JanaMinda: Sinergi Antara Laman M@RHAEN, M@rhaenPortal & GOBLOK
Ke arah Memaklumatkan Rakyat Marhaen
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Para Pengunjung Setia,Peristiwa hitam yang menyelubungi negara sejak akhir September 1998 sebenarnya banyak membawa hikmah yang tidak pernah terfikir sebelum itu. Rentetan pelbagai peristiwa yang berlaku banyak menyentap minda dan fikiran. Ohh begitu... Patutlah... Tak sangka begitu... adalah antara ungkapan yang lahir melalui pertuturan ataupun yang berlegar-legar di minda. Tetapi yang pastinya, ia menyentak minda-minda yang selama ini berada di alam
1) A weblog (sometimes shortened to blog or written as "web log" or "Weblog") is a Web site of personal or non-commercial origin that uses a dated log format that is updated on a daily or very frequent basis with new information about a particular subject or range of subjects. The information can be written by the site owner, gleaned from other Web sites or other sources, or contributed by users.
A weblog often has the quality of being a kind of "log of our times" from a particular point-of-view. Generally, weblogs are devoted to one or several subjects or themes, usually of topical interest, and, in general, can be thought of as developing commentaries, individual or collective on their particular themes. A weblog may consist of the recorded ideas of an individual (a sort of diary) or be a complex collaboration open to anyone. Most of the latter are moderated discussions.Since there are a number of variations on this idea and new variations can easily be invented, the meaning of this term is apt to gather additional connotations with time. Currently, the most popular weblog is Slashdot.org, the product of programmer and graphic artist Rob Malden and several colleagues. Slashdot.org carries discussion threads on many subjects including: Money, Quake (the game), Netscape, Sun Microsystems, Hardware, and Linux. Slashdot.org solicits and posts interesting stories reported by contributors, includes a link to the story, and manages the threads of the ensuing discussion by other users. Another well-known weblog is Jorn Barger's Robot Wisdom Log, which is more of collection of daily highlights from other Web sites. Jessamyn West's librarian.net is a daily log of items interesting to librarians and possibly others, too.
As a format and content approach for a Web site, the weblog seems popular because the viewer knows that something changes every day, there is a personal (rather than bland commercial) point-of-view, and, on some sites, there is an opportunity to collaborate or respond with the Web site and its participants.
Marhaenportal wujud untuk memberi peluang kepada pembaca menilai sudut pandangan dan pendapat mengenai ehwal semasa dari pelbagai aspek dan berusaha untuk menggalakkan pemikiran baru mencerakinkan sebab-akibat sesuatu peristiwa itu berlaku atau dilaporkan.
Latar dan Senario Kewujudan: Marhaenportal diwujudkan hasil ilham dari Laman Marhaen. Portal atau laman web ini bertujuan membuka luas tingkap-tingkap yang tertutup. Tingkap simbolik ini bukanlah satu-satunya tingkap untuk mengenali dunia, tetapi ia direka demikian rupa untuk membolehkan para pembaca satu perspektif yang tidak mampu diberikan oleh media arus perdana yang wujud semata-mata sebagai tukang canang mempertahankan status quo. Pandangan yang menguasai arus perdana seringkali disendengkan untuk memperkukuhkan nilai, tradisi dan amalan budaya sesuatu rejim. Sudut pandangan yang dominan ini pula berperanan memperkukuhkan pelbagai mitos, putarbelit dan kerangka logika terbalik sebagai pendinding terhadap serangan serangan yang menuntut reformasi dalam pelbagai sudut.
Peranan media/akhbar dari jejak-jejak sejarah acapkali dipergunakan untuk menyokong, memuja dan melonjak para Penguasa yang sentiasa diperlihatkan sebagai sentiasa dipihak yang benar kerana penguasaan mereka keatas sumber sumber kewangan, kuasa tentera dan polis. Apa yang keluar dari mulut mereka adalah "kebenaran". Inilah yang kita takrifkan sebagai resam DUNIA
Walaupun demikian, akhbar juga adakalanya berperanan memperbaiki ehwal kehidupan manusia. Unsur unsur progresif dari dunia kewartawanan telah mengilhamkan kami merumuskan sudut pandangan yang berbeza untuk melihat gelagat status quo. Minat ke arah membaca, menulis dan berfikir adalah salah satu pencapaian yang cukup memuaskan kami. Media internet kami gunakan untuk menyokong kemajuan sosial di samping mencabar amalan dan fikiran lapok yang merugikan. Sasaran pembaca kami adalah insan insan yang yakin dengan kemampuan mereka menilai pelbagai percanggahan maklumat dari pelbagai sumber dan kemampuan mereka merumuskan pendapat masing masing secara rasional. Setiap pandangan alternatif yang dipaparkan di sini bukanlah sesuatu yang muktamad kebenarannya. Itu hak Allah. Bezanya, akhbar atau media arus perdana saban hari bukan berusaha meningkatkan taraf keprofesionalan mereka melainkan mengulangi idea-idea basi dan berperanan sebagai barua. Marhaenportal, seperti juga Laman M@rhaen tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
Laman ini tidak mampu untuk memberikan segala jawapan kepada setiap persoalan. Kami hanya berusaha mencari keseimbangan, memfokus kepada peristiwa dan hujahan mengenai pelbagai fenomena dunia dan tempatan untuk melonjak pemikiran yang lebih kritikal tanpa memperbodohkan pembaca sepertimana yang dilakukan oleh media arus perdana nasional. Jaya atau gagal usaha kami terletak kepada anda. Berikanlah komen dan maklumbalas terhadap apa saja artikel yan dipaparkan.
Sebarang maklumbalas, negatif atau positif amat dialu alukan.
WebAdmin M@RHAENPortal - 07.10.2003
http://marhaen.portal.dk3.com/
Poll MarhaenPortal: Apakah Persepsi Anda Terhadap Abdullah Badawi? Berikan undi anda.
Anda juga dialu-alukan mendaftar sebagai warga MarhaenPortal dan memberikan maklum-balas kepada semua bahan yang diterbitkan di situ.
Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - https://e-umno.tripod.com/
![]()