Paklah menipu besar untuk menang besar sebagai Presiden UMNO?
Untuk menutup sebarang kemungkinan akan meledaknya beberapa bentuk bangkangan dalam persidangan nati akan cara pencalonan Presiden dan Timbalan Presiden difatwakan, maka kini sudah ada usaha untuk menaikkan semangat keMelayuan dan pembudayaan akar umbi untuk bangkit bersatu di belakang pucuk kepimpinan parti. Lantas diwujudkan satu agenda menegakkan UMNO untuk mengharungi satu ‘perjuangan’ besar selepas persidangan nanti. Perjuangan itu ialah agar UMNO mesti “proaktif selalu, demi mengatasi kelemahan, keciciran Melayu dalam banyak bidang”.
Demikianlah panji-panji retorik dan cakap kosong UMNO yang dimulakan untuk melancarkan kempen menaikkan semangat keMelayuan dalam UMNO menjelang persidangan bulan depan.
UMNO di segenap peringkat termasuk Majlis Tertinggi (MT) telah dikerah menghebatkan agendanya memperjuangkan ekonomi, pendidikan dan sosial orang Melayu. Itulah slogan yang mirip pelancaran Dasar Ekonomi Melayu dulu yang sepatutnya mencapai sasarannya semasa TKT Mahathir mencengkam kuasa. Itulah juga Dasar Ekonomi Melayu yang dimusnahkan oleh UMNO bersama TKT bedebah itu.
Kenapa UMNO tiba-tiba mahu perjuangkan Ekonomi Melayu?
Pada persidangan dua tahun dulu UMNO telah cuba menggunakan isu agama Islam sebagai tonggak penyatuan orang Melayu. Takkan isu yang sama mahu ditonjolkan kali ini kerana sudah ada Islam Hadhari. Lagipun, kebangkitan majlis mufti dan alim ulama yang menyangkal program TV serta keceluparan orang bukan Islam terhadap beberapa isu agama sudah membuatkan alim ulama UMNO diam membisu. Contoh yang terbaik ialah isu azan dan lesen memelihara anjing. Ada golongan kurang ajar bukan-Melayu yang dibantu oleh segelintir golongan kurang ajar berdarah Melayu yang membesarkan isu azan dan isu pelesenan memelihara anjing.
Isu ini boleh ditangani dengan berhemah dan mudah tetapi kerana keceluparan pemimpin UMNO ia membengkak dan menjadi besar. Soalnya kenapa kita tidak fikir baik-baik betapa pun gila dan kurang ajarnya anjing menyalak sana-sini dan mengejar membabi-buta setiap kenderaan yang masuk ke taman perumahannya, orang Melayu tidak pernah membangkang kalau orang Cina dan kaum bukan-Melayu memelihara anjing.
Yang peliknya walaupun banyak anjing yang suka menyalak mengila-gila dan sahut menyahut seolah-olah sudah melihat hantu (kata orang Cina’), belum ada seekor anjing pun yang berani menyalak seperti itu setiap kali azan berkumandang.
Ada satu lagi perkara menarik dalam cara orang bukan-Melayu terutamanya Cina memelihara anjing. Kebanyakan orang Cina memelihara anjing bukan kerana mereka sayangkan anjing, tetapi kerana menganggapnya sebagai satu budaya ‘status symbol’ ataupun simbol kedarjatan sahaja. Sudah menjadi satu kefahaman di kalangan orang-orang bukan-Melayu yang suka meniru gelagat orang barat memelihara anjing tanpa mendalami sejarah budaya itu yang sebenarnya.
Orang barat mula akrab dengan anjing dan juga kucing selepas Perang Dunia Pertama dan semakin menggila budaya keakraban itu selepas Perang Dunia Kedua. Ini berpunca daripada kerosakan besar yang mereka tanggung disebabkan kemusnahan rumah tangga yang diledak oleh bom peperangan. Mereka menetap di rumah kediaman yang tidak ada tingkap dan pintu dan hanya mampu menutupnya dengan kain untuk menahan angin. Bayangkan betapa sejuknya pada musim luruh dan musim sejuk. Kerana itu mereka memelihara anjing dan kucing untuk diajak tidur bersama supaya kehangatan suhu badan anjing dan kucing yang tidur di celah kaki boleh memberi kelegaan kepada badan yang sejuk.
Berbalik kepada Malaysia dan budaya memelihara anjing di kalangan ‘peminat’ yang mahu meniru gelagat orang barat. Budaya ini diperkukuhkan sekarang oleh syarikat yang menjual makanan anjing dan kucing serta barang-barang keperluan binatang peliharaan. Pada tahap awal memelihara sesekor anjing itu mereka akan berbelanja besar membeli tulang yang baik-baik serta kelengkapan rawatan kecantikan si anjing, lengkap dengan mangkuk makan yang cantik dan kandang yang besar dan canggih. Semua itu adalah sebahagian simbol kedarjatan memelihara anjing.
Kalau memelihara anjing itu dianggap sebagai satu langkah menjamin keselamatan, kita sudah ada kelengkapan elektronik seperti CCTV dan penggera kecemasan. Budaya riak begini membuatkan orang Cina sukakan anjingnya selagi anjing itu cantik dan bertenaga. Mereka sanggup tidur malam dengan mendengar salakan anjing yang tidak menentu. Sejurus anjing itu mula sakit-sakit, mereka akan melepaskan anjing itu menjadi anjing liar yang akhirnya bertukar menjadi anjing kurap.
Kalau difikirkan masak-masak begitulah juga caranya orang Cina bermesra dengan pemimpin UMNO yang mereka tunggang untuk memajukan perniagaan mereka.
Yang lucunya, satu ketika dahulu orang Cina memberikan nama Kristian kepada anjing mereka. Sebagai contoh nama ‘Johnny’, ‘Alex’, dan sebagainya, sedangkan mereka bukan menganut agama Kristian. Tetapi, entah kenapa agaknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai orang Cina yang menganut agama Kristian ataupun menggunakan nama Kristian sebagai awalan nama peribadi, mereka mengubah selera itu dan jarang menggunakan nama Kristian pada anjing peliharaan. Mereka gunakan nama lain seolah-olah menggunakan nama dinasti Cina purba seperti Han, Him, ataupun nama-nama opera Cina seperti Ci-Bai, Ohlu, Lola, Dedeh dan sebagainya. Rupanya itu adalah nama beberapa orang Melayu dan pemimpin terkemuka di negara ini seperti Hanif Omar, Rahim Nor, Samy Vellu, Paklah dan TKT Mahadir. Nama Ci-Bai itu mereka khususkan kepada nama Aziz (Ci) Sheikh Fadhil (Bai – benggali), yang mencabar orang Cina dengan menjerit di atas tembok Dewan Perhimpunan Cina, satu ketika dulu dengan keris kontot tersorok dalam seluarnya.
Bayangkan apa jadi dengan anjing peliharaan itu apabila dilepaskan bebas untuk bertukar menjadi anjing kurap?
...........akan bersambung ke Bahagian Dua: UMNO Sebagai Senjata Orang Melayu?
Marhaintua <marhaintua@hotmail.com>
11 Ogos, 2004 (suntingan M@RHAEN)
![]() |
![]() |