Ditakdirkan Mahathir Nazak... Bhgn. 1
Oleh Muaalim Toyiban

Kematian adalah satu kemestian. Yang tidak ada tolak ansurnya antara Allah pencipta alam dan manusia hamba ciptaanNya. Betapapun seseorang insan itu memikirkan gah dan kekuatannya, menerajui sesuatu institusi waima sebuah kerajaan, betapapun lama cengkaman kuasanya dalam kerajaan itu, kematian pada dirinya tetap tidak ada tempohnya kerana semua itu adalah ketentuan Illahi.

Dengan perkataan mudah, kematian seseorang insan adalah ketentuan Allah semata-mata, kerana veto kehidupan dan kematian itu adalah hak Allah yang mutlak. Tanpa ada sesiapa yang boleh mempersoalkannya ataupun meminta perjanjian mendapatkan tempoh waktunya.

Dalam peradaban manusia, pelbagai ilmu kebatinan yang dipelajari untuk memperkasakan diri, dengan keizinan Illahi. Ada yang menyebut wujudnya satu ilmu kebatinan yang disebut ‘Sangkar Maut’. Dalam pengajian jenis ini si penuntut dapat menghayati pelbagai ayat dan surah untuk meminta keizinan Allah agar pemergiannya ke alam baqa diberkati Allah dengan sebaik berkat, menepati segala hajat ketika berada di dunia yang serba bermuslihat. Apapun ilmu dunia yang dipelajari itu, baik yang bernama ‘Sangkar Maut’ ataupun ‘Sangkar Muat’ ketentuan sesuatu kematian itu adalah merupakan keistimewaan kudrat Illahi. Namun, Allah yang maha Pengampun dan Maha Pemurah memang berlaku adil walaupun kuasa veto itu tidak ada sesiapa yang dapat mengambil tempatnya sebagi wakil. Soalnya sekarang apakah ketentuan Allah dan kuasaNya itu difahami dengan jelas oleh hamba ciptaannya? Apakah tahap minda seseorang yang mampu memahami kuasaNya?

Apakah ada ketentuan berapakah tahap IQ seseorang insan untuk memahami ajaran ilmu wahyu, betapa Allah adalah pencipta semesta alam yang melantik Mohammad (saw) sebagai rasulNya? Jikalau seorang kanak-kanak darjah lima sekolah rendah dapat faham bahawa Nabi Mohammad tidak mencukur janggut kerana sebab tertentu selain dari ketiadaan ‘gillette’ di waktu itu, apakah sebabnya otak seorang doktor perubatan tidak boleh menerima fahaman begitu?

Ramai yang mengatakan tindakan seorang cendekiawan ataupun ilmuan yang tidak menerima hakikat bahawa ajaran wahyu Allah adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan adalah disebabkan keegoan dan keangkuhan orang yang berkata begitu. Tetapi, apakah tidak mungkin orang yang celupar mencaci Allah sebenarnya digerakkan bergelagat begitu kerana sudah wujud dalam dirinya ciri-ciri yang dia menghampiri kematiannya? Apabila ada bangsa Melayu yang bertaraf ilmuan sanggup mencerca Nabi Junjungan dengan pelbagai kisah seperti melakukan seks rambang ataupun malas mencukur janggut kerana waktu itu tidak ada pisau cukur ataupun sanggup mempertahankan kenyataan dan tulisan orang lain yang berkata begitu, maka timbul satu persoalan apakah jenis Melayu ataupun orang Islam yang berfikiran begitu? Apakah layak pemimpin Melayu yang mencerca Nabi Junjungan di khalayak Melayu memegang kuasa memimpin bangsanya? Apakah tahap pemikiran insan Melayu yang sanggup mencerca Nabi Junjungan agamanya kalau dia tidak mengharungi satu era di mana berlaku kecelaruan pada otaknya?

Dalam dunia perubatan, pelbagai pertanda muncul secara perlahan ataupun secara tiba-tiba ke atas manusia yang sudah menghampiri kematian. Kerana itu kita dapat melihat di negara ini betapa orang yang kaya raya ataupun papa kedana secara tiba-tiba diserang penyakit ahmar secara perlahan ataupun mendadak. Kalau perlahan munculnya ia disebut sebagai ‘periodic paralysis’ yang hanya ketara kepada orang yang memang arif dalam ilmu perubatan ataupun mereka yang berkecimpung dalam bidang urut tradisional. Pelbagai contoh boleh disebut di sini dan beberapa nama tokoh pemimpin politik dan korporat negara ini boleh dirakamkan. Tetapi, perbuatan ini boleh dianggap sebagai tidak beretika dan menyalahi undang-undang perubatan. Cuma kalau kita menyentuh soal ‘periodic paralysis’ (PP) ini, kita tentu boleh amati wujudnya beberapa tokoh yang diserang penyakit ini secara kadangkala. Gelagatnya mengangkat tangan kiri dengan tangan kanan menunjukkan tanda kelumpuhan otak kanannya. Soalnya sekarang otak kanan adalah tumpuan fikiran manusia di saat akhir hayatnya.

Dengan kiasan di atas, cuba kita bayangkan kalau Mahathir Mohamamad dihinggapi dengan serangan PP ini bererti dia akan menghampiri satu persimpangan hayat yang amat mendekati keadaan nazak. Soalnya sekarang apa yang akan jadi kepada kita, rakyat negara ini?

- Muallim Toyiban - 17.03.2002

Bersambung ke Bahagian 2


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!