KEADILAN UNTUK ANWAR YANG TELAH DIKETAHUI KEPUTUSANNYA
Kiirman: Wartawan Reformasi Nasional
Saya terpanggil untuk menjawab permintaan saudara bahawa antara Mahathir Mohamed dan Abdullah Badawi cuma ada beberapa perbezaan sahaja yang membezakan mereka. Jika Mahathir Mohamed menjawab segala kritikannya di Televisyen, Abdullah Ahmad pula berdiam diri. Manakala dari segi nepotisme pula Mahathir diam membisu bila disentuh anak beliau dan menjawab lantang, Abdullah pula diam membisu. Mahathir Mohamed pula tidak menonjolkan anak-pinak beliau di persada akhbar melainkan di dedahkan, Abdullah dengan berani mendedahkannya melalui akhbar, misalnya Kamaluddin antara yang terkaya di Malaysia, dan menantu beliau pula sudah menjadi senior eksekutif di Khazanah Nasional.

Nampaknya tak banyak perbezaan antara keduanya. bagaimana generasi muda dan orang Melayu akan menghormati UMNo. UMNO semua bangsa Melayu faham, bahawa sebuah parti besar dan hebat dengan mempunyai aset yang besar. namun UMNO mempunyai pengaruh yang kecil di kalangan orang Melayu. Kemenangan pilihan raya baru-baru ini bukannya membuktikan kekuatan sebenar UMNO. Jika pilihan raya ini dijalankan tanpa persempadanan semula dan tanpa bantuan SPR dan JPN, UMNO akan kehilangan sebuah lagi negeri iaitu Kedah atau Perlis dan menambah beberapa lagi DUN serta Parlimen di negeri Selangor dan Pahang.

Kemenangan ini dan bukti-bukti yang ditunjukkan dalam data-data melalui Internet misalnya membuktikan UMNO bukan sebuah parti yang kukuh. Jika inilah caranya pentadbiran, maka saya jangkakan UMNO akan menghadapi beberapa lagi krisis. Kes DSAI misalnya walau telah 2 kali pilihan raya, isu kekejaman ke atas beliau sering kali disebut-sebut oleh Barisan Alternatif, dan alasan pihak Kerajaan pula isu DSAI telah luput. Jika luput, mengapa diperam beliau begitu lama dan menafikan hak perubatan beliau. Bawalah ribuan polis dan askar dan hantarlah beliau ke Jerman bersama-sama bagi beliau mendapatkan rawatan. Apa yang susah sangat. Selesailah isu DSAI. Namun pendekatan kerajaan lain. Lagi diperam, bukannya isu ini akan hilang, malah bertambah.

Buatlah kajian, jenguklah sehingga ke akar umbi, tanyalah orang Melayu yang bukan penyokong UMNO. Jika diperam, adakah panglima perang beliau akan berdiam diri. Ezam, Tian Chua, Azmin, Dr Rahim Ghause dan banyak lagi para pengikut beliau akan bekerja keras di luar negara membantu kempen beliau. Sekarang zaman diam membisu bukan bermakna mereka sudah hilang pengaruh, saya kira tidak, cuma pendekatan agak berlainan di ketika zaman Mahathir Mohamed. Cuba kaji kenapa Tun Mahathir berhenti, pada hal beliau masih kuat, Pengerusi, Proton, Petronas, LADA, malah berbagai-bagai lagi pengerusi, yang membuktikan beliau masih bergeliga dan bertenaga. Beliau bukan seorang bekas PM yang sudah hilang bisa. Cuma tekanan kes DSAI di peringkat antarabangsa yang membuatkan beliau terkilan. Manakan tidak, setiap kali lakukan lawatan ke Barat balik-balik kes itu yang ditanya wartawan Barat bukannya macam wartawan akhbar Malaysia, yang ada Astro jenguklah berita luar, bagaimana Rumsfeld jawab kes tahanan Iraq, berpeluh dan disiarkan di seluruh dunia.

Berbalik kepada perbicaraan terakhir beliau pada 10 Mei ini, saya kira ramai penyokong dan rakyat dah tahu dan buat-buat tak kisah. Bukan kerana tak mahu ambil tahu, tapi bila ditanya, semua akan jawab, Uuuuummmmmmppppphhhhh...... mana UMNO berani bebaskan Anwar. Nanti jatuh yang ada di atas sana tu. Itu jawapan yang orang Melayu akan kata. Takkanlah pemimpin tak fikir perkara ini. Sehinggakan ICJ, IPU, IBA International. Internasional Justice nak hantar wakil, bukannya para hakim kebangsaan, tapi peringkat internasional nak hantar wakil, takkan hakim-hakim Malaysia ni tak terasa kecilnya badan kehakiman negara. Takkan Pak Menteri mendabik dada nak cakap soal keadilan sedangkan yang terpenjara, diketahui badan kehakiman dunia.

Bila rakyat cakap, dengarlah dan ambil buat perhitungan. Bukannya perhitungan hanya untuk kepentingan politik semata-mata. Dengarlah supaya negara kita aman dan tenteram sentiasa. Dengar dan buatlah seribu satu falaq atau ramalan, namun harus kita ingat keadilan akan tetap terlaksana juga, mungkin bukan sekarang tapi tidak jauh. Jangan jadi tidak popular kerana nasihat sedikit para jongos yang sedang berkerumun mendapatkan keuntungan peribadi. Biar popular di kalangan rakyat terbanyak. Jangan popular dalam kepompong sendiri dan akhirnya syok sendiri. Bukankah isu Anwar dah hilang dan UMNO sudah dapat apa yang dihajatinya? Apa ada pada Anwar?? Ini persoalan orang Melayu sekarang. Jenguk-jenguklah ke kampung.. dan tanya khabar....

Kiriman: Wartawan Reformasi Nasional  - 08.04.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

.

Sertai Maillist M@RHAEN