DENGARLAH…….. KELUHAN GURU:
KHAS BUAT HISHAM DAN “dr” M. MOHAMAD KHIR
Kiirman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi (Mahazalim Two)
Dengarlah rintihan guru

Bukan hentam tak menentu
Jangan asyik salah guru
Ikutlah resam  kementerian kesihatan tu.

Nak kata cikgu salah bila murid jadi hantu,
Datang dari rumah itulah penentu
Jangan lah salah pada guru
Semak-semaklah masalah guru

Dua menteri pelajaran pun macam hantu
Cikgu pun rasa malu
Seorang pegang botol cap kepala hantu
Seorang lagi pula dapat title “DR” hantu.
Itu pun tak mengaku.

Nasib baik MalaysiaKini bagi tahu
Kalau tidak satu Malaysia kena tipu.
Itulah dia kaki rasuah bagi tahu,
Gua cakap sama lu.
Kena amaran rasuah takkan tak tahu.

Nak salah cikgu murid ponteng,
Bukan kerja menteri nak melenting
Kerja guru bukan main conteng
Kerja menteri semak apa yang penting.

Kerja guru macam kerani,
Bukan sekadar ngajar tapi kursus sana sini.
Punca ponteng cikgu kursus tak henti-henti,
Guru tak ada dalam kelas, tak ada guru yang nak ganti.

Buat kursus setiap hujung tahun,
Semak sukatan, kursus JU, kursus bertimbun-timbun,
Elaun tak dapat tak kisah pun
Khidmat pada rakyat itu lah yang di pulun.

Cuba lihat elaun kerja kakitangan lain,
Dari elaun cuci seluaq sampai elaun cuci kain,
Cikgu jadi kerani haram  menteri nak salin,
Buat kerja lain dari ngajar, selalu cikgu komplain.

Kesatuan NUTP pun satu punya macam,
Dulu SSB tak mahu, kini SSM pula nak hentam,
Orang suruh semak betul-betul masih tak faham-faham
Bila kena baru la nak geram.

5 tahun dulu katanya nak sediakan kerani khas,
Tujuan kerja buat kutip yuran khas
Untuk kurangkan guru punya tugas
Sampai hari ni, bayang tak nampak , langsung tak ada bekas.

Kerja guru jadi macam pencacai,
Bukan kena ngajar tapi kerja kena bedai,
Nak ngajar ka atau nak kerja macam keldai
Semak sana sini, fail timbun-timbun, kutip duit,malah macam buka kedai.

Malangnya guru sepatutnya ngajar,
Itu matlamat utama bukannya buat kerja sebenar
Kerja macam kerani, sepatutnya ngajar
Inilah nasib guru terhadap pelajar

Ikutlah resam kementerian kesihatan,
Doc & nurse buat salah backing sakan,
Tak salahkan kakitangan,
Membela tradisi kementerian kesihatan.

Macam mana orang nak hormat guru,
Menteri cakap merapu dan melulu,
Buat kajian terlebih dahulu,
Nak cari popular bukan macam tu.

Menteri pun tak ngaji tinggi mana,
Buat andaian ikut sedap kata,
Nak kata cerdik ,pun tak patut juga,
Cakap macam orang yang tak berguna

Wahi cikgu, dah masa dah Malaysia kita,
Mai  ramai-ramai pakat pegang bendera,
Kita tuntut apa hak kita, kerja kita, elaun kita,
Kita kerja bukan untuk depa,

Nak harap Hishamuddin bela kita kaum guru,
Jauh panggang dari abu,
Dia mana tahu,
Anak menteri bukan cikgu tak tahu,
Mana dia mampu tangani anak-anak kita yang dibelenggu,

Mana dia pernah susah,
Dari sekolah rendah sampai menengah,
Nak tahu masalah rakyat memanglah payah,
Tak ada pembaharuan pun dalam kementerian yang sudah-sudah.

Malang-oh malang guru Malaysia,
Jadi kerani sepanjang masa,
Kerja ngajar hanyalah  seketika,
Kerja kerani itulah budayanya.

Wahai “dr” mahathir mohd khir,
Banyaklah buat kerja serta berfikir,
Wahai hishamuddin Tun Hussein,
Janganlah banyak komplain.
AKAI ADA KA INI DUA EKOQ MENTERI INSANE.

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 17.10.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: