ARTIKEL PILIHAN DRP MALAYSIA TODAY
Azizah Memaling Muka, Minta RO Nasihat Pirdaus
Malaysia Today: Ahad, 26 September 2004 02:52 AM

Oleh Zulkifli Mohamed

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi sebelum ini, telah ditunjukkan aksi Pirdaus menyepak peti undi, oleh Siti Asmah Salleh, Penolong Pengurus Pilihan raya Permatang Pauh dan Tuan Haji Rahim Saleh, Pengarah SPR Pulau Pinang.

Sementara itu, Datin Seri Dr. Azizah pula memaklumkan bahawa beliau telah memalingkan muka, tidak mahu melihat Pirdaus bertindak demikian kerana perbuatan itu boleh menjejaskan imej Pirdaus. Namun, Azizah telah menegur perbuatan Pirdaus melalui Muzamin Mustak, Pengurus Pilihan Raya Permatang Pauh ( RO ).

KAMARUDDIN: Datuk Pirdaus lari naik ke pentas, ( malam 21 Mac ) macam mana Datin Seri tahu?

AZIZAH: Wakil calon saya, Hajah Che Wa, ( yang ada ketika itu ) memaklumkan bahawa Pirdaus naik ke pentas sebanyak 2 kali tanpa diundang.

KAMARUDDIN: Ada mengatakan ada peti undi yang tidak ber’seal’. Apabila Datin Seri kata, kertas undi Parlimen Permatang Pauh tidak diusik, adakah kertas undi ada di dalam sampul atau di luar sampul?

AZIZAH: Di dalam sampul.

KAMARUDDIN: Warna apa?

AZIZAH: Kuning. ( mahkamah ditunjukkan contoh sampul bewarna kuning )

KAMARUDDIN: Sampul itu susah dibuka?

AZIZAH: Ya, jika ia sudah dibuka terpaksa guna sampul lain, kerana melekat kuat.

KAMARUDDIN: Maksudnya sampul itu kena potong?

AZIZAH: Ya.

KAMARUDDIN: Adakah itu yang dimaksudkan sampul tidak berusik?

AZIZAH: Ya.

KAMARUDDIN: Macam mana Datin Seri masuk dewan?

AZIZAH: Saya tidak masuk bersama RO, mereka masuk dulu.

KAMARUDDIN: Bila Datin Seri masuk, adakah pergi melihat peti-peti undi?

AZIZAH: Tidak, cuma selepas kami dijemput oleh RO melihat peti undi yang ditinggalkan sejak semalam.

KAMARUDDIN: Adakah di atas pentas, terdapat tali kuning direntang?

AZIZAH: Ya

KAMARUDDIN: Datuk Pirdaus ada sama di atas pentas?

AZIZAH: Ya, Datuk Pirdaus pergi mengambil sampul dan tanya RO, ni apa ni? Pada masa itu, saya kata, biarlah pegawai SPR yang kendalikan apa-apa yang berkenaan tentang peti undi.

KAMARUDDIN: Selain daripada itu, apa lagi yang dilakukan Datuk Pirdaus.

AZIZAH: [Ketika ini Azizah kelihatan tidak mahu menjawab soalan] Tidak mengapa, biarlah. Perbuatan Datuk Pirdaus boleh menjejaskan imej beliau.

KAMARUDDIN: Tidak boleh, ini mahkamah, Datin Seri kena menceritakan keadaan sebenarnya.

AZIZAH: [Diam sejenak] Saya nampak Datuk Pirdaus mencekak pinggang, mengambil sampul dan mencampak ke tepi. Saya tegur, melalui RO, tidak eloklah buat begitu, ini boleh menjejaskan imej beliau.

KAMARUDDIN: RO ada memberi keterangan sebelum ini, Datuk Pirdaus juga ada menyepak peti undi.

AZIZAH: Saya pandang ke lain, ( sambil memalingkan mukanya) Saya tidak mahu melihat apa yang dibuat oleh Datuk Pirdaus, kerana perbuatan ini boleh menjejaskan imej beliau sebagai seorang yang dihormati.

KAMARUDDIN: RO kata, Datuk Pirdaus agresif dalam dewan, tunjuk sana, tunjuk sini, ada dilihat menuding jari kepada RO ?

AZIZAH: Ada, Yang Arif, Datuk Pirdaus tinggikan suara, membantah apa yang berlaku.

KAMARUDDIN: Masa kiraan semula, boleh ceritakan bagaimana proses kiraan berjalan ?

[ Datin Seri Dr. Wan Azizah seterusnya menceritakan proses kiraan semula diadakan ]

KAMARUDDIN : Sebagai calon, adakah Datin Seri berpuas hati dengan proses kiraan semula?

AZIZAH: Saya berpuashati, saya merasakan RO telah menjalankan tugasnya dengan baik dan lancar.

Sesi soal jawab seterusnya, dilakukan oleh Peguam Azizah, Christoper Fernando. Perbicaraan telah dijalankan di hadapan Hakim Datuk Hassan Lah.

Kiriman Mat Sepai
Siaran - 12.10.2004 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: