Shamsuddin Lias Hentak Meja: Khir Toyo Terkejut Beruk

Pengamal Rasuah Terkemuka DS Dr Mohd Khir Toyo sedikit pun tidak menyangka bahawa Hj. Shamsuddin Lias DO Kuala Selangor yang selama ini dianggap `humble` tiba-tiba sahaja menghentak meja ketika membincangkan hal pencalonan baru-baru ini.

Shamsuddin diberitakan hilang sabar apabila Khir Toyo meminta beliau agar tidak bertanding di DUN Sungai Burong untuk memberi laluan kepada Dato Aziz Mohd Noh bekas Setpol mantan MB Selangor Dato Seri Abu Hassan Omar.

Shamsuddin Yang Lentuk Dengan Nyanyian Khir.

Seperti yang diketahui umum DO Kuala Selangor itu sudah dua tahun lebih dinyanyi dan dimandikan oleh Khir Toyo serta para juaknya, bahawa beliaulah calon tunggal yang paling layak untuk merampas semula kerusi DUN berkenaan daripada penyandangnya Dato Dr Hassan Ali .

Untuk memenuhi impian itu,Shamsuddin telah membuktikan kepada warga Umno dan rakyat setempat bahawa beliau terlalu mengambil berat masalah ummah, sehinggakan tugasan rasminya sebagai Pegawai Daerah Kuala Selangor selalu diabaikan.

Kuasa yang ada padanya juga, dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyogok ketua-ketua Umno cawangan dan ketua-ketua kampung di DUN Sungai Burong, menerusi pemberian kerja-kerja kontrak kelas `F` PLB serta inden-inden kerja mencuci tali air serta parit.

Hj Shafik Omar yang baru pulih keahlian Umnonya setelah dipecat pada tahun 1998 dilantik sebagai SU Politik. Melalui saudagar besi buruk inilah Shamsuddin mengutip fund daripada `orang-orang tertentu` untuk memastikan projek pembinaan imejnya berjalan lancar.

Manalah Shamsuddin tidak menyinga, wang ringgit sudah banyak dilabur, budi pula bergunung telah ditabur, nama pula sudah lama dimasyhurkan, gelaran YB pula terus dibawa ke dalam mimpi tatkala tidur…… tiba-tiba saja pencalonannya digugurkan!

Pengamal Rasuah Terkemuka Pening Kepala

Segalanya berlaku apabila Pengamal Rasuah Terkemuka Khir Toyo benar-benar pusing kepala. Memang beliau sendiri yang membawa Shamsuddin dari Shah Alam untuk memerangi Hassan Ali. Khir Toyo tidak boleh menafikan janjinya itu.

Namun masalahnya, Khir Toyo sama sekali tidak menyangka para penyokong Umno di DUN Permatang tidak mahu menerima Dato Aziz Mohd Noh sebagai calon BN di situ. Mereka mahukan Sulaiman Razak Timbalan Ketua Penaja Umno Bahagian Tanjong Karang.

Kuasa Khir terhadap Umno Tanjong Karang kini sudah longgar,kerana Khir sudah tidak lagi mengetuai bahagian tersebut. Dato Noh Omar kini mengepalai bahagian itu, manakala Khir telah berpindah untuk mengetuai bahagian Sungai Besar.

Ugutan Umno DUN Permatang yang akan memihak kepada calon lawan jika Sulaiman Razak ditolak, benar-benar memeningkan Khir. Manakala Aziz Mohd Noh pula tidak boleh ditolak buta-buta begitu saja.

Tanpa jasa Aziz sudah tentu Khir Toyo tidak akan mencium bau kerusi MB. Azizlah yang memainkan peranan penting membawa nama Khir kepada DS Abu Hassan selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor untuk diendorskan sebagai calon DUN Sungai Panjang pada pilihan raya umum 1999 lalu.

Bermodalkan `tuah` itulah,Khir Toyo tanpa diduga dilantik oleh Mahathir menggantikan Abu Hassan apabila bekas MB itu terpaksa berhenti kerana dikaitkan dengan skandal yang amat mengaibkan. Kata orang, Mike Tyson dan Dato Zainal Abidin Ahmad Timb. MB Selangor yang merancang kejatuhan Abu Hassan itu.

Budi Aziz dan Abu Hassan mesti dibalas. Khir tidak mahu dituduh sebagai orang yang kurang tahu menghargai budi. Tiada cara lain kecuali memindahkan Aziz ke DUN Sungai Burong dan untuk menjayakan misi itu Shamsuddin Lias mesti dicantas.

Sulaiman Razak Akan Kempunan.

Sebelum ini pun Insan Menggilai Rasuah itu sudah tak tentu arah apabila Selamat Dolah SU Sulit MB juga selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tanjong Karang ,Dato Jamian dan beberapa orang lagi tidak begitu menyetujui Shamsuddin Lias diberi tempat kerana komitmennya dengan Umno baru setahun jagung.

Khir dikatakan cuba menawarkan sesuatu untuk memujuk Shamsuddin supaya membatalkan niatnya bertanding di DUN Sungai Burong, tetapi tidak lot. Sebaliknya Shamsuddin mengugut ,kalau peluangnya ditutup banyak `rahsia sulit` Khir akan terbongkar.

Perkembangan terbaru, Khir dikatakan tetap memilih Aziz dan Shamsuddin Lias. Sulaiaman Razak akan dimangsakan meskipun ramai ahli Umno menyukainya.

Untuk itu Khir difahamkan telah pun menyiapkan sejumlah besar wang bagi membeli para penyokong Sulaiman Razak. Wang tidak menjadi masalah buat Khir kerana habuan rasuah yang sudah dicebaknya kata sesetengah orang hampir mencecah Ratusan Juta RM Begitu kata orang-orang Umno sendiri!

Minda dan jiwa serta komitmen beliau kepada rasuah sentiasa dijadikannya sebagai garis panduan untuk menyelesaikan sebarang masalah. `Rasuah adalah penyelesaian kepada semua masalah` begitu slogan Khir Toyo!

Apakah para pengikut Sulaiman Razak (juga pengikut Noh Omar) akan cair dengan wang rasuah Khir Toyo? Selalunya Umno akan cair bersama-sama wang ringgit! Sama-sama kita nantikan.

Apa lagi Dato Hassan Ali dan BA, kalaulah anda semua tidak bijak mengeksploitasi senario tersebut, alangkah ruginya rakyat yang mahukan perubahan. Selamat berentap!

Orang Dalam - 07.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN