Imam duit tersungkur di Parlimen Permatang Pauh. Dapatkan CD di hari penamaan calon
Anwar Masih Bernafas Dalam Parlimen
Kiirman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Imam duit tersungkur dengan pengiraan sebanyak 5 kali bagi membuktikan kemenangan Datin Seri Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh. Sebenarnya maklumat kemenangan telah dikeluarkan sejak malam pilihan raya dengan kelebihan 460 undi, namun terdapat bantahan dari pihak Barisan Nasional , maka kerana itu pengiraan undi dilanjutkan sehingga 5 kali sehingga jam 6 petang semalam. Maka keputusan 590 undi dikira satu kemenangan menentang perancangan jahat SPR.

Keraguan kemenangan di DUN Penanti juga menjadi tanda tanya kerana dari cula yang telah di lakukan menunjukkan kemenangan yang hampir sama seperti tahun 1999.Namun keadaan sebaliknya berlaku. Terdapat beberapa keraguan, misalnya ada maklumat dan bukti di mana sebuah rumah mempunyai hampir 7 pengundi sedangkan undi sebenarnya hanyalah 4 orang.

Walau bagaimanapun kemenangan ini bukanlah menjadi satu kebangaan. Cuma ianya menunjukkan bahawa nafas Anwar masih berada di Parlimen. Inilah kawasan yang hendak di hapuskan 100% di Bumi Malaysia ini setelah Hj Hadi tersingkir. Cuma caranya masih tidak menjadi dengan izin Tuhan. Jika negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah berjaya dibolosi oleh Suruhanjaya Pilihan Hanturaya, maka, maka Permatang Pauh masih bertahan.

Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Ini adalah kerana SPR memainkan peranan yang cukup berbisa bagi menghentikan merebaknya pengaruh PAS dan KeADILan di beberapa negeri lain.

1. Jika Terengganu dan Kelantan kekal, begitu juga Kedah jatuh sebagaimana bancian dan ramalan Barisan Alternatif, maka ianya akan merebak ke Selangor, Pahang, dan Perlis, juga Perak. Maka kerana itu, satu pakatan telah diatur untuk memusnahkan Terengganu, dan Kelantan dan dalam masa yang sama kekuatan di Kedah harus juga disekat dan dihancurkan. Jika ini tidak berlaku, maka perkara seperti di atas akan merebak.

2. Abdullah Badawi bukanlah calang-calang orang. Khairuddin (menantu Abdullah) sebagaimana sedia maklum adalah orang di sebalik tadbir yang merancang segala bentuk “KEADAAN YANG TERDAPAT DALAM DATA SPR.”

Kemenangan ini harus dijadikan pengajaran kepada Barisan Alternatif. Sokongan sahaja tidak semestinya menjadi jika musuh memegang “kunci”. Maka kerana itulah “kunci” itu harus diuraikan dengan apa cara sekali pun.

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi  - 22.03.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

.

Sertai Maillist M@RHAEN