Kemunculan Abdullah bin Badawi bin Salol
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada SPR di atas kerja keras yang amat efisien dan seterusnya diterjemahkan oleh kemenangan yang mencipta sejarah oleh BN di bawah Pak Lah yang dengan sendirinya melenyapkan rekod cemerlang kemenangan dalam pilihan raya semasa di bawah pimpinan Dr. Mahathir. Bila agaknya Malaysian Book of Records nak beri sijil pengiktirafan kepada Pak Lah?

Sekonyong-konyongnya pula pada muka depan akhbar-akhbar terpampang muka binawe si Pengerusi SPR yang kononnya akan melepaskan jawatan sekiranya segala bantahan serta kritikan pelbagai pihak di atas “kecekapan” mereka menganjurkan pilihan raya ke-11 ini berasas dan menunjukkan kepada kebangsatan beliau.

Sebenarnya beliau tak perlu meletakkan jawatan, yang lebih logik dan tepatnya ialah beliau patut membunuh dirinya sahaja sama ada terjun dari Menara Petronas atau pergi tidur di atas rel KLIA Express atau terjun saja mana-mana tasik di sekitar Putrajaya ataupun telan saja sebotol racun tikus kalaupun tak berani nak membedil kepala dengan pistol sendiri. Itulah perbuatan yang lebih afdal daripada hidup melacurkan prinsip dan mengkhianati amanah tugas yang akan terus diingati dan dikutuk oleh masyarakat.

SPR yang kini lebih layak dipanggil hamba suruhan pilihan raya jelas memainkan peranan yang lebih utama, licik dan bermuslihat dalam menentukan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kali ini. Malahan dalam banyak segi si Pengerusi dan kuncu-kuncunya lebih ketara dan terserlah lagi daripada Ketua Cawangan UMNO cara mereka membantu BN.

Di Klang umpamanya, seorang pengundi berbangsa Cina mendapati namanya terdapat di dua kawasan dan pusat mengundi, maka dia berpeluang untuk menyumbangkan 4 undi, iaitu 2 untuk DUN dan 2 Parlimen dan tersebar bahawa 3 buah bas dengan pengundi hantu sedang berkeliaran ketika masa tambahan diberikan untuk BN memenuhkan peti-peti undi mereka. Di Taman Tun Ismail, anak seorang rakan telah diupah RM2000 untuk mengundi di Terengganu dengan pakej percutian sekali gus. Seorang Mak Cik daripada Batu Pahat mengaku diupah mengundi di Terengganu dan dibekalkan dengan 2 set kad pengenalan (MyKad) yang berbeza apabila tertangkap oleh orang ramai di Terengganu. Di Bukit Bintang pula peti undi di isi penuh dengan sampah dan ini disiarkan dalam berita NTV7 pada malamnya. Di Kajang pula beberapa keping kad pengenalan dijumpai tersembunyi di pusat mengundi dan di Alor Setar pula beberapa keping kertas undi telah dijumpai tercicir jauh dari kawasan mengundinya. Yang paling melucukan ialah apabila kertas undi di Sungai Lembing pula tersalah cetak dan yang disalahkan ialah kilang cetak. Itu belum lagi diambil kira di Sabah dan Sarawak yang mana telah menjadi amalan SPR untuk menggantikan segala isi peti undi dengan kertas undi BN sahaja.

Ini tidak termasuk segala macam undang-undang untuk mengekang pembangkang yang kebanyakannya dibuat sewenang-wenangnya sama ada last minute atau just for the Opposition only umpamanya di Putrajaya dan banyak lagi kawasan. Pasukan pemantau pun bukan main lagi aktif mengalahkan pasukan Gerak Khas UMNO, konon meminta permit di setiap majlis ceramah BA namun kecut telur bila dicabar untuk meminta permit di majlis-majlis BN yang jelas menggunakan premis awam seolah-olah premis mak bapa mereka seperti yang berlaku di seluruh negara. Yang melucukan ialah apabila kebanyakan ketua pemantau adalah terdiri daripada ahli UMNO hard core, jadi di manakah logiknya penubuhan pasukan pemantau yang telus dan adil. Sudahlah, tak payah nak buat-buat bodoh, sememangnya SPR merupakan hamba suruhan BN dahulu, kini dan selamanya yang mana key personnel dalam SPR semuanya telah dan akan diberikan imbuhan yang tertentu selepas ini, just watch out.

Syabas Pak Lah, baru pun 146 hari dah nampak jelas “jembalang dan temberang” PM atau bakal Firaun II Bolehland ini, serba-serbi boleh dan amat menggerunkan apabila dengan berani sekali bersumpah pada 14 Mac “Wallahi, saya tak akan memberi atau mengambil rasuah”. InsyaAllah janji-janji Allah adalah benar, kita nantikan kebenaran janji-janji Allah berbanding dengan janji-janji Pak Lah.

Di zaman Rasulullah, terdapat seorang Abdullah yang lebih hebat waraknya daripada Pak Lah, lebih rapat dengan Baginda Rasulullah, yang sentiasa berada di belakang Rasulullah ketika solat, namun inilah dia bapa segala golongan munafik yang bernama Abdullah bin Ubai bin Salol. Apakah the history is repeating itself again now that we have another Abdullah bin Badawi bin Salol, too? Rasuah dalam pilihan raya bukan kepalang bermaharajagila, rasuah dan salah guna jentera kerajaan juga amat menjijikkan dengan segala bentuk pengintipan, risikan dan pemantauan terhadap pembangkang dilakukan secara kotor, apakah Pak Lah ada maruah mengaku bahawa kepimpinannya disukai rakyat hanya dengan memenangi pilihan raya yang paling bacul dalam sejarah negara.

Jelas kini bawa seseorang yang bacul, lemah dan lembik akan melakukan segala-galanya sama ada kerja-kerja bodoh, zalim ataupun kejam demi untuk mencengkam pada kuasanya. Inilah Pak Lah atau Firaun II atau Abdullah bin Ubai bin Salol Bolehland. Masakan Pak Lah tak tahu langsung tentang berpuluh ribu tin beer dan arak di longgokkan di rumah-rumah panjang di sekitar Sarawak setiap kali menjelang pilihan raya dan tuai-tuai rumah panjang dibawa ke hotel-hotel di Bandar-bandar besar Sarawak untuk dijamu dan dihiburkan untuk memastikan kemenangan mutlak BN. Begitulah juga dengan sogokan atau ugutan terhadap Melayu-Melayu yang layu di kawasan-kawasan pedalaman dalam pelbagai bentuk dan cara. Pak Lah you are accountable to Allah, you know and you said that in your 600,000 letters sent to the dead voters recently! Itu tak diambil kira tentang mendapatkan hasil dan rezeki dengan secara yang bathil yang pastinya dimurkai Allah, halal ke rezeki dari jawatan PM ni Pak Lah?

Pada riak muka Pak Lah, adakah menampakkan dia cukup gembira dengan kemenangan ini atau riak muka yang menampakkan raplah di dalam dirinya? Kepada Melayu mudah lupa, just watch out this coward is going to be even more brutal and dangerous than Firaun I (Mahathir).

Perlu diingatkan bahawa ini bukanlah kes “sour grape” cuma sedikit case study tentang apa yang ditemberangkan oleh jembalang gemilang yang cemerlang lagi terbilang tentang ketokohannya dan kewibawaannya sebagai PM sehinggakan kertas-kertas undi di kawasan Kuala Terengganu pula terlebih daripada jumlah pengundi hingga puluhan ribu! MasyaAllah. Maka usaha PAS untuk memartabatkan hak-hak Allah pada tempatnya diMURTADkan UMNO yang dipimpin Pak Lah berihsankan SPR, JPN dan Polis dalam masa sehari sahaja, syabas even Firaun I pun gagal dulu.

Maka akan hiduplah rakyat Bolehland berpemimpin penipu, penyangak, penyamun dan pelesit untuk satu tempoh lagi sehingga satu perubahan yang amat memerlukan pengorbanan yang bukan kepalang yang mungkinnya berupa titisan-titisan darah di jalan raya untuk mengubah keseluruhan sistem yang amat membarah ini. Di ketika itu akan terbaulah betapa busuknya bangkai-bangkai hanyut di dalam Sungai Klang, Sungai Gombak dan Tasik Putrajaya yang terdiri daripada tali-tali barut munafik di kalangan SPR, Hakim-Hakim, Ketua-Ketua Polis dan sesiapa sahaja yang bersekutu dengan mereka!

Namun, usaha demi usaha mestilah diteruskan oleh semua pejuang kerana janji-janji Allah adalah benar iaitu akan mempertahankan agamaNya daripada dihancurkan oleh golongan-golongan sesat ini di samping menghisab diri dan merangkakan satu plan tindakan jangka panjang di samping apa-apa sahaja tindakan pembetulan daripada kesilapan yang lalu.

Kubang Pasu - 25.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN