Khir Toyo Sibuk Kejar Pelacur, Selangor Rugi RM30 Juta!

Semakin kuat Khir mengejar, semakin ramai pelacur datang

Penulis tidak pernah menafikan masih terdapat kebaikan yang begitu ketara di dalam diri DS Dr. Mohd Khir Toyo MB Muda Terkaya. Beliau dikatakan bukan kaki betina, kaki judi, kaki joli dan kaki minum. Imej `orang agama` yang tertonjol pada diri bekas doktor gigi itu tidak terdapat pada mana-mana MB Selangor sebelum daripada beliau.

Jika Dr. Khir begitu membenci aktiviti pelacuran dan maksiat, itu memang kena pada wataknya. Kesungguhannya turun padang menyertai `Operasi Kelawar` bagi membanteras urus niaga daging mentah manusia di Damansara, Serdang, Puchong dan Kelang pada tahun lalu harus diberi pujian. Menurut Khir tatkala melibatkan diri di dalam beberapa siri operasi itu, beliau pernah diacah oleh gang Tonto.

Operasi Kelawar difahamkan berjaya mencapai matlamatnya apabila kegiatan pelacuran dan maksiat yang beroperasi di hotel-hotel mewah dan premis-premis hiburan dapat dikurangkan, begitulah kata Dr.Khir.

Di sebalik operasi tersebut, tindakan susulan dibuat oleh Khir dengan menganjurkan beberapa siri dialog melibatkan pertubuhan-pertubuhan tertentu kebanyakannya wanita bukan-Melayu.

Menurut Khir Toyo ketika sesi dialog berkenaan; di antara faktor yang mengundang lambakan pelacur asing di Selangor di samping negeri itu terkenal sebagai lubuk rezeki -`lelaki tempatan tak tahan lama, habis-habis lima minit sahaja`. Lihatlah betapa simplenya hujah Pengamal Rasuah Terkemuka itu.

Seterusnya Dr Khir memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan maksiat yang amat dibenci oleh para isteri itu dapat dibendung.

Tiba-tiba beberapa hari yang lalu, Datin Paduka Tan Yee Kew MP Klang mendedahkan sepanjang tahun ini seramai 491 orang pelacur warga asing telah pun ditahan di dalam beberapa siri operasi di hotel-hotel dan premis hiburan di daerah Kelang. Berbanding tahun lalu seramai 460 aktivis lacur ditangkap di dalam tempoh yang sama. Maknanya kadarnya terus meningkat.

Tan membuat kenyataan itu ketika menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Daerah Kelang ACP Jamil Ayob di dalam majlis dialog 17 buah pertubuhan wanita dengan PDrM Daerah Klang.

Bayangkan itu baru satu daerah, bagaimana pula dengan daerah-daerah lain yang dikenal pasti sebagai sarang maksiat, terutamanya bandar-bandar besar di Selangor.

Menyedari kegagalan dalam melaksanakan janjinya membanteras kegiatan berkenaan, Pengamal Rasuah Terkemuka itu mendakwa kononnya hotel-hotel mewah dan premis hiburan sudah dibersihkan daripada aktiviti berkaitan tetapi kini muncul pula taktik baru dengan menjadikan rumah-rumah kediaman di kawasan-kawasan tertentu sebagai lokasi meneruskan operasi.

Kata Pengamal Rasuah Terkemuka itu betina lacur terlibat akan berlagak sebagai `pump attendan` di stesen-stesen minyak untuk mengabui mata pihak berkuasa. Melalui kaedah inilah selalunya akan berlaku tawar menawar dengan pelanggan yang berminat, sebelum pump attendan itu diangkut untuk `dipump` di lokasi yang telah ditetapkan.

Taktik tersebut menurut Khir lagi, terbukti sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa. Statemen Khir itu sudah tentu dipertikaikan oleh rakyat terbanyak. Soalnya dari sumber mana Khir memperolehi maklumat itu, sudah pasti bukan maklumat jalanan. Semestinya pihak polis sendiri yang melaporkannya kepada Pengamal Rasuah Terkemuka itu. Lantas apa alasan Khir konon sindiket berkenaan sukar dibanteras?

Khir Toyo Pakar Motivasi Mengikat Suami

Untuk menyedapkan hati para isteri yang berpotensi untuk dimadukan secara part time dengan betina-betina lacur, Dr Khir Insan Menggilai Rasuah (IMR) sekali menyatakan kesediaan pihaknya menganjurkan bengkel-bengkel motivasi taktik memikat suami agar tidak makan luar.

Nampaknya Dr Khir sudah dijangkiti sindrom yang pernah menimpa bekas MB Kedah DS Sanusi Joned yang terkenal dengan idea-idea merapunya. Mungkin Khir pernah berguru dengan bekas orang kuat Mahathir itu yang terkenal dengan temberangannya. `Kempen mengurat suami` adalah salah satu daripada idea Sanusi diambang kerebahannya. Apakah Dr Khir pun akan mengikut jejak langkah Sanusi? Ya….memang ke arah itu! jadi biarkanlah dia merapu.

Selagi Dr Khir masih bertekad mempertahankan aktiviti rasuahnya, selama itulah apa saja bentuk maksiat yang cuba dibanterasnya akan menemui kegagalan. Kelancaran aktiviti yang bertentangan dengan norma-norma murni manusia antaranya aktiviti maksiat dan pelacuran berpunca dari kelonggaran undang-undang dan penguatkuasaan serta didorong oleh hambatan material yang tak bertepi.

Rasuah dikenal pasti sebagai penghalang utama pembanterasan maksiat itu. Dr Khir yang bermindakan rasuah tidak akan mampu menghalang anak buah di bawah jagaannya daripada mengambil rasuah. Cukuplah sandiwaramu YAB!

Kerajaan Selangor Rugi RM30 Juta Dalam Tempoh 6 Bulan di Satu Daerah Sahaja

Isu rompakan pasir di Selangor sudah pun penulis paparkan di dalam artikel-artikel yang lalu. Pasir yang menjanjikan untung cepat kepada perompak-perompak harta rakyat itu nampaknya terus menjadi isu yang akan menghantui Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka.

Terbaru Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato Abd. Aziz Yusof bersama Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Selangor Dato Mokhtar Dahlan telah mengesan melalui tinjauan dari udara dengan helikopter, suatu kawasan besar sudah terbentuk menjadi tasik gara-gara perlombongan pasir di Batang Berjuntai yang tidak mengikut prosedur.

Menurut Aziz kerajaan negeri kerugian RM5 juta sebulan akibat daripada aktiviti yang sudah pun berjalan selama enam bulan. Apa yang menarik menurut Aziz lagi kecurian pasir itu dibuat oleh syarikat yang telah diberikan permit oleh kerajaan negeri untuk mengusahakan perlombongan tersebut.

Sebelum ini, Dr. Khir telah bertindak membekukan semua permit pengeluaran pasir di kesemua daerah di Selangor dengan alasan kawasan terlibat akan diambil alih semula oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).Langkah itu sebenarnya sebagai helah bagi membolehkan Dr Khir mengeluarkan permit baru kepada kroni-kroni rapatnya sahaja.

Akibat daripada tekanan para pemegang permit Khir Toyo menyerahkan semula kawasan-kawasan tertentu kepada mereka. Sebahagianya terpaksa juga diserahkan kepada PNSB. Difahamkan kawasan Batang Berjuntai termasuk di dalam kategori ini. Permit baru dikeluarkan atas nama `beberapa individu penting` yang kemudian menjualkannya (mengsubkannya) kepada beberapa pengusaha tempatan.

Walau apa pun, dakwaan bahawa pengusaha yang terbabit sebagai pencuri; kerana mengorek pasir melebihi daripada limit yang telah ditetapkan masih boleh dihujah. Jika benar pengusaha itu tidak mematuhi syarat mengapa tindakan tidak diambil seawal bulan Jun lagi? Mengapa terpaksa menunggu kerajaan Selangor kerugian RM30 juta, baru mahu diambil tindakan untuk menarik-balik permit?

Harus diingat permit sebenar bukan kepunyaan pengusaha berkaitan sebaliknya seperti yang dinyatakan di atas. Mungkin Khir Toyo sendiri sengaja memberi peluang kepada pemegang permit untuk mengaut seberapa banyak keuntungan mudah bagi mengisi dana pilihan raya kroni-kroni tertentu. Semuanya tidak mustahil buat Pengamal Rasuah Terkemuka itu.

Bayangkanlah baru satu daerah kerajaan Selangor telah kerugian RM30 juta di dalam tempoh enam bulan. Cubalah darabkan dengan lima atau enam daerah lagi, berapa jumlahnya?

Rompakan pasir bukan sahaja memusnahkan alam sekitar ciptaan Tuhan, malah ia turut mengkhianati khazanah yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak; bukan hanya membesarkan tembolok sekerat dua manusia tamak yang mengelilingi pemimpin rakus seperti Dr Khir Insan Menggilai Rasuah. (IMR).

- Orang Dalam - 18.12.2003 - (suntingan M@RHAEN)
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat:
Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.