Shamsuddin Lias - Seorang Lagi DO, Bakal Mangsa Korban Khir Toyo

Sengketa Tiga Penjuru: Khir vs. K. Umno Bhg.K.Selangor vs. Ex-DO K.Selangor

Hj. Shamsuddin Lias bekas Penolong Pengarah Pembangunan di SUK Shah Alam dipindahkan ke pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor pada September lepas untuk menggantikan Hj. Abd. Ghani Zainuddin sebagai Pegawai Daerah di situ.

Kehadiran Shamsuddin di Kuala Selangor adalah atas kehendak Pengamal Rasuah Terkemuka DS Dr. Mohd Khir Toyo setelah beliau mendapati agak sukar untuk menjinakkan Hj. Abd. Ghani yang kini DO Daerah Sabak Bernam. Abd. Ghani yang akan bersara tak berapa lama lagi dikatakan kurang pandai menari mengikut rentak gendang yang di palu oleh MB Muda Terkaya itu.

Difahamkan banyak proposal yang diajukan oleh kroni-kroni Khir Toyo untuk merompak saki-baki harta rakyat yang masih tertinggal di daerah Kuala Selangor tidak mendapat respons dan kerjasama sewajar nya daripada Abd. Ghani. Ertinya menantu Dato Mustaffa Jabbar, bekas Setiausaha Agung Umno itu bukanlah `yes man` totok yang mengangguk belatuk kepada perintah malaun politik.

Menurut kakitangan bawahannya, Abd. Ghani dikatakan agak tegas berpegang kepada etika penjawat awam dan keprofessionalannya, meskipun kadangkala terdapat beberapa kelemahan yang begitu menonjol.

Perselisihan faham yang berpanjangan di antara Abd. Ghani dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor Daud Tarihep, bolehlah dijadikan sebagai salah satu lagi bukti bahawa beliau memang tidak begitu selesa dengan orang politik.

Daud Tarihep yang sudah lama berangan-angankan jawatan MB Selangor khabarnya acapkali menghantar petisyen kepada pihak atasan mendesak supaya Abd. Ghani dipindahkan dari Kuala Selangor sejak tahun 2000 lagi.

Yang menarik, Dr. Khir tidak sedikit pun melayani desakan tersebut disebabkan impian tinggi Daud yang ingin merampas kerusi MB. Meskipun Daud bukan wakil rakyat tetapi keceluparan dan gila bayangnya membuatkan Insan Menggilai Rasuah (IMR) Dr Khir, cukup meluat dengan Ketua Umno (kini Ketua Penaja) Umno Bahagian Kuala Selangor itu.

Bagi Dr Khir, melayani kemahuan Daud adalah lebih berbahaya daripada menyakitkan hati Abd. Ghani. Dr. Khir dilihat agak bijak bertindak apabila beliau membiarkan persengketaan di antara DO itu dengan Daud berpanjangan.

Kesan persengketaan tersebut mengakibatkan Daud telah dipinggirkan dari meraih sikit sebanyak peluang-peluang yang boleh terhasil melalui saluran dan jasa baik pihak berkuasa di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor. Akibatnya kroni-kroni Daud yang sudah begitu lama laparkan projek kecil-kecilan dan seekar dua tanah, secara beransur-ansur mempertikaikan kepimpinan ketua bahagian mereka.

Keegoan Daud yang tidak bertempat itu menjadi punca sebenar kerenggangannya dengan DO, bukan disebabkan masalah lain.

Pada tahap ini nampaknya, Khir telah berjaya mengerhana dan mencemarkan imej Daud yang sememangnya tidaklah begitu berpengaruh di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Kuala Selangor.

Dr. Khir sengaja membiarkan persengketaan itu berpanjangan, kerana pada mulanya beliau menjangkakan akan dapat bertahan sebagai MB untuk sekurang-kurangnya sepenggal lagi.

Sementara menanti tempuh persaraan Abd. Ghani yang tak berapa lama lagi Dr Khir sengaja membiarkan DO itu bermasam muka dengan Daud. Senario sebegitu dapat juga membantu Khir sebagai persediaan untuk mencantas seterunya itu, di samping mencetuskan rangsangan sehingga terbentuknya beberapa kem dalaman Umno Kuala Selangor yang bersiap sedia untuk membenamkan Daud pada pemilihan akan datang.

Sebaik-sebaik sahaja berlaku pertukaran baton kuasa dari Mahathir kepada Pak Lah, jangkaan Khir ternyata meleset. Ura-ura Pak Lah untuk menggugurkan Khir dari tingkat 23 Bangunan SUK Shah Alam kian menghambat dirinya. Pengamal Rasuah Terkemuka itu tidak mampu lagi bertahan lebih lama.

Bertitik tolak dari kekhuatiran itu, Dr Khir dan kroni-kroninya tanpa membuang masa terus mengatur strategi baru memperkemaskan diri untuk mengaut seberapa banyak habuan dari peluang-peluang yang masih terbuka. Bagi melicinkan operasi rompakan harta rakyat di penghujung kekuasaannya, Khir Toyo terpaksa memperkudakan beberapa orang pegawai kerajaan termasuklah Hj. Shamsuddin Lias.

DO Kayu Yang Siap Untuk Disembelih

Sebelum ditukarkan ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Dr Khir Pengamal Rasuah Terkemuka telah meyakinkan Shamsuddin bahawa tujuan utama pertukaran tersebut adalah untuk merampas semula kerusi Dun Sungai Burong dari tangan Pas.

Shamsuddin yang masih jahil dengan putar belit politik dikatakan begitu gembira dengan tawaran Khir yang menjanjikan jawatan Exco sekiranya Dr. Hassan Ali berjaya diusir daripada Dun Sungai Burong. Shamsuddin diyakinkan bahawa hanya beliau yang layak untuk berdepan dengan Hassan Ali.

Didorong oleh rasa syok sendiri, Shamsuddin mula memainkan peranannya sebagai `Adun BN Sungai Burong` seawal Januari 2003 sehinggalah beliau mula bertugas di PDKS September lepas. Anak kelahiran tempatan itu juga telah membina dan menyiapkan istana hinggapnya di Sawah Sempadan Tg. Karang.

Kroni-kroni kelas dua Dr. Khir di Tanjong Karang yang masih belum berapa kenyang mengambil kesempatan secukupnya terhadap kedudukan DO baru yang pemurah itu. Shamsuddin Lias diangkat tinggi melangit; bahawa beliau adalah bakal YB setanding dengan Dato Aini Taib bekas Exco juga bekas Adun Sg. Burong.

Ghairah dengan sanjungan malaun-maluan politik yang tak tentu hujung pangkal, Shamsuddin tanpa ragu menggunakan kuasanya sebagai DO untuk menjamu para penyokong yang baru tampil itu dengan pelbagai habuan segera, terutamanya yang melibatkan projek-projek Pembangunan Luar Bandar ( PLB ).

Berbeza dengan bekas DO Hj. Abd. Ghani yang agak strict, Hj Shamsuddin diberitakan lebih mementingkan pandangan malaun-malaun politik dan sukar untuk berkompromi dengan pendapat kakitangan bawahannya di dalam menangani sebarang permasalahan.

Ramai juga kalangan kakitangan kerajaan,sahabat handai dan saudara mara yang menyedari DO Kuala Selangor itu sedang berkhayal dengan ambisi politiknya, tetapi mereka tidak berani menegur lantaran Dr. Khir Toyo yang merencanakan segala-galanya.

Jika Bertanding DO Shamsuddin Pasti Tewas

Kemunculan Hj. Shamsuddin Lias di daerah kelahirannya amat tidak disenangi oleh para pemimpin Umno Bahagian Tanjong Karang. Terlalu ramai veteran-veteran Umno disitu yang tidak mengalu-alukan kehadirannya. Dr. Khir Pengamal Rasuah Terkemuka sendiri amat menyedari perkara itu.

Pada peringkat perancangan awal, Shamsuddin sengaja dilagakan dengan Hassan Ali. Sekiranya terdapat petunjuk pengaruh Hassan Ali berjaya dipudarkan dan peluang BN cerah untuk merampas semula kerusi Dun Sungai Burong, calon pilihan Khir akan diletakkan di situ pada saat akhir dengan mengetepikan Shamsuddin. Sebaliknya jika pengaruh Hassan Ali masih gagal untuk diatasi DO itu akan diberi laluan (dikorbankan) untuk mengadu untung nasibnya sebagai calon BN.

Para veteran dan kroni Khir antaranya Hj. Jamian Naib Ketua Bahagian Tg. Karang, Salamat Dolah Ketua Pemuda dan Ramli Kassim bekas SU Pemuda Bahagian akur dengan formula tersebut. Walau bagaimana pun YB Dato Noh Omar selaku Timbalan Ketua Bahagian ketika itu tidak selesa dengan Shamsuddin.

Perubahan arus politik Umno yang mendadak, mendorong Dr. Khir merobah perancangan awalnya secara drastik. Kini Shamsuddin semata-mata diperalatkan untuk menyempurnakan pelan jangka pendek Khir dan kroninya megaut saki baki harta rakyat yang masih ada di Kuala Selangor. Sebab musababnya telah pun disentuh pada peringkat awal artikel ini.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya yang menyaksikan Dato Noh Omar menyandang jawatan Ketua Penaja Umno Bahagian Tanjong Karang dan Dr Khir pula mengetuai Parlimen Sungai Besar, tambah menyulitkan lagi impian Shamsuddin.

Dr. Khir dikatakan tidak dapat menguasai sepenuhnya politik Noh Omar. Kesempatan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh Noh untuk menyusun atur orang-orangnya sendiri, akibatnya Shamsuddin terkapai-kapai sendirian. Sudah ada sindir-sindiran sinis ditujukan kepada kalangan yang rapat dengan DO itu: “Kalau Khir Toyo sendiri belum tentu kekal sebagai MB, bagaimana pula dia boleh menentukan nasib Shamsuddin.”

Peringatan Buat Tuan DO Hj.Shamsuddin Hj. Lias

Cukuplah bekas DO Kuala Langat Mohd. Yusof Badul menjadi mangsa pemuas nafsu rakus Dr. Khir Pengamal Rasuah Terkemuka. Janji Dr Khir untuk melindungi Yusof hanya tinggal janji kosong sahaja. Pada peringkat bidang kuasa Yusof amat diperlukan bagi memudahkan para kroni dan MB mengaut laba, bekas DO itu disogok dan ditimang semahu-mahunya. Namun ketika Yusof diheret ke mahkamah sejurus persaraannya, tidak siapa pun yang bersimpati dengan nya lagi.

Permainan yang sama kini sedang dihadapi oleh Shamsuddin. Di bimbangi sekiranya Khir Toyo sudah tidak lagi mampu berkokok bagaikan ayam jantan di Selangor, pada ketika itu BPR mungkin akan mengadakan kunjungan hormat kepada Shamsuddin. Khir Toyo dan kroninya sudah pasti akan diam membatu seolah-olah tidak pernah mengenali Tuan DO!

Ingat sementara belum kena jimat sementara belum habis! demikian pesanan orang tua-tua kita! Ingat Tuan Hj. Shamsuddin Hj Lias!

- Orang Dalam - 08.12.2003 - 12.10 pg (suntingan M@RHAEN)
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat:
Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.