|
Orang Melayu Lebih Takutkan Mahathir Daripada Allah (Bhgn3) |
Semakin si Kepala Taik menghampiri hari persaraannya, pelbagai upacara, majlis dan temasya diatur untuk mendewakannya, sehinggakan ada majlis itu sebenarnya tersasar jauh daripada matlamat asalnya.
Contoh yang terbaik ialah “Wacana Minda Melayu” anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di PWTC, Kuala Lumpur. Wacana yang selama tiga hari bermula 7 Oktober, membentangkan 17 kertas kerja dan bertemakan “Penerusan Kecemerlangan Minda Melayu”.
Soalnya sekarang ini, berapa ramaikah pemikir Melayu yang terbabit dalam wacana itu? Kalau ada pun segelintir yang boleh diberi iktiraf sebagai pemikir, apakah kertas kerja mereka itu benar-benar bebas daripada kerja memuji-muja UMNO dan Mahathir si Kepala Taik?
Majlis itu dirasmikan oleh seorang Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib. Inilah orang yang membawa lari berkilo-kilo mata wang ke negara asing dan apabila tertangkap membuat pengakuan dia tidak faham Bahasa Inggeris. Jadi apakah buku yang dibacanya selama ini? Mampukah dia membaca buku Bahasa Inggeris yang berat-berat untuk menonjolkan pemikiran berunsur ilmiah yang diasah kesan pembacaan itu?
Beliau telah menyebut bagaimana Mahathir si Kepla Taik banyak menyebut dan menulis mengenai perlunya orang Melayu mengubah minda mereka, “namun pemikiran beliau (si Kepala Taik) sukar diresapi oleh golongan tersebut”. Justeru katanya, melalui nilai-nilai daya saing dan daya tahan yang ditunjukkan Azhar Mansor dan Malik Mydin, Si Kepala Taik ingin membuktikan bahawa kaum Melayu berupaya menyaingi bangsa maju yang lain. (sila baca Utusan Malaysia 8 Oktober muka surat 15).
Kononnya, si Kepala Tik mengakui selepas kejayaan Malik, beliau mampu berdiri lebih kukuh dan bersama Timbalan Perdana Menteri dan barisan kabinetnya.
Kita mampu berkata: “Allahuakbar....!!!” Inikah pandangan dan pemikiran seorang Naib Presiden UMNO yang mahu merobah pemikiran minda Melayu.?
Soalan kita ini terjawab dengan adanya beberapa kertas kerja tulisan Datuk Dr. Zainal Kling yang menulis: “Minda Melayu – Satu Tafsiran”, yang mengatakan bahawa “orang Melayu masih miskin dalam pelbagai bidang pemikiran berikutan tiada sebuah buku pun yang ditulis tentang falsafah Melayu.”
Walaupun akhir-akhir ini, kata beliau, terdapat beberapa usaha beberapa tenaga akademik untuk meneliti corak pemikiran Melayu, namun ia lebih berasaskan Islam, Barat dan gabungannya. Menurut Dr. Zainal lagi, “usaha kecil-kecil dalam pelbagai buku dan makalah sudah muncul, namun belum mencapai tahap kesungguhan tanpa wawasan mendalam yang berakar umbi dalam alam dan lingkungan Melayu.
Menurutnya, pada masa ini kebanyakan penulisan tidak meneliti isi dan bentuk pemikiran masyarakat Melayu sedia ada, tetapi lebih banyak pengambilan sumber dari luar dengan andaian bahawa semua jenis pemikiran adalah sejagat dalam sebarang keadaan sosial dan budaya termasuk dalam konteks sosio-budaya Melayu.
Bayangkanlah... selama 22 tahun si Kepala Taik mencengkam kuasa dia tidak berjaya merangsang seorang cendekiawan Melayu ataupun sekumpulan bijak pandai Melayu menulis sebuah buku mengenai falsafah Melayu. Bagaimana dengan berpuluh buku yang dicetak dalam pelbagai bahasa dan diedarkan percuma di luar negara dengan belanja rakyat Malaysia yang dikatakan tulisan Mahathir si Kepala Taik?
Bagaimana pula dengan Enshitklopedia Mahathir? Apakah penjilidan pemikiran Mahathir itu tidak mengandungi falsafah Melayu?
Pada hari pertama wacana minda Melayu itu, ada satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Profesor Chamhuri Siwar daripada Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI). Ketua Program Ekonomi Mapan itu telah menulis bahawa orang Melayu perlu memberi tumpuan dalam bidang (a) pendidikan, (b) pembangunan sumber manusia, (c) ekonomi, (d) sains dan teknologi - sebagai persiapan menyertai ‘perlumbaan bangsa-bangsa’ dalam era globalisasi.
Beliau berpendapat: “bidang-bidang tersebut merupakan bidang kritikal yang perlu dikuasai oleh orang Melayu bagi menyelesaikan masalah kemiskinan dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemunduran.
“Secara relatifnya, kemiskinan di kalangan kaum Melayu masih serius dan pendapatan isi rumah kasar mengikut etnik dalam tempoh lima tahun lalu menunjukkan purata pendapatan Melayu ADALAH LEBIH RENDAH berbanding kaum lain.
“Oleh itu cendekiawan Melayu perlu menggembleng pemikiran mereka dalam bidang tersebut ke arah memperteguh dan memperkasakan masyarakat Melayu.”
Alangkah bezanya pandangan seorang bijaksana universiti berbanding seorang bijaksini politik Melayu hanya pandai dengan retorika semata-mata.
Yang kerap ditonjolkan oleh orang politik UMNO sekarang ini ialah kisah Malik Maidin merentas terusan Inggeris dan Azhar Mansor belayar suku-suka ke hujung dunia. Ini adalah satu mitos yang berbaur fiksyen semata-mata. Siapakah yang dapat mengaku bahawa Azhar Mansor benar-benar melakukan sesuatu yang begitu pelik seolah-olah orang lain tidak melakukannya? Kenapa tidak ditaja beberapa kelasi tentera laut Melayu menggunakan kapal layar yang sama untuk mengelilingi dunia dan perhatikan pula pencapaian mereka? Seperti yang pernah saya katakan, kenapakah gunakan Malik Maidin sebagai tunggak merangsang orang Melayu kerana kalau orang lain yang diberikan latihan yang sama, mampu melaksanakannya?
Pemimpin UMNO Kehilangan Modal
Setiap kali Mahathir si Kepala Taik ataupun penjilatnya bercakap kepada orang Melayu mereka gunakan kisah Azhar Mansur dan Malik Maidin. Kenapa? Apakah itu pencapaian sebenar yang mesti dijadikan kayu-pengukur satu bangsa yang mesti maju? Apakah mereka tidak terfikir bahawa dengan melaungkan kisah ‘adventure’ dua insan ini kita Bangsa Melayu sebenarnya memperagakan kelemahan kepimpinan kita selama ini? Apakah kita tidak sedar, pemujaan peristiwa dua insan ini sebenarnya menonjolkan betapa lemahnya orang Melayu sebagai satu bangsa? Kenap tidak dipersoalkan sikap kerajaan memberi gelaran Datuk kepada Azhar dan malik Maidin, tetapi tidak pula memberikan gelaran yang sama kepada dua orang warga Malaysia kaum India yang berjaya menjejak kaki di puncak Everest? Begitu juga dengan bekas Pegawai Daerah Port Dickson (kini Pegawai Daerah Kuala Kangsar) yang berjaya mengayuh basikal mengelilingi dunia dan dianugerahkan bintang dan ‘datuk’ sedangkan si adik yang menjadi khadamnya tidak diberikan gelaran yang sama?
Kalau kita orang Melayu mahu teruskan penonjolan dua pencapaian dua orang ini, tanpa mengambil-kira pencapaian orang lain di negara ini yang membuat pencapaian yang lebih besar lagi, bererti kita tidak akan berupaya untuk maju dan bersaing di mana-mana era saingan di peringkat global.
Kita harus lihat apa yang sepatutnya dicapai dalam masa 22 tahun yang lalu dengan mengambil kira pencapaian negara lain yang lebih miskin daripada kita.
Beberapa minggu yang lalu Si Kepala Taik berbangga dengan pengeluaran mikrocip yang paling kecil di dunia. Teknologi sebenar cip itu ialah hasil ciptaan pakar-pakar Jepun. Ini bererti kita hanya mengeluarkan sahaja hasil kajian saintis Jepun. (Khabarnya teknologi yang sama sudah pun dijual kepada syarikat Amerika yang sudah pun mengeluarkannya).
Akan tetapi di Singapura, minggu lalu terbit satu berita bagaimana Genome Institute of Singapore telah berjaya menghasilkan satu cip elektronik yang mampu mengesan virus influenza, SARS, penyakit denggi dan pelbagai penyakit pernafasan yang lain secara serta-merta. Cip pengesan sebesar duit siling 50 sen akan dikeluarkan pada Januari depan. Air liur ataupun hingus boleh dititiskan kepada cip itu yang akan bertindak membuat analisisnya. (Sila baca www.smh.com.au/articles/2003/..)
- Kuasa Solar Yang Menjadi 20 Kali lebih Murah
Pada minggu yang lalu, ST Microelectronics, pembuat semiconductor Eropah yang terbesar, telah mengumumkan keupayaan mengeluarkan sel-sel suria (solar) yang akan menghasilkan kuasa elektrik daripada pancaran matahari. Syarikat Peranchis-Itali ini akan menggunakan peralatan organik seperti plastik untuk menghasilkan haba. Buat masa ini pengeluar sel-sel suria menggunakan silikon yang mahal harganya. Adalah dijangkakan sepanjang hayat 20- tahun sesuatu sel solar itu kos pengeluaran watt ialah sekitar 0.20 sen (USD) berbanding USD$4.00 masa kini.
Bayangkan kalau SECEBIS kos pembinaan Cyberjaya dapat diperuntukkan untuk projek sel suria ini, berapakah manfaatnya kepada rakyat negara ini dan manusia sejagat?
Rakyat marhaen tentu ingat majlis pelancaran Cyberjaya di mana lebih lima juta Ringgit dibazirkan untuk upacara sahaja, termasuk pembabitan Jacky Chan yang diterbangkan khas daripada Hollywood. Saya pernah menyindir majlis itu dulu dengan mengatakan sepatutnya ada beberapa perjanjian usahasama Cyberjaya dengan beberapa institusi penyelidikan luar negara untuk memajukan tempat itu. Sebaliknya apa yang sudah jadi kepada suku-sakat si Kepala Taik yang diamanahkan menerajui projek itu?
Projek Cyberjaya lingkup bersama dengan sejuta harapan si Kepala Taik. Dia fikir tanah yang luas dan belanja besar termasuk kehadiran Jacky Chan sudah mampu menarik minat orang asing buat filem di negara ini. Dia tidak fikirkan faktor lain seperti kos yang tinggi dan wang sogok yang perlu disediakan oleh pelabur asing kepada setiap tahap pembikinan projek di negara ini. Si Kepala Taik fikir Cyberjaya boleh dibangunkan dengan adanya pelbagai majlis membuat rekod kerja-kerja haprak untuk dimuatkan dalam Buku “Malaysia Boleh”.
Oleh kerana ketiadaan projek pelencong lain untuk mengelirukan rakyat, sejurus selesai Malik Maidin merentasi Terusan Inggeris, Mahathir si Kepala Taik memperteguhkan harapannya untuk menghantar manusia ke angkasa lepas. Sekali lagi para penjilat beliau mengulangi harapannya itu dengan ketegasan ia akan menjadi harapan. Mahathir fikir laungan itu akan meredakan kemarahan orang Melayu apabila Kementerian Pendidikan memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik.
Orang Melayu dan Angkasa raya.
Saya pernah menulis kisah manusia ke bulan dulu dengan menceritakan bagaimana Amerika telah menghantar monyet ke angkasa sebelum dikirim manusia ke sana. Beribu monyet menjalani penyelidikan di Houston Texas adalah monyet yang berasal daripada satu kawasan hutan simpan yang kini menjadi tapak Universiti Kebangsaan di Bangi. Kalaulah semasa projek menghantar monyet ke Amerika dijadikan iktibar untuk Mahathir si Kepala Taik melancarkan wawasan menghantar rakyat Malaysia ke angkasa, bolehlah kita menaruh harapan besar semacam itu, sekarang ini.
Kita telah diberitahu betapa China akan menghantar manusia ke angkasa pada Oktober 15. Keupayaan China ini adalah hasil persiapan yang dilakukan sejak lebih satu dekad yang lalu, untuk menjadi negara yang ketiga di dunia ini berjaya dengan projek itu. Projek “Shenzhou 5” akan dilancarkan pada Oktober 15.
Teknologi angkasa China telah dibangunkan oleh China sendirian. Shenzou (bererti pengangkutan rahsia) 5, seberat 8 tan akan mengelilingi bumi dengan membawa bersamanya beberapa benih tumbuhan seberat 2.2 paun untuk kajian. Buat masa ini tidak ada sesiapa yang tahu berapa ramai ‘taikonauts’ (ahli angkasawan Cina mengikut panggilan orang putih), yang mengambil bahagian dalam projek ini.
Yang nyata, projek China ini bermula hanya sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu si Kepala Taik kerap berulang-alik ke China, Jepun dan Korea. Kalau dikira belanja yang dibazirkannya selama 10 tahun berulang alik itu, sudah mencukupi memulakan projek menghantar rakyat Malaysia ke bulan, kerana sepuluh tahun dulu ramai pakar sains dan angkasa Russia yang beragama Islam yang sedang menganggur dan boleh kita ambil untuk menjadi pasukan pengasas projek ini di Malaysia.
- Bom Nuklear Indo-Pak
Semasa China sibuk dengan projek angkasawannya, India dan Pakistan sibuk dengan projek bom nuklear. Projek nuklear India itu bermula sejak 1946 lagi. Ketika itu Pandit Nehru ada menulis kepada Kabinet India: “Seandainya India tidak mampu menyediakan saintis yang berwibawa dan institusi sains yang terkini dengan banyaknya, India akan terus merupakan sebuah negara yang lemah yang tidak mampu memainkan peranan penting dalam setiap peperangan.”
Nehru menganggap kuasa nuklear “adalah sama tarafnya dengan prestij, kemajuan teknologi dan kebebasan daripada cengkaman penjajah”. Dia mahu India maju dengan projek nuklear untuk berada di benteng hadapan. Inisiatif Nehru telah diperkemas oleh Homi Jehangir Bhaba, bapa industri nuklear India dan diteruskan oleh seorang saintis Islam yang kini menjadi Presiden India.
Jehangir Bhaba memang memilih nuklear sebagai pilihan utama untuk menjamin keselamatan negara, lebih-lebih lagi selepas China meledakkan ujian nuklear pertama pada 1964. Babha pernah berkata: “untuk mencapai tahap cegahan mutlak, adalah penting untuk memiliki senjata nuklear. Kalau senjata itu sudah dimiliki, keupayaan pihak musuh menyerang kita tidak menjadi satu masalah lagi. Kedua, kalau bergantung kepada senjata konvensional, kemampuan hanya terhad kepada keupayaan mencegah semata-mata.”
Kemajuan India dalam industri nuklear telah disaingi oleh Pakistan walaupun negara itu miskin dan menghadapi banyak masalah sosial. BAHANG patriotisme di India dan China untuk memiliki senjata nuklear menular di Pakistan, walaupun negara itu kekurangan dana. Harapan untuk sama bersaing sekali gus melancarkan program mengeluarkan lebih ramai ahli matematik dan sains serta mereka yang mahir dalam bidang ICT. (Sayang Mahathir ditipu untuk memperlekehkan Pakistan dengan cara adanya sekolah agama rakyat sahaja).
Pakistan ternyata negara yang paling lambat antara China, India dan Pakistan untuk memulakan projek memiliki bom nuklear. Hari ini Pakistan dipercayai memiliki 150 butir peluru berpandu dan India sekitar 250 butir. Bayangkan bagaimana Pakistan berjaya melakukannya dalam tempoh masa 15 tahun sahaja. Sebaliknya 15 tahun dulu, Malaysia berada di puncak kekayaan dan kegemilangannya. Mana pergi semua dana itu dan kenapa kita tidak melancarkan satu projek menandingi negara yang miskin ini semua untuk bersaing dalam bidang yang sama?
Pada hari ini 8 Oktober 20003. Pakistan telah melancarkan satu missil yang mampu membawa nuklear. Missil yang diberi nama “Shaheen” itu adalah yang kedua dilancarkan dalam ujian dalam masa kurang daripada satu minggu.
Missil itu boleh membawa peluru nuklear dan mencapai jarak 700 kilometer (434 batu). Ini bererti ia mampu meledak di India. Pelancaran Shaheem dilaksanakan lima hari selepas Pakistan melancarkan peluru berpandu jarak pendek yang diberi nama Ghaznavi.
Bayangkan sendiri apa yang akan jadi kepada Pakistan dalam masa lima tahun lagi? Kita, orang Melayu di negara ini masih memikirkan bagaimana mahu meluaskan tapak projek LIMA di Langkawi. Tentunya untuk menampung kelengkapan nuklear bikinan Pakistan dan India dan mungkin juga Thailand, Filipina dan Indonesia. Negara berkenaan buat senjata canggih, kita adakan tapak pertunjukan dan berbangga dengan pelbagai MOU serta perjanjian jual-beli yang membabitkan harta dan wang ringgit rakyat jelata. Tanpa berita semacam itu sudah pasti LIMA patut bungkus lama dulu lagi.
Orang Melayu di bawah cengkaman Mahathir si Kepala Taik hanya taksub dengan perkara menunjuk-nunjuk seolah-olah kita hebat. Pergilah ke Putrajaya sekarang ini dan perhatikan bagaimana pekerja mendatang menurap jalan dengan berpayung kerana mahu menyiapkan projek sebelum perasmian OIC. Inilah juga jalan yang sama digunakan semasa perayaan Merdeka dahulu. Jalan itu hancur lebur dan terpaksa dibuat semula semata-mata untuk lawatan ketua negara OIC yang tidak menentu tiba ataupun tidak. Itu pun orang Melayu tidak sedar bahawasanya manusia merancang tetapi Allah merancang juga dengan berkesan. Bayangkan sekitar RM50 juta sudah lebur semasa jalan yang berturap dulu dikopek semula untuk diturap lagi. Berapakah kos subsidi SAR yang dihentikan oleh si Kepala Taik di seluruh negara?
- Projek Pesawat Pejuang China-Pakistan.
Dua bulan dahulu, si Kepala Taik dan Najib sibuk mengelilingi dunia untuk membeli pesawat perang yang menyaingi F-16 bikinan Amerika. Malahan sudah ada perjanjian jual-beli untuk mendapatkan kelengkapan bikinan Amerika. Ramai yang tertanya-tanya kenapa kita terburu-buru membeli itu semua, sedangkan si Kepala Taik sudah pun bersiap mahu bersara? Lagipun mana kita ada duit untuk membeli itu semua?
Kisah kerakusan pembelian itu dengan harga yang tinggi pernah ditulis dengan terperinci oleh Dr. Nologareng. Sebagai seorang doktor dalam angkatan tentera tentu dia amat arif dengan segala maklumat yang diterima dan dibacanya. Dr. No pernah memberikan angka pembelian oleh Malaysia yang begitu tinggi berbanding harga yang dibeli oleh India dan Indonesia. (Rujuk: Dr. Nologareng: SU-30MKM: Kenapa Harganya Jauh Berbeza? dan Pembelian SU-30MKM Suatu Yang Bijak?)
Rakyat marhaen masih tertanya kenapa? Sehingga kini tidak ada jawapan yang pasti kerana kekurangan maklumat mengenainya.
Akan tetapi, tanpa kita sedari, rupanya China dan Pakistan telah berjaya mengeluarkan pesawat perang yang meniru teknologi F16 dan mula memasarkannya dengan harga hanya sekitar 50 peratus harga jualan F-16. MasyaAllah.... dahsyatnya!!!! Di sinilah letaknya jawapan yang sebenar kenapa si Kepala Taik sibuk sakan mahu menandatangani pembelian pejuang perang itu semuanya.
Kalau projek bikinan China-Pakistan memerlukan harga belian yang lebih murah dan sudah tentu dimaklumkan harganya kepada kerajaan Malaysia, kenapa pula si Kepala Taik dan Najib terburu-buru menandatangani projek pembelian dengan kuasa lain?
Sumber yang saya percayai telah memberitahu betapa Cina pernah menawarkan penjualan Jet Xiao-Long ataupun Naga Berapi – FC-1 yang diusahakannya bersama Pakistan. Pesawat ini boleh menandingi keupayaan F-16. Tawaran telah diserahkan kepada negara asing untuk bekalan dibuat dua tahun lagi.
China telah membuat tawaran untuk memasarkan pejuang itu kepada negara di Timur Tengah, Afrika dan Amerika Selatan. Tentunya negara-negara Asean merupakan pelanggan yang mula-mula diberitahu akan perkara itu. Setiap jet pejuang diberikan harga jualan sekitar USD15 juta sahaja.
Keupayaan kombat Xiao Long ini dapat menandingi F-16 buatan Lockheed Martin dan harganya cuma setengah harga F-16.
Pesawat ujian sudah pun dilancarkan sejak Ogos 25.
Cuba kita bayangkan bagaimana China dan Pakistan boleh bersetuju untuk mengadakan usahasama dalam pembikinan jet pejuang ini. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan US500 juta untuk projek tersebut. Pembinaan dibuat di Chengdu Aircraft Group Corp dengan kerjasama China Aero Technology Import and Export Co.
Kita tahu si Kepala Taik kerap bertemu dengan Presiden Cina Xiang Ming. Malahan si Kepala Taik pernah digunakan oleh kerajaan Cina untuk memujuk Nelson Mandela agar tidak memberi muka kepada kerajaan Taiwan.
Bagaimanakah Malaysia boleh terlepas peluang membuat usahasama dengan Cina mengeluarkan jet pejuang sendiri? Bukankah projek semacam ini lebih baik dan berharga daripada memajukan Cyberjaya? Malaysia dan kerajaan si Kepala Taik tidak boleh berbohong lagi dengan mengatakan kita tidak tahu-menahu akan projek jet FC-1 China-Pakistan ini. Kalau satu ketika dulu Malaysia boleh berbangga melarikan bekas ketua komunis Melayu Shamsiah Fakih dan Musa Ahmad daripada tanah besar China, apakah sangat dengan maklumat China dan Pakistan membina jet pejuang bersama?
Jawapan sebenarnya akan kita dedahkan satu hari nanti.
- Siapa Sebenarnya Mengawal Minda Melayu?
Mahathir si Kepala Taik sudah mencengkam kuasa selama 22 tahun. Tinggal 22 hari sahaja lagi sebelum beliau berambus seperti yang dijanjikannya. Kalau diambil catatan sejarah dunia, hanya seorang sahaja pemimpin dunia DEMOKRASI yang telah mencengkam kuasa melebihi 22 tahun. Beliau ialah Pope John Paul II yang dikatakan gering sekarang ini dan diramalkan akan disuntik ubat agar beliau tidur selama-lamanya pada 8 Oktober 2003 (sila baca ramalan Sollog).
Selama Pope John Paul II memegang jawatannya sepanjang 25 tahun itu, beliau telah keluar melawat negara lain sebanyak 120 kali. Cuba kita bayangkan selama si Kepala Taik mencengkam kuasa berapa banyak kali beliau mengelilingi dunia dan bagaimanakah beliau boleh dibiarkan berbelanja lebih banyak daripada Pope John Paul II?
Pope John mengelilingi dunia dengan dana yang melambak kepunyaan Vatican. Belanja banyak itu adalah untuk pengangkutan dan keselamatan beliau, yang tidak pun menerima gaji bulanannya. Bayangkan berapa banyak perbelanjaan si Kepala Taik berhibur di merata dunia? Berapa banyak pula gaji dan imbuhan untuk dirinya dan untuk isterinya?
Memang ada pemimpin lain yang lebih lama mencengkam kuasa berbanding si Kepala Taik. Contohnya ialah Fidel Castro yang menyerlah di pentas dunia politik pada Januari 1959 lagi. Tetapi, Fidel Castro tidak menerima gaji dan dia tidak berpelesiran mengelilingi dunia. Walaupun negaranya miskin cuba adalah begitu ke hadapan dalam bidang sains dan perubatan.
Kalau kita ambil kira Wacana Minda Melayu yang digembar-gemburkan di akhbar dana media propaganda UMNO hari ini, kita sedar bahawa selama ini pemikiran Melayu itu telah dirobotkan seperti yang pernah saya tulis satu hari dulu “bagaimana UMNO merobotkan Orang Melayu”.
Kita akan sedar betapa pengrobotan minda Melayu itu telah dilakukan dengan liciknya oleh Yahudi yang berpangkalan di Singapura dengan sekongkolan Cina haprak yang menerima hasutan daripada gereja mereka. Inilah dua pengaruh besar yang telah meracuni Mahathir si Kepala Taik dan para pemimpin UMNO yang menjadi pembantunya. Pengaruh jijik ini hanya meresap masuk secara perlahan semasa Anwar Ibrahim masih menganggotai kabinet Mahathir. Akan tetapi, apabila Anwar dapat dicengkam dan dilebamkan matanya, pengaruh kotor ini bermaharajagila mempengaruhi Mahathir sehingga beliau berjaya menjadikan kabinet, parlimen, kehakiman, media dan majlis tertinggi UMNO sebagai alat kerakusannya.
Contoh yang paling baik bagaimana Cina haprak dapat menguasai UMNO dan Mahathir ialah kisah kerugian besar projek yang dikendalikan atas nama Tun Ghafar Baba. Begitu juga projek MARA semasa anaknya Tamrin Ghafar menjadi pengerusinya. Bagaimana mungkin Mahathir si Kepala Taik mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk menyelamatkan Ghafar daripada jatuh muflis? Mana perginya segala usahawan Cina yang memufliskan projek Ghafar Baba?
Fenomena kebankrapan Ghafar Baba disebabkan perniagaan adalah tidak jauh bezanya dengan fenomena Mirzan Mahathir dan adik-adiknya yang jatuh muflis dan diselamatkan oleh Mahathir juga. Lebih empat bilion telah disalahgunakan untuk menyelamatkan segala perniagaan anak-anak Mahathir, tidak termasuk menggunakan jentera dan institusi kerajaan untuk memudahkan segala kerja itu.
Contoh yang terbaik ialah projek perkapalan Mirzan yang diambil alih secara ‘lock-stock and barrel’ (semua sekali) oleh MISC-Petronas. Semua kapal Mirzan telah dibeli oleh MISC. Yang anehnya Mirzan diberikan pula kontrak mengangkut arang batu untuk kegunaan Tenaga Nasional. Adakah Mirzan menggunakan kapal negara ini? Tidak, dia gunakan kapal milik bangsa asing dan negara lain. Kenapa?
Sepatutnya Tenaga Nasional mensyaratkan dalam kontrak pengangkutan itu bahawa sesiapa yang menjadi kontraktor pengangkut mesti menggunakan kapal milik Malaysia.
Mirzan yang diselamatkan oleh Mahathir dengan menggunakan wang rakyat jelata, meninggalkan banyak kesan yang mendalam di kalangan orang Melayu yang membeli sahamnya. KWSP dan Tabung Haji memiliki saham Perkapalan Mirzan pada harga yang tinggi. Begitu juga dengan dana dan tabung amanah yang lain. Adakah Mirzan diisytiharkan muflis oleh kerajaan? Adakah sebarang tindakan mendapatkan semula wang pinjaman yang diberikan kepada anak-anak Mahathir semasa menyelamatkan mereka?
Apabila orang Melayu tidak lagi mampu berfikir akan perkara serius semacam ini, apakah wacana minda Melayu yang mesti dijana? Setakat berenang menyeberang Selat Melaka bolehlah......!
Marhaintua - 08.10.2003 (suntingan M@RHAEN)
Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN: Tapak Utama:http://marhaen.internations.net Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/ Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/ Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/ Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - https://e-umno.tripod.com/ |