SPR 'Suruhanjaya Pengkhianat Rakyat'
Alhamdulillah rabbul alamin, wabihi nasta'in; wassolatu wassalamu ala rasulillah wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Wa ba'd..

Maka dengan rasminya peraduan untuk merebut kepimpinan negara Malaysia ini telah dimulakan. Inilah demokrasi yang diamalkan dengan hapraknya oleh
juak-juak AMENO musibat! AMENO dulu haram sudah, AMENO kini haram jadah!!!! Apa jenis demokrasikah di mana pilihan raya diadakan dalam masa 2 minggu! atau secara tekniknya, 1 minggu sahaja selepas hari penamaan? Di India, di Indonesia, antara 2 demokrasi terbesar di dunia, tarikh pilihan raya diumumkan jauh lebih awal bagi kesemua peserta membuat persiapan. Tak usah mimpilah nak jadi Amerika! Di sana, Kerry sedang membuat persiapan untuk menentang Bush dalam masa LAPAN BULAN dari sekarang. Di Darul Boleh, AMENO siang malam membantai pembangkang dalam TV, akhbar dsb tanpa sedikit ruang pun untuk PAS, Keadilan atau DAP membela diri, jauh sekali untuk berkempen menerangkan perjuangan dan kebaikan mereka berbanding AMENO dan kuncu-kuncu dacing mereka.

Apa jenis pilihan raya kalau kempen tidak dibenarkan, ceramah umum tidak dibenarkan? Hatta ceramah harus diperolehi permitnya terlebih dahulu
dari komponen terbaru Barisan Najis yang berlambangkan dacing bengkok lantaran sarat dengan najis Polis DR Mahathir. Itu pun kalau diluluskan. Kalau tiada 'mass rally' maka apakah jenis pilihan raya UMUM yang kita berhadapan ini? Baik tak usah adakan pilihan raya. Kita sebenarnya lebih kurang sama taraf dengan Zimbabwe dan si Mugabe nya. Kita telah penuh berharap agar Norian lebih baik dari Rahim! Alahai tidak juga kesampaian. Demikian juga agar Bakri lebih baik dari Norian! Alahai, tak usah harap la!!!! Mereka semua berasal dari kawah yang sama. Selagi kepala ikan busuk, nescaya ekor turut busuk. Oleh yang demikian, marilah kira cari ikan yang lebih segar untuk dimakan daripada terus menerus hidup makan ikan busuk.

Ingatlah! Malaysia masih lagi di tangan pengaruh musibat pengkhianat Melayu yang bernama Mahathir Keling Kutty. Kalau saudara-saudari sekalian memandu di Federal Highway dari petaling Jaya ke arah Kuala Lumpur, pasti akan ternampak poster besar oleh syarikat simen Perancis Lafarge dengan gambar musibat tersebut menjulang tangan. Poster itu terletak dekat dengan Megamall Mid Valley selepas Angkasapuri! cumanya kita ingin mengolah sedikit perkataan yang tertera di atas poster tersebut! DI BUMI BERTUAH INI, NAMAMU DISUMPAH SERANAH, wahai haram jadah Mahathir Kutty.

Atas pengaruh haram jadah inilah, SPR dipengaruhi agar membatalkan kelayakan Ezam Nor, Azmin Ali dan Irene Fernandes! di manakah tempat rakyat boleh merayu di negara bertuah ini? Mahkamah sudah lama tidak diyakini rakyat. Kalau pun ada yang ingin merayu, hanya sekadar suatu 'formality' agar tidak mempersia-siakan ruang kehakiman yang masih ada. Akan tetapi untuk apa? Tengok sajalah kes Anwar Ibrahim. Apakah mungkin mahkamah memberi keputusan yang adil kepada ahli parti keadilan? SPR sendiri adalah suatu institusi yang sudah corrupt! Pengerusinya sendiri sudah digula-gulakan dengan gelaran Tan Sri agar memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada AMENO. Walhal, Harun Din, bekas pengerusi SPR hanya bergelar 'datuk' saja. Rashid bahlul ni lah yang mengatakan kempen pilihan raya hanya LAPAN HARI agar keamanan dapat dipelihara. Come on, Rashid. Are you insulting our intelligence? So, how much did you get paid to arrange for an 8-day campaign period, huh Rashid?

Rashid anak Deraman telah berkata bahawa SPR akan bertindak tegas kepada mana-mana parti yang menjanjikan syurga kepada pengundi yang memberi undi kepada parti tersebut. Kata Rashid, ibunya sendiri telah 'termakan janji' tersebut dan oleh yang demikian, amalan tersebut harus dihentikan. Kita ingin beri sedikit penerangan kepada Rashid yang jahil tu! Alhamdulillah, ibu Tuan Pengerusi tu seorang wanita mukmin yang 'reti bahasa', bukannya macam anak dia yang tak sedar diri tu. Sia-sia belajar tinggi tapi perkara asas Islam pun masih tak reti! Rashid, sebagai Pengerusi SPR, kita nak tanya sikit la, Tuan Pengerusi ni beragama apa? Kalau jawapan Tuan (maaflah, kita semua enggan panggil Tuan dengan pangkat Tan Sri sebab kita semua tau Tuan sebenarnya tak layak dapat pingat PSM tu.. Sememangnya di zaman pemerintahan laknatullah Kutty Mahathir, ramai lagi bangsat yang sanggup jual badan semata-mata kesenangan dunia) adalah Islam, maka Tuan ni orang yang fasiq.

Tak payahlah kita berhujah panjang fasal bab syurga ni, Rashid, cuba tanya ibu Tuan, parti mana yang ingin menegakkan hukum Allah swt di bumi Malaysia ini? Parti Keris ke Parti Bulan? Apakah janji Allah swt terhadap hambaNya yang berjuang di jalan Allah? Dan apakah janji Allah terhadap hamba-hambaNya yang sanggup mati di jalanNya? Nescaya ibu Tuan akan mengatakan bukan parti pemerintah yang ada hari ini. Bukankah Allah menjanjikan syurga sebagai balasan kepada sesiapa yang berjuang untuk dan ke arah melaksanakan hukum Allah? Oleh itu Rashid, janganlah celupar sangat mulut tu nak dakwa itu dan nak dakwa ini walhal kita semua tau Tuan hanyalah kuda tunggangan parti bangsat AMENO. Kalau betullah nak menentang orang dari parti bulan, keluarlah dari SPR tu dan masuk bertanding secara gentleman atau pun mohonlah agar SPR menjadi komponen Barisan Najis yang terbaru.

Aqulu qauli haza wassollalohu ala Muhammad wa ala alihi wabarik
wassalam, walhamdulillahi rabbul alamin..

Marhainmuda, 15 Muharam 2003 - 07.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN