Ribuan sukarelawan anak tempatan hadir
Pesta Dan Perang Bendera Bermula Hebat 
Di Hadapan UiTM Permatang Pauh

Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
UiTM Permatang Pauh menjadi medan perang poster sehingga pagi ini sebelum ketibaan Imam Dollah untuk memulakan kempen dan penamaan calon bagi calon UMNO Permatang Pauh. Perang bermula dengan kibaran bendera parti karat baghdad UMNo dan Kati senget yang mula di pasang sejak pagi semalam.

Namun pihak Barisan Alternatif juga tidak mahu ketinggalan bagi menyatakan pendirian bahawa Permatang Pauh tetap akan kekal di tangan Barisan Alternatif. Pihak Barisan Nasional menggunakan jentera kren bagi menaikkan bendera dan para jonggos upahan bagi memasang bendera yang terpaksa diimport dari kepala Batas. Namun bagi Barisan Alternatif pemasangan bendera di lakukan sendiri oleh anak tempatan. Inilah pebezaan ketara yang terdapat di Permatang Pauh.

Jika RTM menyiarkan kedatangan Imam Dollah ke Permatang Pauh, itu membuktikan bahawa Bendera Barisan Alternatif turut menyambut kedatangan beliau ke Permatang Pauh.

Sementara itu , kelihatan beberapa ahli UMNo yang belot di atas ketidaktentuan pemilihan calon-calon anak tempatan untuk bertanding di Permatang Pauh. Nama-nama seperti Arif Shah, Ahmad Saad, Cikgu Yahya, Datuk Adnan yang disebut–sebut bagi mendapatkan tempat telah diketepikan. Maka kerana itu perang besar telah berlaku di antara para penyokong UMNo sendiri dan proses pembelotan telah pun berlaku apabila sebahagian besar para penyokong Arif Shah telah turut membantu pemasangan bendera Barisan Alternatif.

Sehingga jam 3.00 pagi tadi hampir 2000 penyokong Barisan Alternatif masih tidak berganjak bagi menjaga bendera dari disabotaj pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Turut terlibat ialah puluhan anggota polis bagi menjaga keamanan. Syabas kepada pihak polis kerana tidak campurtangan dalam soal menjaga keselamatan dan juga bendera masing –masing. Manakala pihak parti DAP juga turut serta memasang bendera sebagai menyatakan bahawa mereka juga wujud di kawasan ini.

Dijangkakan UMNO akan tetap menghadapi masalah kerana sehingga kini, nama calon baru outsider yang disebut-sebut untuk menjadi ADUN Seberang Jaya ialah Dr Nasriah yang bakal berhadapan Dengan Proff Mansor Othman. Manakala satu lagi masalah di ADUN Penanti ialah Datuk Jalil yang juga dianggap sebagai outsider di kalangan para pemimpin politik tempatan. Apa yang pasti Permatang pauh akan kekal di tangan Barisan Alternatif.

- Wartawan Rasmi Laman Reformasi - (suntingan M@RHAEN) - 07.03.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

.

Sertai Maillist M@RHAEN