Ditakdirkan
Mahathir Nazak... Bhgn. 6 - 1
Oleh
Muaalim Toyiban
Kepimpinan
Penuh Kepalsuan ( 1 )
Dalam sejarah peradaban Melayu, tidak
ada seorang pemerintah baik raja Melayu ataupun pemimpin politik Melayu
yang bertakhta ataupun mencengkam kuasa begitu lama yang dapat melebihi
tempoh kekuasan Mahathir, walaupun darah yang mengalir dalam tubuh-badannya
itu bukannya darah Melayu yang sepenuhnya. Oleh kerana terlalu lama berkuasa
dalam arena politik Melayu, Mahathir sudah menganggap bahawa Malaysia adalah
hak jajahannya seolah-olah dia mempunyai kuasa semacam kuasa maharajah,
nabob dan sultan di India dulu.
Kerana itu, pilihanraya umum di Malaysia
hanyalah satu syarat sahaja untuk Mahathir dan sidang parlimen hanyalah
merupakan satu majlis untuk menghalalkan segala perancangan haprak bikinan
beliau. Kalau kita lihat segala projek mega di negara ini, semuanya merupakan
projek yang menggunakan banyak wang rakyat tetapi dilaksanakan tanpa izin
dan kelulusan Dewan Rakyat. Sekaligus, Mahahtir tidak pernah memikirkan
tanggungjawab bahawa dia adalah penghulu kepada semua wakil rakyat di negara
ini dan sebagai wakil rakyat, taat setianya mesti pergi kepada rakyat dulu.
Semua projek mega di negara ini yang
direncana dan dimajukan oleh Mahathir adalah bertujuan menandingi projek
yang sudah lama dibikin di negara maju. Semua projek besar di negara maju
dibuat secara beransur-ansur dan bukannya dalam satu tempoh yang singkat.
Malahan, kalau kita lihat semua negara maju, mereka membina sesuatu projek
itu setelah diluluskan oleh rakyat jelata. Kerana itu, kita boleh lihat
tempat kediaman Perdana Menteri Britain yang beralamat No. 10, Downing
Street merupakan tempat kediaman perdana menteri yang begitu lama. Tidakpun
ada sebarang usaha dan rencana perdana menteri selepas Winston Churchill
yang mahu membina rumah kediaman baru untuk menggantikan rumah rasmi perdana
menteri warisan sebelum perang dunia Pertama. Tetapi, lihat apa yang dilakukan
oleh Mahathir dengan Putrajaya, sedangkan dia jarang sangat berada di tempat
kediaman rasmi itu. Kalau dia ada di tanah airpun dia lebih suka menginap
di rumah kediaman peribadi yang berjiran dengan kediaman Tan Sri Shamsuddin
‘Sapura’.
Di mana bumi dipijak.....
Pepatah ‘di mana bumi di pijak, di
situ langit di junjung’ merupakan satu bidalan lama yang ada hubung-kait
dengan pemerintah dan pengikutnya. Ia membawa erti seseorang itu harus
mengikut segala peraturan dan tatasusila hidup di tempat yang didudukinya.
Makanya kalau orang setempat suka membebek, membebeklah dia dan kalau orang
setempat suka menguak, maka menguaklah dia. Ini adalah bidalan basi yang
melemahkan pemikiran orang Melayu sejak peradaban yang dipengaruhi oleh
sistem feudal dulu.
Budaya mudah akur kepada pemerintah
menjadikan Melayu satu bangsa yang lemah dan mudah dirasuah. Selepas kita
merdeka orang Melayu didedahkan kepada cerita drama purba dan bangsawan
Melayu yang disiarkan di radio dan TV dan ada juga opera bangsawan Melayu
yang menjelajah dari satu kampung ke kampung; dari satu ladang Felda ke
ladang yang lain, dengan tajaan kerajaan. Maklumlah, Melayu selepas merdeka
adalah Melayu yang dipimpin oleh seorang perdana menteri yang berdarah
raja. Pada waktu itu, budaya lama Melayu dipelihara sehinggakan rangkapan
ayat “Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun...” hidup
subur dalam kesusasteraan Melayu. Inilah yang melalaikan orang Melayu kerana
apa sahaja yang perlu dibuatnya mesti akur kepada tatasusila feudal Melayu.
Orang Melayu di awal kemerdekaan telah dirobot mindanya oleh rukun hidup
protokol yang diajar kepada UMNO oleh kelas ningrat/aristokrat yang masih
taksub kepada kuasa raja-raja.
Segala sudut peradaban Melayu ketika
itu adalah di bawah pengaruh istana, sehinggakan sesiapa sahaja yang berpangkat
di kalangan aristokrat Melayu, dia mesti terlebih dulu mempunyai hubungan
persaudaraan ataupun darah dengan golongan raja. Demikian halnya di peringkat
pendidikan, di mana anak-anak Melayu yang dibenarkan belajar di Maktab
Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mesti mempunyai kaitan dengan golongan istana,
orang kaya-kaya, datuk empat dan penghulu serta pemerintah UMNO ataupun
memang benar-benar pintar dan layak memasukinya. Kerana itu Dollah Komunis
dapat belajar di MCKK bukan kerana dia seorang pelajar yang pintar tetapi
kerana ayahnya adalah orang yang mewakili raja yang berpangkat penghulu
cabuk sahaja. Najib Tun Razakpun belajar di MCKK kerana dia adalah anak
Orangkaya Maha Bijaya Pahang. Begitu juga dengan hampir semua anak raja
di negara ini. Cuma apabila mereka keluar daripada MCKK, sijil yang mereka
perolehi itu boleh dipertikaikan kerana mereka tidak mempunyai minda yang
boleh melayakkan mereka menjadi pemimpin bangsanya. Contohnya selepas kita
merdeka 45 tahun, cuba sebutkan lima nama anak raja yang dapat menonjol
di negara ini sebagai pemimpin yang berwibawa? Oleh kerana tidak berwibawa
makanya kita lebih mendengar anak raja yang suka berfoya-foya, yang sanggup
menyauk bini dan anak dara orang yang dilihat akan licin dahinya ataupun
yang sanggup bertumbuk dan mengamuk apabila kalah di padang bola. Kerana
mereka sudah menjadi satu golongan Melayu yang lupa daratan bahawa 'ampun
tuanku beribu-ribu ampun' itu hanya satu ungkapan purba yang sengaja diajar
oleh penjajah British agar orang Melayu taat kepada rajanya. Sedangkan
raja Melayu itu dirobotkan mindanya agar taat kepada penasihat British
di istana.
Orang Melayu Yang Mudah di rasuah
Rasuah walau dalam apa bentuknya
merupakan sebahagian kehidupan orang Melayu kerana yang mengamalkannya
secara terbuka dan berleluasa ialah raja-raja Melayu di zaman dulu-dulu
lagi. Makanya tercatat dalam Serajah Melayu dan Hikayat Melayu purba yang
disebarkan turun-temurun melalui lisan, syair dan pantun, bidalan dan kiasan
dan cerita wayang kulit lama, betapa raja-raja Melayu asyik khayal menghisap
candu, menyimpan gundik dan memaksa rakyat jelata membayar cukai dengan
menggunakan kekerasan melalui tukang pukul dan orang kaya jajahan dan daerah,
di bukit, ulu dan sungai.
Setiap kali berlaku pertembungan
untuk mengawal sesuatu daerah, rakyat jelata dikerah untuk menjadi bala
tentera mempertahankan kepentingan raja. Di waktu berperang, bala tentera
kerahan itu dikehendaki menyediakan bekalan makanannya sendiri. Kalau dia
mati, jandanya dibawa ke istana untuk menjadi gundik raja. Setiap kali
mahu berperang, beberapa hari sebelum bertolak ke medan perang, semua askar
kerahan dibenarkan memilih salah seorang gundik raja sebagai pasangan tidurnya
sambil berkhayal akan keseronokkan pelukan penghibur raja untuk melupakan
kemungkinan dia mati katak di medan perang kerana rajanya.
Inilah peradaban Melayu di zaman
raja-raja Melayu dulu yang masih ada basi-basahnya hingga ke hari ini sehinggakan
selepas 45 tahun kita merdeka keluarga raja-raja Melayu itu sudah menjadi
satu golongan Melayu yang kebingungan apa sebenarnya peranan mereka dalam
peradaban Melayu moden. Walaupun status mereka adalah sebagai raja Melayu
yang sepatutnya menjaga martabat warisan bangsa yang bergelar Melayu, hampir
semua raja Melayu itu sudah kehilangan punca tidak tahu menahu peranan
mereka selain jadi Pak Congok di upacara yang mementingkan kehadiran mereka.
Inilah bahana negara yang dipimpin oleh UMNO yang dirobotkan oleh Mahathir
Kutty.
Sejak Melayu mengenal susur galur
raja-raja mereka, tidak ada sesuatu yang membanggakan bangsa Melayu yang
direncana oleh warga istana. Kalau kita baca sejarah Afrika, kita tentu
bangga membaca kisah Raja Zulu yang berperang dengan beraninya menentang
penjajah orang putih sehinggakan sistem dan kaedah pertahanan Raja Zulu
kini dijadikan satu teladan dalam ketenteraan moden seluruh dunia.
Kalau kita baca sejarah raja-raja
Melayu kita boleh ketawa melihatkan betapa bacul dan penakutnya raja dulu-dulu
kepada British. Bayangkanlah apabila Singapura boleh diserahkan kepada
British dengan hadiah coklat, dan toffi, biskut dan serbuk kopi. Kerana
itu sehingga hari ini suku-sakat Raja Johor yang menyerahkan Singapura
kepada British masih lagi disauk badi diraja sehinggakan air perut bumi
Johor boleh tergadai kepada Singapura dan rakyat Johor terpaksa membelinya
semula untuk kegunaan mereka. Yang ternyata mampu dibuat oleh Raja Johor
(enggan dikenal sebagai sultan mengikut ragam datuknya dulu yang mahu dikenal
sebagai Maharajah Johor) ialah bersikap angkuh terhadap rakyatnya dan melempang
anak-anak Melayu yang lambat memberikan khidmat mereka, kerana mereka keliru
dengan arahannya. Perangai biadap seorang raja terhadap rakyatnya tidak
pernah dikutuk oleh UMNO Johor kerana taksub dengan kedaulatan raja. Lagipun
siapa di kalangan pemimpin UMNO yang berani, takutkan gelaran bintang di
tarik semula
Perangai raja Johor yang gila sawan
terhadap rakyatnya memang menjadi satu dilema rakyat jelata dan perangai
itu terdapat di mana sahaja di Semenanjung Tanah Melayu. Ada raja yang
gemar berfoya-foya di seberang laut dengan berjudi sepanjang hari. Apabila
kalah, menelefon menteri besar mengirimkan wang untuk membayar hutangnya.
Ada raja yang boleh jatuh sakit hanya bila muncul bulan Ramadan untuk memerlukan
rawatan di luar negara. Peliknya apabila habis Ramadan, sakitnya itu betah
(sihat) dan diapun pulang ke takhtanya semula menunggukan munculnya Ramadan
yang lagi satu. Ada raja yang begitu bodoh apabila bercuti di Switzerland,
dia kerap bertanya orang sana kenapa lembu di Switzerland berwarna coklat
dan putih? Kenapa lembu di sana boleh berdiri di lereng gunung dan bukit?”
Orang Switzerland yang tahu sultan ini jenis ngok, pun menjawab: “Lembu
kami berwarna coklat dan putih kerana kami beri makan coklat dan susu....
lembu kami boleh berdiri di kaki gunung kerana ada satu jenis kasut terpasang
di bahagian kakinya...!” Demikain kisah betapa jauhnya tahap pendidikan
kebanyakan raja Melayu, sehinggakan pada satu ketika dulu ada seorang raja
yang mati bontang kerana mabuk di meja makan restoran Cina. Demikianlah
juga aibnya yang terpaksa ditanggung oleh marhaen Melayu apabila mendapati
ada rajanya ataupun tengku mahkota yang mengahwini pelayan kasino dan pelayan
restoran sebagai teman hidupnya. Inilah bahana 'Ampun tuanku beribu-ribu
ampun....' apa raja buat, rakyat masih kena minta ampun.
Tahap pendidikan raja-raja Melayu
telah ditentukan oleh penjajah British dulu supaya berada di tahap ‘cukup
makan’ sahaja. Itulah juga taktik British terhadap golongan istana di India
dulu sehinggakan British yang mempunyai askar yang dibawa oleh dua puluh
kapal laut mampu akhirnya menjajah sebuah benua India. Rasuah utama British
terhadap raja-raja Melayu ialah dalam bentuk puji-pujian. Makanya muncul
'ampun tuanku beribu-ribu ampun.....!' dikekalkan supaya raja raja pula
memanggil penasihat British mereka dengan panggilan 'Tuan yang terutama
Penasihat Diraja...'. Budaya inilah yang menular sehingga wakil rakyat
yang sepatutnya menghambakan hidupnya untuk kepentingan keseluruhan rakyat
mesti dihormati oleh rakyat dengan panggilan ‘Yang Berhormat’. Apabila
wakil rakyat diberi pangkat ‘Yang Berhormat,’ maka gugurlah asas tugas
utamanya untuk berbakti kepada rakyat.
Soalanya sekarang budaya politk Melayu
banyak meniru budaya ketuanan raja-raja Melayu. Di zaman raja-raja memang
berulam di hati dan beraja di mata dulu, seorang raja hanya layak menjadi
raja selagi dia memegang kuasa. Kalau dia kalah di medan perang, dia terus
menjadi hamba dan isterinya diambil sebagai gundik kepada raja yang menang
mengalahkannya.
Tetapi, dalam konteks politik Melayu
ala-UMNO, seorang YB yang sudah kecundang dan ternyata haprakpun masih
diberikan gelaran dan kehormatan kepadanya. Contohnya ialah kisah seorang
YB yang membawa berkilo wang memasuki Australia dan tertangkap dan terhukum
di sana, dia masih menjadi naib presiden UMNO dan masih diberi tempat menjadi
pemimpin orang Melayu. Begitu juga dengan seorang menteri wanita yang ternyata
begitu besar rasuahnya, dia masih menjadi pemimpin wanita UMNO dan keupayaannya
memberikan lesen AP membawa kereta buatan asing yang sudah tentu menjejaskan
penjualan kereta buatan sendiri, tidakpun dipertikaikan. Begitu juga dengan
kisah seorang bekas menteri besar yang membalun balak di negerinya sehingga
tidak ada lagi peruntukan untuk beberapa tahun yang terdekat. Tidak pula
dia terhukum, malahan menjadi Menteri Penerangan kerajaan dan Setiausaha
Agung UMNO.
Bagaimana kisah seorang menteri besar
yang baru berusia 35 tahun yang mempunyai rekod cemerlang membalun harta
negeri dalam tempoh belum cukup setahun jagung dia memegang jawatannya?
Dia mentadbir negara semacam seorang doktor gigi melihat penyakit seorang
pesakitnya. Dia ambil jalan pintas setiap gigi yang sakit mesti dicabutnya,
tidak perlu korek dulu dan tampal mana yang perlu ataupun beri peluang
dibius dulu untuk mencabutnya. Semua tindakannya lintang-pukang sambil
dia membalun harta rakyat jelata tanpa memikirkan kesannya.
Kenapa pemimpin Melayu mudah lupa
daratan?
Pemimpin politik Melayu mudah lupa
daratan kerana rasuah sudah menjadi darah daging kehidupan orang Melayu.
Di zaman raja-raja Melayu dulu, rakyat jelata datang bersila dan melutut
meminta ampun kepada raja sedangkan dia tidakpun berdosa. Sikap meminta
ampun itu adalah satu pembuka bicara antara rakyat dengan raja yang disalah-ertikan
oleh generasi Melayu selepas merdeka walaupun pembuka bicara itu sekarang
di pendekkan menjadi 'ampun tuanku..' sahaja. Tetapi, di istana raja-raja
masakini masih lagi ramai anggota istana yang bergelar pawang di raja,
yang dibayar dengan hasil cukai rakyat jelata. Apakah kerja pawang sedangkan
segala kerja itu amat bertentangan dengan ajaran Islam? Kenapakah mereka
ini tidak diberhentikan dan dibiarkan sahaja oleh semua wakil rakyat kita?
Di zamna dulu, pawang istana adalah
makhluk yang menentukan nasihat kepada raja apakah persembahan rakyat marhaen
itu benar-benar ada keikhlasannya. Kalau betul, barulah raja mengarahkan
dihadiahkan sepasang pakaian kepada rakyat marhaen itu. Demikianlah hubungan
raja Melayu dengan rakyatnya. Setiap kali rakyat marhaen berjasa kepada
raja dia dianugerahkan sepasang pakaian. Tentunya baju raja yang lama-lama
dan yang tidak mahu dipakainya lagi ataupun sudah sendat kerana raja sudah
tambah berisi berat badannya. Sudah tentu pakaian hadiah raja dijadikan
satu lambang kemegahan oleh si penerima walaupun hadiah itu merupakan ganjaran
kerana dia sanggup menggadaikan nyawanya. Hadiah raja menjadi penyedap
walaupun ketika itu ramai sahabat dan saudara-mara yang terkorban kerana
mempertahankan hak raja yang kebetulan selalunya berada di kamar dengan
gundik dan madat candunya.
Rasuah raja dengan memberikan sepasang
pakaian ditambah lagi dengan memberi gelaran kepada penerimanya. Contohnya
ialah gelaran 'orang kaya mahabijaya.... Ulu Jempul misalnya ataupun 'laksamana
pembakar jambatan.......' ataupun 'Orang Bergelar Empat ...' dan sebagainya.
Susur-galur kurniaan diraja itu menjadi
asas penganugerahan bintang dan kehormatan oleh warga istana kepada rakyat
jelata. Sehingga kini, penghormatan dan gelaran itu sudah tidak membawa
makna lagi kepada generasi muda Melayu walaupun ia merupakan barang idaman
kaum lain terutama sekali kaum Cina. Ada yang sanggup berbelanja besar
menyogok istana untuk memberikan gelaran semacam itu. Beberpa tahun dulu
pernah tercetus cerita bagaimana seorang usahawan bukan-Melayu menghadiahkan
Yang Dipertuan Agong ketika itu dengan saham syarikatnya yang bernilai
lebih lima belas juta ringgit di pasaran saham ketika itu. Apabila hadiah
khas itu diberikan, harga sahamnya turun daripada RM17.00 sesaham menjadi
hanya RM2.00 sahaja.
Hadiah gelaran bintang adalah mainan
politik UMNO terutama sekali oleh Mahathir yang menentukan hampir semua
kroninya daripada kaum bukan-Melayu mendapat gelaran Tan Sri. Hampir semua
yang menerima gelaran ini merupakan lintah darat yang kecundang dalam perniagaan
mereka dan terpaksa diselamatkan dengan menggunakan wang rakyat marhaen.
Dengan lain perkataan kepimpinan
Melayu yang penuh kepalsuan bermula daripada warga raja-raja di istana
dan kerana mereka lalai memahami kuasa dan peranan mereka, ketuanan Melayu
yang diamanahkan kepada mereka dengan mudah bertukar tangan kepada UMNO
yang kemudiannya memfaraidkannya ke tangan Mahathir Kutty.
Dengan kata mudah, peranan dan tugas
utama Mahathir ketika bangkit semula menjadi pemimpin UMNO ialah meutup
minda orang Melayu dengan turut memperlekehkan raja-raja Melayu sehinggakan
kuasa yang ada pada raja bertukar tangan kepada Mahathir sahaja. Ini menunjukkan
raja-raja Melayu pada keseluruhannya masih kebingungan kerana ketiadaan
penasihat British yang memang sudah lama memukau minda mereka menjadi satu
golongan Melayu laksana melukut di tepi gantang sahaja.
Apabila martabat raja-raja dapat
diperbodohkan oleh Mahathir dengan kerelaaan hati orang UMNO, apakah lagi
yang dapat diharapkan kepada mereka sebagai pewaris wawasan Melayu? Sekaligus,
mereka akur kepada apa juga tipu muslihat yang direncana oleh Mahathir
secara terbuka. Perkara ini boleh dirakamkan secara ringkas sahaja dalam
bab ini.
Pertama, setelah berjaya memperlekehkan
raja-raja, Mahathir berjaya menumpaskan tentangan terbuka oleh sebahagian
keanggotaan parti yang dipelopori oleh Musa Hitam tetapi diproksikannya
kepada Tengku Razaleigh. Undi pemilihan sudah memihak kepada Razaleigah,
tetapi tup-tup, lampu pula terputus dan apabila dikira semula tong undi,
Razaleigh kecundang kerana ada ‘undi angin’ yang memihak kepada Mahathir.
Berlakulah perpecahan dalam UMNO sehingga UMNO dibubarkan. UMNO yang ada
pada hari ini yang dulunya digelar UMNO Baru, adalah satu parti yang tidak
sah dari segi undang-undang. Tetapi oleh kerana sistem kehakiman negara
sudah dirobotkan juga maka apa juga yang dibuat oleh Mahathir menjadi halal
belaka.
Apabila UMNO berpecah dua, lahirlah
Semangat 46, yang dipelopori oleh Razaleigh bersama ramai orang kuat yang
mempunyai ilmu bakar jambatan, kencing di pusara, mencium bontot Mahathir
dan banyak lagi ketokohannya. Tetapi, Tengku Razaleigh adalah seorang anak
raja yang tidak pernah memahami pahit-getir sesuatu perjuangan. Dia lahir
di istana yang penuh kemewahan yang diwarnai budaya rasuah ala-raja-raja
Melayu. Yang amat dipentingkannya ialah kemasyhuran dan segala gah dan
keceriaan dijulang-julang sebagai seorang pemimpin, sedangkan sebagai anak
raja dia tidak pernah melalui satu proses mengenal keperitan orang Melayu
seperti yang dilalui oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Lagipun kebanyakan
pengampunya adalah terdiri daripada hulubalang Melayu yang hanya pakar
untuk menjadi pemimpin tanpa keperitan berjuang bersama rakyat marhaen.
Mereka hanya pakar retorik sahaja. Kisah keberanian kencing di pusara,
membakar jambatan dan mencium bontot Mahathir adalah gimik politik sahaja.
Sebenarnya mereka dahagakan pangkat YB yang hanya dapat mereka perolehi
dengan belas ihsan Raja Penyangak sahaja. Menjadi wakil rakyat dengan ihsan
Mahathir adalah satu kemewahan dunia yang tidak dapat diberikan oleh orang
lain, kerana Mahathir merelakan apa sahaja kepada mereka yang sanggup bermati-matian
mengampunya. Itu sebabnya Rais Yatim, Ibrahim Ali, Mohd Zain, dan ramai
lagi bekas pemimpin Semangat 46 yang akur dengan tindakan Tengku Razaleigh
untuk membubarkan parti itu dan sekaligus memasuki UMNO semula. Mereka
melanggar ikrar dan sumpah setia mereka untuk memasuki UMNO semula sedangkan
mereka yang melompat keluar dan merayu kepada orang Melayu untuk menyokong
‘perjuangan’ (perut dan temobol) mereka. Sepatutnya kalau mereka benar-benar
ikhlas berpolitik, mereka sepatutnya mengikut jejak langkah Datuk Lee Lam
Thye untuk undur terus daripada muka-bumi politik Melayu dan buat kerja
lain yang tidak berbau politik. Tetapi, kerana gilakan kuasa yang mudah
dicapai melalui politik Mahathir, kumpulan bangsat ini sanggup mewarnai
politik Melayu dan mengaku mereka memperjuangkan nasib orang Melayu. Sekali
lagi budaya rasuah raja-raja Melayu menjadi amalan Mahathir Kutty..
Dengan terhumbannya Parti Semangat
46 ke lipatan sejarah Melayu moden, Mahathir meneruskan agenda untuk terus
memperkasakan kedudukannya.
- Muallim Toyiban - 21.03.2002
Akan bersambung ke Bahagian 6 - 2