Zin Mahmud gelabah dan keliru
Kini Baru Kau Sedar....
Oleh: marhaen2k (Dipetik drp marhaen2k tblog)
Kolumn 'Pada Hemat Saya' tulisan ZIN MAHMUD (Wartawan Utusan) mencerminkan keseluruhan watak dan sikap segelintir orang Melayu yang keliru dan sebagai penulis veteran di akhbar arus perdana, beliau juga menyumbang kepada kekeliruan.

Dalam artikel "Cukup dengan sistem pendidikan kebangsaan", sebagai respon terhadap gesaan PM baru baru ini dalam usaha menambah "nilai" Islam ke dalam aspek pendidikan, memang ia merupakan satu pernyataan betapa kelirunya hala tuju dasar pendidikan selama ini.

Dilemma yang menghantui para penggubal dasar tidak berani disentuhnya. Sebaliknya beliau meletakkan kekeliruan atau dilemma itu kepada para ibu bapa. Tambahan masa untuk pengajian ilmu dengan subjek-subjek agama tambahan dilihat sebagai satu halangan yang menafikan para pelajar kepada "aktiviti-aktiviti lain".

Dalam gelabahnya mencari punca beliau bertanya,"Bilakah masanya mereka dapat mengulang kaji pelajaran sekolah kebangsaan mereka. Sudah tentu anak-anak ini sudah keletihan setelah belajar pagi di sekolah kebangsaan, petang di sekolah agama dan mengaji al-Quran selepas maghrib."

Intipati kepada keseluruhan kekeliruan Zin Mahmud terkandung di dalam keluhannya,

"Sedangkan hakikatnya dalam sistem pendidikan kebangsaan, sudah ada mata pelajaran agama Islam. Tetapi mengapakah ibu bapa Islam masih menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama petang?"

Hakikatnya, bukan setakat mata pelajaran agama Islam sahaja, malah terhadap mata pelajaran seperti Matematik dan Sains juga, ibu bapa sanggup menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tambahan. Kenapa tidak dipersoalkan yang ini? Ia menjadi masalah hanya bila melibatkan pelajaran agama? Rata-rata ibu bapa telah melihat betapa merosotnya mutu pendidikan sekolah kebangsaan, justeru mereka melihat ke luar dan mencari jalan sendiri. Lihat apa yang berlaku terhadap sistem pendidikan bahasa, tidak kira bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Arus perkembangan pendidikan kedua-dua bahasa ini punah-ranah akibat dijadikan bola politik. Kini PM baru muncul dengan gesaan baru tanpa sedikit pun perancangan mau mewajibkan bahasa Arab. Tidak salah apa bahasa pun jika mau dimajukan, tetapi yang menambah kepada kekusutan dan kerosotnya sistem pendidikan kebangsaan ialah sikap menukar-nukar dasar mengikut kehendak dan selera politik semasa.

Zaman Mahathir, bahasa Inggeris. Datang Pak Lah bahasa Arab, selepas ini apa pula? Sarjana dan cendekiawan pendidikan diam membisu, merelakan bidang pendidikan dipermain-mainkan oleh para politikus. Majukah kita selama ini dengan 'go-ahead-go-astern (gostan)' begini?

- marhaen2k - 27.12.2003. Anda boleh memberikan komen tambahan di tblok marhaen2k di sini. (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Sertailah Kumpulan M@RHAEN